CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bayi Kunyah Jari Sendiri, Terbaring Atas Dada Mayat Ibu Yang Dah Membusuk

3-9-2021 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3005| Komen: 13

Description: Frankfort: Sungguh ajaib, seorang bayi di Kentucky, Amerika Syarikat mampu bertahan hidup selepas beberapa hari dengan hanya memamah jarinya.
Frankfort: Sungguh ajaib, seorang bayi di Kentucky, Amerika Syarikat mampu bertahan hidup selepas beberapa hari dengan hanya memamah jarinya.

Bayi berusia dua bulan itu ditemui polis terbaring di atas mayat ibunya yang sudah membusuk.


Ibunya, Danielle Ward, 29, dipercayai meninggal dunia akibat terlebih mengambil dadah.

Difahamkan, Polis Kentucky memeriksa rumah wanita itu selepas dia tidak dilihat selama beberapa hari.

Foto: Agensi

Nenek bayi itu, Adriane Wade berkata, kali terakhir dia bertemu dua beranak itu adalah pada 13 Ogos lalu.

"Dia dan anaknya ada di rumah saya menikmati hari yang sangat menggembirakan.


"Namun, lima hari kemudian, polis menghubungi saya untuk membuat pengecaman mayat anak perempuan saya.

"Sungguh ajaib. Tanpa sebarang bantuan ikhtiar hidup, cucu saya hanya 'mengunyah' jarinya untuk bertahan selama beberapa hari.

"Saya tak sangka begini pengakhiran anak saya. Saya akan menjaga cucu saya ini," katanya.

Bayi berkenaan dijangka pulih sepenuhnya daripada dehidrasi dan kecederaan akibat tindakan menghisap jarinya selepas mendapat rawatan di hospital. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 3-9-2021 09:05 AM
tatau nak komen apa tapi once a drug addict always a drug addict.
Quote husna_amal 3-9-2021 09:36 AM
kesiannya mujur bayi tu sempat diselamatkan.
Quote zamzam 3-9-2021 09:39 AM
This is called freedom.
Quote I.K.A888990 3-9-2021 09:45 AM
kesian baby
nasib dah diselamatkan
agak2 nnt dah besar dia akan ingat x peristiwa ni
Quote Mamajiyem 3-9-2021 10:03 AM
Alhamdulillah baby selamat..kuasa Allah taala..
Quote AnnaSendin 3-9-2021 01:09 PM
Mana penyumbang benih? Janton tagune! Takziah diucapkan kepada keluarga si mati.
Quote Friska 3-9-2021 01:33 PM
Setiap saya baca berita kayaq ini, bagaikan dikoyak-koyak rasanya hati ini. Saya lagi hamil muda, anak pertama pula. Jadi emosi saya.
Quote edayildiz 3-9-2021 01:54 PM
Saya tak sangka begini pengakhiran anak saya. Saya akan menjaga cucu saya ini," katanya

mak dia xngis pun ank dia jd arwah..
sibaik baby tu blh bertahan..mcm kes kucing tu sebulan jgk khenzz dk kunyah kertas..tp camna blh kantoi dh mwninggal..takde tulis pun
Quote edayildiz 3-9-2021 01:56 PM
Friska replied at 3-9-2021 01:33 PM
Setiap saya baca berita kayaq ini, bagaikan dikoyak-koyak rasanya hati ini. Saya lagi hamil muda, an ...

slmt bersalin kakak..jgn stress yach..boleh tanya ibuk2 kt forum..ramai ibuk2 yg sudi sharing is caring..


Quote Friska 3-9-2021 02:04 PM
edayildiz replied at 3-9-2021 01:56 PM
slmt bersalin kakak..jgn stress yach..boleh tanya ibuk2 kt forum..ramai ibuk2 yg sudi sharing is c ...

Terima kasih Kakak,  due date masih lama lagi Kakak, baru 1st trimester. Due date 3rd week of March 2022.
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 02:54 PM
kesiannyaa
hmmm kalau dah mendadih
ada anak pun tetap utamakan dadih
Quote Artemesiaa 3-9-2021 02:59 PM
Siapa sangka anaknya mampu terselamat selama itu mujur terjumpa juga akhirnya
Quote heythere123 3-9-2021 03:15 PM
jauhilah dadah. Kesian, lagi2 kalau yg ada anak

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.089040 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top