CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Semangat Usung 'Kavadi' Dengan Berbalutkan Jalur Gemilang Sambut Merdeka

2-9-2021 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 917| Komen: 6

Description: Tular video menunjukkan seorang lelaki menyambut Hari Kebangsaan dua hari lalu dengan mengenakan pakaian dipenuhi bendera. Lebih menarik, dia dilihat mengusung perhiasan seperti ‘kavadi’ yang turut ...
Tular video menunjukkan seorang lelaki menyambut Hari Kebangsaan dua hari lalu dengan mengenakan pakaian dipenuhi bendera. Lebih menarik, dia dilihat  mengusung perhiasan seperti ‘kavadi’ yang turut digantung dengan jalur gemilang.


Menerusi klip video berdurasi 45 saat yang dikongsi di laman Facebook Navy The Best, kelihatan lelaki tersebut sedang berarak sendirian bagi ‘meraikan’ sambutan hari kemerdekaan itu di jalan raya.


Kredit foto: FB

Tanpa memikirkan persepsi orang lain terhadap dirinya yang mengenakan pakaian dan hiasan pelik, lelaki tersebut dilihat gembira menyambutnya dengan cara tersendiri.

Difahamkan, kejadian itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya dan lokasinya adalah di sebuah kawasan sekitar negeri Sarawak.

Susulan perkongsian klip video itu di laman sosial, rata-rata pengguna memuji tindakan lelaki berkenaan dan mereka bangga dengan ‘idea’ kreatifnya menyambut Hari Kebangsaan.



Loading FB Post...

“Semangat dihatinya bersungguh sayangkan negara Malaysia, pada kita nampak seperti tidak senang tapi pada hatinya dia tunjukkan semangat kemerdekaan,” tulis Apiz Jbt pada ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Wipasa Wi.

“Anda adalah anak jati Sarawak yang cintakan kemerdekaan negara kita Malaysia.

“Agik idup agik ngalaban, bersatu bangsa untuk negara walaupun kita lain agama, tetap teguh bersama sama, itu lah kita rakyat Malaysia,”katanya.


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 2-9-2021 03:15 PM
Wah cayalah. Siap posing kembang sayap ala2 Victoria Secret lagi.
Sporting, dan semangat cintakan negara
Quote lipans 2-9-2021 03:34 PM
Bagus. 5 bintang diberi kepada beliau.
Quote edayildiz 2-9-2021 03:44 PM
bagus la..tp berat jgk benda tu..mcm terhuyung hayang jer adik ni
Quote nakkomenjugak 2-9-2021 04:49 PM
Malaysia boleh!
Quote TeropongThaico 2-9-2021 06:48 PM
Bersemangat dia
Quote ReginaGeorge 2-9-2021 08:23 PM
Boleh ke buat jalur gemilang macam tu?

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2021 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.075637 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top