CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pengadil Lepas Tembakan Kerana Bergaduh Pasal Kad Merah

2-9-2021 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1211| Komen: 4

Description: Polis menahan pengadil bola sepak yang melepaskan tembakan terhadap seorang pemain dan beberapa penonton.
Polis menahan pengadil bola sepak yang melepaskan tembakan terhadap seorang pemain dan beberapa penonton.

Suspek, Davi Bazeth bertindak demikian selepas berlaku perbalahan mengenai kad merah yang dilayangkan kepada seorang pemain di Kompleks Sukan Pauls Valley.


Timbalan Ketua Polis Pauls Valley, Derrick Jolley berkata, layangan kad merah itu mencetuskan suasana tegang dan tolak-menolak.

Beliau berkata, Bazeth kemudian pergi ke kereta dan kembali tidak lama selepas itu dengan membawa sepucuk pistol.


Kredit foto: Oklahoma's News 4

Insiden itu dirakamkan seorang hadirin menunjukkan seorang individu menjerit, sebelum pengadil melepaskan tembakan.

Laporan polis mengenai insiden itu memaklumkan pengadil itu menghalakan pistol kepada pemain dan beberapa individu lain berhampiran padang.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.


"Ini adalah satu kejadian yang tidak baik kerana terdapat keluarga di stadium berkenaan.

"Bukan saja ada pemain dan penyokong malah terdapat juga kanak-kanak," katanya.

Polis berkata, Bazeth kemudian kembali semula ke kereta dan berlalu pergi selepas kejadian.

Dia kemudiannya ditahan polis tidak lama selepas itu bersama sepucuk pistol kaliber .380.

Bazeth menghadapi pertuduhan kerana mengacukan senjata api secara salah.

Bagaimanapun, difahamkan ini adalah kesalahan jenayah pertamanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 2-9-2021 05:03 PM
hahaha...amik ko...mula2 bg amaran,pastu kad kuning,kad merah,last...aku tembak ko................
Quote edayildiz 2-9-2021 05:08 PM
barannya org tua ni..gaduh ngn bini kot mlm sblm kejadian
ingt belah brazil usA rupanya
Quote nakkomenjugak 2-9-2021 05:18 PM
tuuuuudiaaa
takde tumbuk maki apa
pakai pistol terus
Quote Fortiori02 2-9-2021 08:55 PM
Bahaya tol pistol dpt kt org yg x leh kawal marah ni, hal2 gini pon nak menembak...

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-10-2022 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.512145 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top