CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

"Saya Main-main Je" - Didenda RM3,000 Gurau Ugut Bakar Kedai

2-9-2021 09:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1783| Komen: 15

Description: Padah bergurau membuat ugutan terhadap pemilik restoran untuk mendapatkan wang perlindungan seorang bekas pekerja kilang didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis.
Padah bergurau membuat ugutan terhadap pemilik restoran untuk mendapatkan wang perlindungan seorang bekas pekerja kilang didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis.

K Theepan Raj, 23, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim.

Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara selama empat bulan, jika gagal membayar denda.



Nurshahira: Apa tujuan anda mesej peniaga tersebut?

Theepan Raj: Saya main-main sahaja, minta wang perlindungan daripada dia.

Nurshahira: Main-main dengan hidup orang. Pengadu berniaga untuk cari rezeki, boleh anda cakap anda cuma main-main. Lepas itu, minta pula wang perlindungan?

Theepan Raj: Saya minta maaf, saya cuma main-main sebab ada orang beritahu, jika saya ugut, saya akan dapat duit.

Nurshahira: Memandangkan anda masih muda, tidak matang dan ini merupakan kesalahan pertama anda, saya harap ia menjadi peluang kedua untuk anda betulkan keadaan. Saya juga berharap anda minta maaf dengan peniaga itu.


Mengikut pertuduhan, anak kedua daripada lima beradik itu didapati menakutkan secara jenayah melalui aplikasi WhatsApp dengan mengugut akan membakar kedai R Venod Rao, 32, (pengadu).

Kesalahan dilakukan di sebuah restoran di Jalan Yong Shook Lin, Bandar Baru di sini, pada jam 2.24 petang, 27 Julai lalu.

Atas kesalahan itu, dia didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun, atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, ketika berada di restoran, pengadu menerima mesej WhatsApp daripada tertuduh yang menyatakan mahu membakar kedai sekiranya tidak memberi wang RM500.

Pengadu yang takut dengan ugutan tersebut membuat laporan polis.

Semasa prosiding, peguam, Datin Raj Preet Kaur yang mewakili tertuduh, merayu agar anak guamnya diberi hukuman ringan dengan alasan kesal dan insaf dengan perbuatan yang dilakukan.


Gambar hiasan

“Ekoran kes ini, dia diberhentikan kerja malah selepas direman, ia memberi pengajaran kepadanya supaya tidak mengulangi kesilapan sama di masa depan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 2-9-2021 09:30 PM
Dan dan sudah insaf..kalau tak kena cekup,maunya nak insaf..
Quote CiliPadiSedap 2-9-2021 09:38 PM
kat dalam cariforum pun ada ugut bunuh kaka. tunggu masa je kes berjalan
Quote Mini.Me 2-9-2021 11:56 PM
CiliPadiSedap replied at 2-9-2021 09:38 PM
kat dalam cariforum pun ada ugut bunuh kaka. tunggu masa je kes berjalan

Serius ahh?? Antara porumer ke?

Quote I.K.A888990 3-9-2021 01:52 AM
dan dan hang insaf
pi ikut ckp org lain pehal. kan dah merana
Quote dani-rox 3-9-2021 02:00 AM
CiliPadiSedap replied at 2-9-2021 09:38 PM
kat dalam cariforum pun ada ugut bunuh kaka. tunggu masa je kes berjalan

asal komen menongkah arus yakni takmo jilat kayangan dan helang peberet dia org pun ugut polis kutip. kesah pulak polis nak tangkap org yg buat hati ko terguris tatkala berporem
Quote edayildiz 3-9-2021 02:31 AM
takde kerja ke perempuan ni..kalau sesenang tu blh dpt duit xde la i meroyan penat mental fizikal nmgis2 nk benti kerja
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 03:49 AM
haiyokkkk
denda2 segala tu bukan jokes yach
Quote CiliPadiSedap 3-9-2021 08:28 AM
Mini.Me replied at 2-9-2021 11:56 PM
Serius ahh?? Antara porumer ke?





siapa kena ugut bunuh  boleh lah report polis. dulu ada sorang forumer buat ugutan kat kaka dah masuk ke dalam ( bukan ahchong ). harap forumer lain hati2 jgn buat ugutan jenayah.
Quote Mini.Me 3-9-2021 09:30 AM
CiliPadiSedap replied at 3-9-2021 08:28 AM
siapa kena ugut bunuh  boleh lah report polis. dulu ada sorang forumer buat ugutan kat kak ...

Perghhh mentalnye...kaka sndiri yg kena...meols ingat porumer lain yg kena...hati2 kaka...la ni ramai org gila kite takleh jangka
Quote nuno 3-9-2021 10:09 AM
Sekngucing dah kena kutip ke belum hahaha
Quote Manjahati 3-9-2021 10:16 AM
Gatal tangan namanya…mendapatlah kan
Quote matamata 3-9-2021 10:55 AM
Kat forum ni dah byk kali aku bgtau... Berhati2 masa buat posting, ini bkn isu sentap atau tidak, kalau ada unsur2 ugutan jenayah lebih2 lagi kekerasan... Org yg kena ugut ada point utuk buat report.. Jgn main2... Alam maya ni cuma medium.. Sama dgn medium2 yg lain... Kalau dah kena kutip nyesal pun tak guna
Quote Kitty_catz 3-9-2021 02:35 PM
yaaazzzzz elok la dhekk.. cash sajork

tu lah... sapa suruh cerdik bebenau.. bukti percakapan & bukti bertulis lagi.. bodoh nya pekat tak campo air

ingat... buat jahat berpada2
Quote gideoncross 3-9-2021 09:12 PM
CiliPadiSedap replied at 3-9-2021 08:28 AM
siapa kena ugut bunuh  boleh lah report polis. dulu ada sorang forumer buat ugutan kat kak ...

Slama ni iol tngok kucing ni komen yg biasa2 je, xde plak yg mngugut cmni.
Quote Whitepinkrider 3-9-2021 09:30 PM
gatal sgt pergi msg2 tu kenapa

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.362278 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top