CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lampin Kotor, Berpeluh-Peluh- Pengusaha Taska Sorok 26 Orang Budak Di Sebalik Dinding

2-9-2021 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2691| Komen: 9

Description: Seorang pengusaha taska dan pekerjanya didapati bersalah melakukan penderaan kanak-kanak selepas menyembunyikan 26 budak di sebalik sebuah dinding bagi meraih pendapatan tambahan.
Seorang pengusaha taska dan pekerjanya didapati bersalah melakukan penderaan kanak-kanak selepas menyembunyikan 26 budak di sebalik sebuah dinding bagi meraih pendapatan tambahan.


Carla Faith, 58, hanya mempunyai lesen untuk menjaga enam kanak-kanak di sebuah taska di Colorado, Amerika Syarikat.

Kegiatan mereka bagaimanapun terbongkar selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengenainya, pada November 2019.


Carla Faith, Foto: Mirror

Menurut laporan gazette.com, kebanyakan kanak-kanak mempunyai kesan kotor pada lampin selain berpeluh.

Salah seorang kakitangannya, Christina Swauger, turut disabitkan dengan 26 pertuduhan melakukan penderaan kanak-kanak.


Dia bertindak untuk memastikan dia boleh menjaga lebih ramai kanak-kanak setelah ibu bapa mengadu kesesakan di rumahnya.

Mereka mendapati 26 kanak-kanak di bawah usia tiga tahun disembunyikan.

Dipercayai sewaktu polis tiba di lokasi kejadian, wanita itu menyembunyikan kanak-kanak berkenaan.

Polis bagaimanapun dapat mendengar suara mereka dan melakukan pemeriksaan lanjut.

Mereka kemudian menemui satu 'dinding rahsia' yang membawa kepada tingkat bawah tanah.

Faith didapati bersalah terhadap 26 pertuduhan mengakibatkan kecuaian dan penderaan kanak-kanak tanpa kecederaan.

Ini termasuk kesalahan menjalan operasi pusat jagaan kanak-kanak tanpa lesen yang sah.

Mahkamah dijadual menetapkan hukuman buat kedua-dua tertuduh pada Oktober. -CARI

Sumber: Mirror

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 2-9-2021 12:42 PM
Osh xpaham la sapa sapa boleh terangkan x
Quote batmana 2-9-2021 01:13 PM
[[lesen CF <= 6 org ] > 26 org ] = polis

Quote ninnamina 2-9-2021 01:21 PM
Muka pun dah macam witch...
Quote nononcrux 2-9-2021 02:05 PM
tamak haloba..
Quote Artemesiaa 2-9-2021 02:12 PM
Yang difikirkan hanya duit bukan kebajikan budak2 tu sebab tu dia sanggup berbuat macam tu
Quote chikumanis 2-9-2021 02:20 PM
gila...nak jaga budak ramai semata2 duit? memang kes penderaan la walau dia tak mendera. penderaan zahir la kiranya ni..
Quote Decaffeinated 2-9-2021 02:24 PM
batmana replied at 2-9-2021 01:13 PM
[[lesen CF  26 org ] = polis

SET CHILD = CHILD + 1
IF CHILD = 6 CALL POLICE
ENDIF

abang decaff dulu belajar FORTRAN dek

Quote chinta89 2-9-2021 02:27 PM
entah la aku x boleh tgk anak2 duk taska... cikgu x ramai, kesian tgk budak melalak2 dahaga susu minta dipeluk.. boleh jatuh air mata. tp kawan2 aku hantar je. mls nk story pjg2 nt kena bash, cuma pandangan aku mmg aku x boleh tgk situasi tu.. nt ada yg jawab kalau ata pengasuh pun blm tentu jaga herlox jugak....
Quote Aikiko 3-9-2021 01:05 PM
Ini kalau tak kena cantas mau jadi kes kematian, bagus parent bdak2 nie report awal2

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-9-2022 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.071646 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top