CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Dugaan Azzam Sham- Datuk Meninggal, Ibu Bapa Pula Positif Covid-19

2-9-2021 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2007| Komen: 9

Description: Ujian berat terpaksa dilalui penyanyi Azzam Sham apabila datuknya meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada pagi Selasa.
Ujian berat terpaksa dilalui penyanyi Azzam Sham apabila datuknya meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada pagi Selasa.

Lebih menyedihkan apabila pada hari yang sama Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzamuddin Loo Hisham turut mendapat berita ibu bapanya disahkan positif Covid-19.



Foto: IG

"Saya dapat berita datuk saya meninggal dunia pada pukul 2.45 pagi Isnin disebabkan komplikasi paru-paru dan uzur.

"Pagi tu juga masa nak urus jenazah, keadaan ayah tak berapa sihat. Saya tak sedap hati terus buat swab test dan malangnya keputusan mak dan ayah positif Covid-19.

"Mereka kini sedang kuarantin di rumah abang angkat saya. Keadaan mak saya baik tapi ayah saya ada asma. Itu yang membimbangkan terutama bila dia batuk-batuk,” kata kepada mStar.




Bagaimanapun, menurut Azzam, 24, kebimbangannya sedikit berkurangan kerana ibu bapanya telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sementara itu, kata Azzam sebagai anak sulung dia bertanggungjawab untuk menjaga lima adiknya sehingga keadaan ayah dan ibunya kembali pulih.



"Ini adalah ujian yang besar untuk saya. Saya anak sulung jadi saya kena kuat untuk adik-adik.

"Buat masa sekarang saya jaga adik-adik, Alhamdulillah mereka semua negatif," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 2-9-2021 10:52 AM
"Pagi tu juga masa nak urus jenazah, keadaan ayah tak berapa sihat. Saya tak sedap hati terus buat swab test dan malangnya keputusan mak dan ayah positif Covid-19.
Quote RatuDunia94 2-9-2021 01:21 PM
At least bukan berita pasal hubungan dgn retis tibai unta tu..
Quote bulalof 2-9-2021 01:38 PM
salam takziah.
Quote heythere123 2-9-2021 01:49 PM
salam takziah untuk Azzam sekeluarga
Quote LadyCarefree 2-9-2021 01:59 PM
Kesian. Bertabahlah. Mujur ada ramai sayang dn sapot azam dan ibubapa boleh membantu.
Quote nakkomenjugak 2-9-2021 04:25 PM
Takziah diucapkan
Quote laksmanabentan 2-9-2021 04:32 PM
CARI-MRO replied at 2-9-2021 10:52 AM
"Pagi tu juga masa nak urus jenazah, keadaan ayah tak berapa sihat. Saya tak sedap hati terus buat s ...

da spread ke siapa tak tahu la kannnn....
Quote LadyCarefree 2-9-2021 04:54 PM
laksmanabentan: da spread ke siapa tak tahu la kannnn....


Dahlah rumah dia flat polis yg bersesak tu.
Quote nononcrux 2-9-2021 04:56 PM
tak berapa kenal.. salam takziah

Lihat semua komen(9)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-5-2022 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.207594 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top