CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Separuh Badan Hilang`Disedut’ Mesin Pengisar Daging

2-9-2021 10:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1504| Komen: 8

Description: Seorang lelaki di Brazil maut tersepit dalam mesin pengisar daging yang digunakan untuk membuat daging burger.
Seorang lelaki di Brazil maut tersepit dalam mesin pengisar daging yang digunakan untuk membuat daging burger.

Lapor The Sun, Rodrigo Roa Alvarez, 37, meninggal dunia ketika cuba membaiki mesin pengisar daging itu di sebuah rumah sembelihan di bandar Dourados di Brazil, Ahad lalu.



Kredit foto: The Sun

Menurut polis, Alvarez yang merupakan juruteknik, sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan terakhir sebelum penyelia keselamatan menyedari kejadian tersebut dan memaklumkan kepada pasukan kecemasan.

Dilaporkan, mangsa ditarik ke dalam mesin pengisar daging itu sehingga separuh badannya hilang.

Bapa kepada tiga anak itu meninggal dunia di tempat kejadian.


Kredit foto: The Sun


Sementara itu, JBS Seara Alimentos mengesahkan insiden kematian seorang pekerjanya di kemudahannya di Dourados.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang ketika ini menerima sokongan diperlukan.

“JBS akan memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat diperlukan yang dapat membantu menjelaskan kejadian itu,” jelas syarikat itu menerusi kenyataan.


Kredit foto: The Sun

Menurut polis, siasatan sedang dijalankan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 2-9-2021 10:32 PM
Kene tolak kot..  Mana tau.
Quote Cece1234 2-9-2021 10:33 PM
Kesiannya..
Quote naina 2-9-2021 10:34 PM
Kesiannya..semoga matinya tak sakit terseksa la..ngeri sangat
Quote Ciktiekus 2-9-2021 10:40 PM
Yg hilang separuh atas ke separuh bawah..ngee
Quote sukacactus 2-9-2021 10:48 PM
Adeh! Ngeri membayangkan
Quote mily 2-9-2021 10:49 PM
Awat buat kerja x off cabut suis... Kan tgh baiki??
Quote Brutal 2-9-2021 11:03 PM
Sebab tu pentingnya lock out tag out.

Mesin yang sedang dibaiki perlu diputuskan litar kuasanya, pada breaker tu pula, ada tempat masukkan mangga. Setiap pekerja yang buat kerja repair mesin tersebut  perlu mangga breaker tu, satu sorang termasuklah sekurang2nya satu mangga pekerja operasi dan satu mangga juruelektrik.  Sebelum mula kerja repair pula, biasakan tekan butang start mesin. Untuk pastikan mesin memang terputus bekalan kuasa.

Kalau penuhi prosedur lock out tag out, insyaAllah kemalangan seperti ini boleh dielakkan.
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 04:02 AM
kesiannya...
orang2 yang kerja crime scene/berkaitan hal2 ni
mesti dah disensitized tengok kes2 mati ngeri gini

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-5-2022 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.119894 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top