CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Guru KAFA, Pegawai Masjid Dan Jurunikah 'Degil' Tak Dibenar Bertugas

2-9-2021 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 744| Komen: 3

Description: "Bagi golongan ini yang memilih untuk tidak mahu divaksin, Beta amat dukacita kerana mereka akan membahayakan diri mereka sendiri dan orang ramai."
"Bagi golongan ini yang memilih untuk tidak mahu divaksin, Beta amat dukacita kerana mereka akan membahayakan diri mereka sendiri dan orang ramai."

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi amaran kepada guru KAFA, pegawai masjid dan jurunikah bahawa mereka berdepan kemungkinan tidak dibenarkan untuk meneruskan tugas jika berkeras enggan divaksin.



Kredit foto: IG Selangor Royal Official

Sultan Selangor bertitah demikian selepas menerima laporan terperinci daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai maklumat pengambilan vaksin Covid-19 dalam kalangan guru KAFA, pegawai masjid dan surau serta jurunikah di Selangor.

Sultan Sharafuddin berharap, Jabatan Kesihatan Selangor dapat menyegerakan proses vaksinasi Covid-19 terhadap guru-guru KAFA, pegawai-pegawai masjid dan jurunikah di Negeri Selangor ini.

“Sukacita beta mengingatkan bahawa pakar-pakar perubatan telah mengesahkan yang vaksin ini adalah satu-satunya cara untuk mengatasi penularan wabak Covid-19 buat masa ini.


“Kerajaan juga sedang berusaha untuk mewujudkan imuniti kelompok bagi mengurangkan risiko jangkitan yang lebih teruk di masa hadapan.

“Beta juga suka mengingatkan bahawa Negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa bahawa pengambilan vaksin Covid-19 adalah diharuskan,” titah Baginda.




Justeru baginda sekali mengingatkan bahawa rakyat tidak perlu khuatir atau ragu-ragu dengan suntikan vaksin.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 2-9-2021 09:28 PM
cuba tawarkan jaminan contohnya pampasan incase berlaku aefi
Quote manzilla 2-9-2021 10:37 PM
bakingsoda replied at 2-9-2021 09:28 PM
cuba tawarkan jaminan contohnya pampasan incase berlaku aefi

Tawaran bersifat ganjaran NO. Tawaran bersifat dirampas hak YES!
Quote tumpanglalu74 2-9-2021 10:41 PM
bakingsoda replied at 2-9-2021 09:28 PM
cuba tawarkan jaminan contohnya pampasan incase berlaku aefi

I think the term U're looking for is -> frog death

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.068511 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top