CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Jangan Nangis, Rezeki Ni Allah Bagi" Zizan Borong Baju Amar Asyraf Bikin Sebak

3-9-2021 10:24 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12676| Komen: 76|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Pelakon, Amar Asyraf berasa terharu kerana rakan seperjuangan, Zizan Razak sanggup membeli baju yang dijualnya serta menghadiahkan pula kepada penonton semata-mata untuk membantunya.



"Saya masuk RM1,000, RM500 untuk baju, RM500 lagi awak bagi kat orang sambal tu ya."

Pelakon, Amar Asyraf berasa terharu kerana rakan seperjuangan, Zizan Razak sanggup membeli baju yang dijualnya serta menghadiahkan pula kepada penonton semata-mata untuk membantunya.

Sesi live hampir sejam itu adalah untuk menjual baju dan produk makanan demi meneruskan kelangsungan hidup. Namun, tidak disangka bahawa Zizan bukan setakat berbual mesra, malah memberikan kata-kata semangat kepada aktor Setia Hujung Nyawa ini.




Bagi Amar, ketika dalam kesusahan, ada sahaja insan yang sanggup menolongnya seperti Johan Asari, Zahiril Adzim dan terkini Zizan Razak yang membuatkan penonton turut berasa sebak.

Manakala bagi Zizan pula, niatnya bukan menunjuk-nunjuk kerana rezeki itu adalah pemberian Allah. Malah, dia turut meninggalkan nombor telefonnya untuk dihubungi jika memerlukan pertolongan.


Foto :Ig

Netizen turut memuji kebaikan yang ditonjolkan Zizan.

"Alhamdulillah, rezeki. Jujur aku cakap, setiap hari tengok live Amar. Biasa viewer 30 lebih ja, struggle nak menjual. Tapi Allah utuskan Zizan untuk membantu."


Foto :IG

Ternyata pandemik Covid-19 banyak membuatkan ramai yang hilang punca pendapatan, apatah lagi bagi Amar yang sudah beralih ke bidang dakwah. Ternyata kebaikan yang ditonjolkan Zizan bukan sahaja membuatkan Amar sebak tetapi juga kita sebagai penonton.

Semoga yang baik-baik sahaja kepada semua. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 3-9-2021 10:27 AM
Alhamdulillah...
Quote Tinot7 3-9-2021 10:35 AM
Semoga dipermudahkan urusan utk berbisnes, dimurmurkan rejeki
Quote makcikbukantora 3-9-2021 10:46 AM
nangis acik tetinguk live dia nihhh
Quote sayawifenikmie 3-9-2021 10:51 AM
mmg nampak struggle sangat si amar ni .. macam tak laku jualan dia ... dia rajin live tapi tak ada viewer ... tapi nampak dia tak putus asa ..
Quote my_irina 3-9-2021 11:22 AM
Aku pun sebak tengok...
Quote cheezel 3-9-2021 11:26 AM
at least ada gak inisiatif berniaga dpd merungut je. semoga dimurahkan rezeki
Quote codenamedream 3-9-2021 11:36 AM
Isteri dia berapa orang sekarang?
Quote lifeline 3-9-2021 11:39 AM
sayawifenikmie replied at 3-9-2021 10:51 AM
mmg nampak struggle sangat si amar ni .. macam tak laku jualan dia ... dia rajin live tapi tak ada v ...

terkejut gak tgk viewer dia sikit sbb followers dia agak ramai jgk kan

tp dia ni berlakon best
kalau jadi jahat tu ngan aku2 sekali meluat dia
Quote sayawifenikmie 3-9-2021 11:43 AM
lifeline replied at 3-9-2021 11:39 AM
terkejut gak tgk viewer dia sikit sbb followers dia agak ramai jgk kan

tp dia ni berlakon best
...


ada sekali tu tertengok
dia masak apa entah guna sambal dia tu
nasi goreng kot
sekali dia tunjuk dia mabil telur dan pecahkah
nampak ada tahi ayam kat telur


hahahaa
orang jantan
apa yg kita expect dari depa kan ?
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 03:13 PM
Moga maju bisnes nya, moga murah rezeki lebat nak hujan
Good luck
Quote annadonna 3-9-2021 04:50 PM
Barulah ni nampak amar tunduk pandang ke bumi sikit. Semoga istiqamah dan rezeki bertambah utk semua.
Quote LadyCarefree 3-9-2021 07:29 PM
annadonna replied at 3-9-2021 03:50 PM
Barulah ni nampak amar tunduk pandang ke bumi sikit. Semoga istiqamah dan rezeki bertambah utk semua ...

Xtahu pasal dia. Sebelum ni sombong ke?
Quote lyshafull 3-9-2021 07:34 PM
Semoga dimurahkan rezeki
Quote annadonna 3-9-2021 08:04 PM
LadyCarefree replied at 3-9-2021 07:29 PM
Xtahu pasal dia. Sebelum ni sombong ke?

Banyaklah cerita belakang tabir dengar pasal dia melibatkan attitude. Time time takde job ni nampak ramai pelakon penyanyi ni mcm terpukul sorang sorang.
Quote adeqbun 3-9-2021 09:47 PM
ai nanges jugak tgk amar nyorok nanges tu..sedey wey org yg struggle ni
Quote dudaberhias 3-9-2021 09:52 PM
semoga murah rezeki dia...
waktu pandemik ni memang susah nak cari rezeki..
btw heolss masih beristeri 2 ke?
Quote siti_shaqila 3-9-2021 10:07 PM
Sedih tgk live dia... Kalau tidak 30 org ja... Kadang x smpai 30 org... Dia jual seluar legging budak murah btl rm5 jah... Dia kata ambil untung 50sen ja... Adoiii iolss ada la beli kt shopee dia, seluar budak 5 helai... Choco tu 6 botol.. Smbal sebotol...
Quote hanihan16 3-9-2021 10:41 PM
i tak pernah follow cerita amar ni, sejak bila dia dah berubah? anyway alhamdulillah, semoga lebih lapang rezeki keduanya
Quote messyjet 3-9-2021 11:14 PM
Sebak plak tgk die sorok muka nanges.mcm yela still have pride kn

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-9-2022 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.080727 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top