CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

3 Bulan Bercinta, Ewal Nak Kahwin Hujung Tahun Ni- "Mestilah Nak Buat Majlis,Nak War-Warkan"

2-9-2021 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9411| Komen: 42

Description: Penyanyi Ewal masih berharap perancangannya untuk menamatkan zaman bujang dalam sebuah majlis sederhana pada akhir tahun ini akan terlaksana.
Penyanyi Ewal masih berharap perancangannya untuk menamatkan zaman bujang dalam sebuah majlis sederhana pada akhir tahun ini akan terlaksana.

Faham dengan situasi pandemik Covid-19, Ewal atau nama sebenarnya Ikhwan Hafiz berkata, perancangan itu bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.



Foto: IG

“Ini merupakan perkahwinan saya yang pertama jadi kita nak lah ada majlis-majlis, nak menwar-warkan hari bahagia.

“Tapi kalau keadaan tidak mengizinkan, kita tengok sama ada lambatkan ke bulan dua atau percepatkan pada bulan 12,” katanya kepada mStar.




Bercerita tentang bakal isterinya iaitu Adda, Ewal berkata, hubungan cinta mereka baharu sahaja terjalin tiga bulan, namun dia mengenali wanita itu sejak 15 tahun lalu.

“Saya bercinta dengan Adda sudah tiga bulan tapi memendam rasa sudah 15 tahun. Adda ni seorang penyanyi, pernah ada band bernama Butterfly.




“Sekarang dia fokus kepada perniagaan dan dia juga adik kepada gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody." -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 2-9-2021 09:01 AM
Siapa ntah penyanyi ni. Kenal Adda butterfly tu je
Quote pencintaABC 2-9-2021 09:07 AM
Kalau sendu takyah lah letak OFFICIAL kat IG username tu bukan org kenal pon
Quote kiah_mai_pulak 2-9-2021 09:09 AM
lahhhhh kawen dgn janda ke?
Quote babycc 2-9-2021 09:42 AM
Ni adda yg da kawen byk kali tu ke? Adik rody kristak..
Quote babycc 2-9-2021 09:44 AM
Yg si ewal siap sebut ni perkahwinan peetama.. da knp??? Nak kawen byk kali???
Quote msdummy.2018 2-9-2021 09:47 AM
friedfishsoup replied at 2-9-2021 09:01 AM
Siapa ntah penyanyi ni. Kenal Adda butterfly tu je

Ewal tuh mmg sendu alam..rasa af punya peserta..aku xpasti...yg aku cnfirm dia ada dlm citer dee kat saluran 611 tuh
Quote slyfynx 2-9-2021 10:19 AM
Jap, anda ialah sape?
Quote kiah_mai_pulak 2-9-2021 10:45 AM
babycc replied at 2-9-2021 09:44 AM
Yg si ewal siap sebut ni perkahwinan peetama.. da knp??? Nak kawen byk kali???

sbb yg pompuan dh 2kali kawen. masuk ni yg ke-3
Quote MsKathryn 2-9-2021 11:01 AM
X kenal …
Quote dua_chzy 2-9-2021 11:04 AM
Oh kawen janda ke nak?
Quote dua_chzy 2-9-2021 11:05 AM
kiah_mai_pulak replied at 2-9-2021 10:45 AM
sbb yg pompuan dh 2kali kawen. masuk ni yg ke-3

First marriage dia paling hauk. Btw huntong la dah merasa kepelbagaian.
Quote laksmanabentan 2-9-2021 11:08 AM
Ewal umur 29tahun  (bujang)
Adda umur 33 tahun (pernah berkahwin 2 kali sebelum ini)

Ewal ini anak Mel Wings dan dulu pernah join AF
Quote Harley_Quinn 2-9-2021 11:32 AM
msdummy.2018 replied at 2-9-2021 09:47 AM
Ewal tuh mmg sendu alam..rasa af punya peserta..aku xpasti...yg aku cnfirm dia ada dlm citer dee k ...

Ahaa peserta AF. Mmg sendu.
Tahu pn sebab senior bria promote dia ni time af dlu.
Siap jd admin fan club official dia ni laa.
Quote enot_sibudak 2-9-2021 11:43 AM
babycc replied at 2-9-2021 09:44 AM
Yg si ewal siap sebut ni perkahwinan peetama.. da knp??? Nak kawen byk kali???

adda tu bkn yg pertama.. btl la dia adik rody
Quote bluebutter 2-9-2021 12:10 PM
cam ada kesah je si adda ni. tapi dia lawa lah kan .
Quote kiah_mai_pulak 2-9-2021 12:19 PM
bluebutter replied at 2-9-2021 12:10 PM
cam ada kesah je si adda ni. tapi dia lawa lah kan .

2kali kawen dgn laki orang.. yg 1st tahan 17 hari je
Quote JohnyEnglish 2-9-2021 12:26 PM
Yg janda dh tentu jandanya
Anak dara belum tentu daranya
-Pak Kulup
Quote bluebutter 2-9-2021 12:43 PM
kiah_mai_pulak replied at 2-9-2021 12:19 PM
2kali kawen dgn laki orang.. yg 1st tahan 17 hari je

patutlah semua dalam ni cam gelak gelak lak dia. siam gak.

tapi dia lawa lah. muka modern.
Quote bluebutter 2-9-2021 12:45 PM
muka dia mcm suhana isteri seorang musician band search tu. sedara mara kut kan. lawa.

Lihat semua komen(42)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-6-2022 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.072415 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top