CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Syifa Melvin Selalu Memberontak, Rasa Diri Sentiasa Betul- Sekarang Baru Sedar Diri

2-9-2021 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2354| Komen: 14

Description: Kata orang, sesuatu perkara mahupun tugas tidak akan sempurna sekiranya tidak mendapat reda daripada seorang ibu.
Kata orang, sesuatu perkara mahupun tugas tidak akan sempurna sekiranya tidak mendapat reda daripada seorang ibu.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh pelakon Syifa Melvin, 27, yang berpendapat sekiranya tiada restu daripada wanita bergelar ibu, semua perkara yang hendak dilakukan pasti tidak akan menjadi.


Bagaimanapun, adik kepada aktres Syatilla Melvin itu tidak sesekali menolak ke tepi tentang keberkatan Allah SWT dalam semua perkara.


Foto: IG

“Sejak usia semakin meningkat, apa yang saya perasan ialah mengenai restu dan berkat. Tanpanya, apa sahaja yang dilakukan pasti tidak menjadi.

“Keberkatan Allah ialah nombor satu. Tetapi berkat dan restu daripada seorang ibu ialah satu hal yang lain,” katanya dalam InstaStory semalam.


Ujar pemilik nama penuh Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu, dia juga percaya bahawa reda Allah bersandarkan pada restu seorang ibu.



“Reda Allah terletak pada restu seorang ibu. Apabila ada restu ibu pada setiap perbuatan anak, maka berkatlah hidup di dunia dan akhirat,” tuturnya.

Dalam perkongsian sama, Syifa memberitahu dia juga pernah melalui fasa tidak mahu menerima pandangan mahupun nasihat daripada orang lain kerana berasakan dirinya sentiasa betul.



“Dulu saya lalui fasa ‘memberontak’, tak mahu dengar cakap dan terima teguran orang tetapi pada satu tahap, banyak benda tak jadi.

“Dari situ, baru boleh fikir sebenarnya apabila orang larang, dengarlah sebab mereka tidak buta tetapi kita yang buta. Kadang-kadang kena dengar juga nasihat orang terdekat,” ujarnya lagi.



Sejak melalui situasi tersebut, dia mula meletakkan ibunya, Robiah Rahman sebagai tempat rujukan bagi mendapatkan pandangan mengenai pelbagai perkara.

“Semua perkara tanya dan minta pendapat serta restu daripada ibu. Selepas dia setuju, minta pula doa daripadanya.



“Ingat, berkat dan restu daripada ibu ialah nombor satu dalam hidup kita,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 2-9-2021 09:15 AM
27 tp apsal muka tua?? ke typo?
Quote imanjannah 2-9-2021 09:46 AM
ini yg dgn pemain bola sepak jdt tu ke
Quote slyfynx 2-9-2021 10:20 AM
Ok, bagusla.
Nextttt
Quote LadyCarefree 2-9-2021 01:30 PM
Nasihat gang retis hang nama Hanna tu
Quote lyshafull 2-9-2021 01:57 PM
So sbb restu ke or kene dump ?
Quote OyaTonggek 2-9-2021 04:09 PM
the bingits sisters
Quote nakkomenjugak 2-9-2021 04:26 PM
irrelevant. next...
Quote hashashes 2-9-2021 04:46 PM
Ngan pawi lagi ke dia ni
Quote nononcrux 2-9-2021 04:54 PM
sendu sgt deni, hot dgn kebodohan
Quote NFBZCantik 2-9-2021 05:12 PM
uish 27 keee
Quote Nozot 2-9-2021 05:27 PM
taktik nak jual barang ke dik. Ada tertengok drama lakonan dia kat tvi 1 ke tv2, ya ampun desa sangat rupanya , bakat pun tak ada, macam mana boleh amik dia berlakon..rasanya budak kampung lagi ramai yang ada rupa dari melvin clan nie
Quote solarlunar 2-9-2021 05:31 PM
Dh abis teriak dh ka???

Aritu abg ipar kepam dok buat video interbiu dgn foodrider. Ingat nk tunjuk keprihatinan ke apa rupa2 nya nk promo product
Quote anony-mous 2-9-2021 05:31 PM
Early 20 dlu rasa dia ni lawa jugak. Skrg xtau la kenapa mcm ni
Quote bankerpencen 2-9-2021 06:01 PM
Ingat dah masuk 30. Muka adik beradik ni semua set set cepat nampak tua. Very unfortunate

Lihat semua komen(14)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.079528 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top