CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Makin Ramai Murid Rabun Jauh Sebab Kelas Online

2-9-2021 08:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 878| Komen: 15

Description: Kelas dalam talian menyebabkan jumlah murid yang berdepan masalah rabun jauh meningkat dua kali ganda.
Kelas dalam talian menyebabkan jumlah murid yang berdepan masalah rabun jauh meningkat dua kali ganda.

Presiden Persatuan Optometri Malaysia, Ng Choon Lim berkata, dengan setiap pelajar menghabiskan antara lima hingga tujuh jam sehari untuk persekolahan dan kelas tuisyen secara online, penggunaan gajet, telefon pintar dan komputer untuk masa panjang menyebabkan masalah rabun jauh menjadi lebih serius.


Choon Lim berkata, perkara tersebut disahkan melalui pemerhatian ahli persatuan dan pengilang yang berkecimpung dalam bidang optometri.


Kredit foto: Reuters

Katanya, anggaran lebih tepat bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti kerana ramai ibu bapa masih berwaspada untuk membawa anak mereka ke kedai cermin mata disebabkan keadaan wabak semasa.

“Bagaimanapun, memang terdapat ramai ibu bapa yang mengadu bahawa anak mereka berdepan masalah rabun jauh, astigmatisme dan sakit kepala kerana menggunakan komputer terlalu lama.


“Apabila sekolah dibuka semula, maka ibu bapa juga akan membawa anak untuk menerima ujian mata,” katanya kepada China Press.

Menurutnya, walaupun jumlah penduduk dengan masalah rabun jauh dijangka meningkat, tetapi keadaannya adalah lebih serius di Hong Kong dan Korea Selatan.


Kredit foto: National Education Association

“Kira-kira 50 peratus populasi Malaysia mempunyai rabun jauh berbanding 80 peratus di Hong Kong dan 90 peratus di Korea Selatan,” katanya.

Selain menggunakan gajet untuk belajar, mereka juga banyak menghabiskan masa dengan permainan dalam talian sehingga menyebabkan masalah mata.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissyMolly 2-9-2021 09:00 PM
Ini bener.. melebur duit buat spek{:nose
Quote bakingsoda 2-9-2021 09:17 PM
mak aih negara kpop 90% orang rabun aku pon rabun sejak umur 6 tahun
Quote ahlam_nabiha 2-9-2021 10:22 PM
So true, anak iol dua org baru je lepas buat spek
Quote naina 2-9-2021 10:25 PM
Ya Rabbi..anak rabun la paling aku risau. Selalu pantau. Taknaklaa kecik2 dah pakai Spek. Leceh weh. Aku pun rabun. Pakai Spek. Memang niat dah ada bajet lebih nak buat lasik. Tak sanggup oh selama pakai Spek
Quote funz_universe 2-9-2021 10:48 PM
Anak no 2 dah mula nampak tanda2. No 1 okay je. Dahlah susah makan sayur. Harap bagi vitamin je
Quote kakikuDibibirmu 2-9-2021 10:56 PM
Lepas tu anak-anak dah tak kenal muka mak ayah dah
Quote ninja boy 2-9-2021 10:57 PM
Muda2 dah cacat pandangan jauh
Quote edayildiz 2-9-2021 11:06 PM
mmg bethol..i pun dah jd rabun sikit sejak pkp ok..xpasal2 kena pakai spec
tp i jarang pakai sbb tudung kerepot  kalau pakai spec..nak mkn carrot byk2 supaya back to normal
Quote depresio 3-9-2021 12:10 AM
Ppd/jpn kpm ler. Korg yg suh sekolh buat sehari byk subjek..

Lepas tu kena pulak mak bapak yg xtau cara kelas online semua nak hentam suruh cikgu buat meet. . Mengadap je skrin dari pg sampai ptg.
Kokurikulum lagi..
Quote lwyl 3-9-2021 12:12 AM
Masalah pendengaran pun ada.
Quote mama_neko 3-9-2021 12:19 AM
ya ni benar ok... aku bawak anak aku pi terapi mata, byk budak seusia ada masalah ni, siap therapist tu cakap depa byk receive case ni sejak pdpr dilaksanakan.. ada yg kena buat spec nak betulkan mata
Quote I.K.A888990 3-9-2021 01:51 AM
betul ni
anak sedara i pn baru je mak dia belikan spec
kesian kecik2 lagi dah pakai
risau kalau nt jadi lagi teruk.je
Quote ina_na 3-9-2021 02:16 AM
Anak bongsu Aku power mata naik sampai 250 sebelah..duk pening fkr mcm mn nk bg power mata dia turun..baru darjah 1
Quote LoveSungmin 3-9-2021 03:18 AM
kalau anak rabun, buat je la spek.. yang penting mak pak takkan hantar anak ke sekolah bila sekolah buka nanti.. biar la anak berpdpr kat rumah
Quote nakkomenjugak 3-9-2021 03:48 AM
iol faham kes ni
iol darjah 5 pasang spek
sebab suka tengok tv dekat2

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-1-2022 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.169716 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top