CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Penyanyi Lagu Parodi, Azman Naim Menghadap TMJ

3-9-2021 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 567| Komen: 3

Description: Genap seminggu diburu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan sebuah lagu parodi berjudul My Sejahtera Way tular dalam media sosial, lelaki bernama Azman Naim selesai menghadap ...
 Genap seminggu diburu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan sebuah lagu parodi berjudul My Sejahtera Way tular dalam media sosial, lelaki bernama Azman Naim selesai menghadap baginda hari ini.


Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim menerusi Instagramnya, @azmannaim44mantra mengakui sangat terharu dengan pendekatan seorang pemerintah yang sangat prihatin terhadap rakyat serta menerima kehadirannya masuk menghadap.


Kredit foto: IG


“Ampun Tuanku Tunku Mahkota Johor. Menjunjung kasih kerana Tuanku terima patik menghadap. Segala yang dititah akan selamanya tersemat dalam hati.

“Patik menjunjung kasih kerana Tuanku sentiasa peka dengan permasalahan rakyat Johor.


“Sanggup meluangkan masa terima patik menghadap dan berkongsi pendapat serta pandangan tentang pelbagai isu rakyat. Semoga Allah sentiasa membantu Tuanku dalam menjaga rakyat serta membangunkan negeri Johor.

Patik dan sahabat akan sentiasa bersama Tuanku. Kita akan lakukannya bersama. Untuk rakyat dan negeri Johor,” tulisnya sambil berkongsi sekeping gambar bersama TMJ.

Perkongsian usahawan yang dikenali dengan keunikan vokal membawakan lagu parodi khusus mengenai situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertengahan tahun lalu itu ternyata menarik perhatian dan rasa bangga rata-rata pengikutnya.

Mengenakan sut serba hitam lengkap bersongkok, Azman, 36, tampak segak berdiri di sebelah TMJ.



Terdahulu, TMJ menyempurnakan permintaan ayahanda baginda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar susulan sebuah video nyanyian semula My Way dendangan Frank Sinatra yang dimuat naik Azman dalam Instagram.

TMJ dalam hantaran menerusi InstaStory turut memuji perkongsian @azmannaim44mantra selain mengulang hantaran video lelaki asal Kulai Johor itu bersama kapsyen ‘First Class’.

Menyedari TMJ sedang mencarinya, @azmannaim44mantra atau nama sebenarnya turut memberikan maklum balas dengan menulis ‘Menjunjung Kasih Tuanku’.

Azman yang juga bapa kepada dua anak aktif membawakan lagu popular yang ditukar ke lirik bahasa Melayu dengan mengambil isu semasa sebagai tema nyanyian lagu saduran dalam media sosial.

Bukan sekadar mempunyai vokal hebat, seni kata yang diketengahkannya cukup dekat dengan situasi dilalui masyarakat masa kini yang terpaksa berperang dengan pandemik Covid-19.

Malah lagu My Way ditukar judul kepada My Sejahtera Way yang dimuat naik sejak 24 Ogos lalu menjurus kepada keluhan orang ramai belum mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Rata-rata melayangkan tahniah kepada usahawan berkenaan yang menghiburkan ramai meskipun disampaikan dalam bentuk sarkastik dan gurauan.

Antara lagu lain berkisar PKP yang dikongsikan usahawan itu dalam laman sosial Instagram serta TikTok termasuk mengenai permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 3-9-2021 07:26 PM
I suka lg yg sorang lain tu. Lupa nama. Tp dia ada wife yg banyak kali kena ulang ucapan raya tu.

Dia ni ada maki carut. iols xsuka org mcm ni.
Quote AyaqMeloSuam 3-9-2021 09:30 AM
Aku suka ja dr dlu lagu raya covid ke apa.. {:good
Quote lwyl 3-9-2021 08:34 AM
Suka lirik “Padan muka …”

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-8-2022 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.081804 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top