Terkenal dengan nyanyian lagu parodi viral berjudul My Sejahtera Way, individu bernama Azman Naim kini semakin laris bagai pisang goreng panas. Ujar Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim, 36, dia menerima banyak tawaran lakonan dan nyanyian lebih-lebih lagi sejak bakatnya turut menarik perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Namun kata pemuda kelahiran Kulai, Johor ini dia terbuka hati untuk menerima lamaran pengarah terkenal, Mamat Khalid. "Memang dapat banyak tawaran, ada yang saya terima dan ada yang saya tolak mentah-mentah. "Ada satu yang saya terima tu dah buat penggambaran pun di bawah Mamat Khalid... itu baru satu. "Beberapa tawaran lakonan lain masih pending," katanya kepada mStar. Bagaimanapun kata Azman dia masih belum membuat keputusan tentang tawaran untuk menjadi penyanyi.
|
awanysss replied at 3-9-2021 10:39 AM
best la under mamat khalid..
sbb mamat khalid akan guna org yg sama sampat meninggal..
ceita dia s ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
21-3-2023 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.182953 second(s), 62 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.