CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tak Boleh Bercampur, Taliban Asingkan Lelaki Dan Wanita Di Universiti

2-9-2021 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5663| Komen: 69

Description: Kabul– Kaum wanita di Afghanistan akan dibenarkan menyambung pelajaran di universiti tempatan, namun tidak dibenarkan berada dalam kelas yang bercampur dengan lelaki, lapor akhbar New York Post, sema ...
Kabul– Kaum wanita di Afghanistan akan dibenarkan menyambung pelajaran di universiti tempatan, namun tidak dibenarkan berada dalam kelas yang bercampur dengan lelaki, lapor akhbar New York Post, semalam.


Keputusan itu merupakan antara pembaharuan dalam era pemerintahan baharu Taliban berbanding zaman 90-an dahulu yang menyaksikan pengharaman ke atas wanita dan kanak-kanak perempuan untuk pergi ke sekolah.


Foto: AFP

“Penduduk Afghanistan akan meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi mengikut syariat Islam yang selamat dan tanpa bercampur antara pelajar lelaki serta perempuan.

“Taliban juga akan mewujudkan kurikulum Islam yang bersesuaian dengan nilai-nilai Islam, nasional dan sejarah kita namun dalam masa sama dapat bersaing dengan negara-negara lain,” kata Pemangku Menteri Pendidikan Taliban, Abdul Baqqi Haqqani.


Sebaik sahaja menguasai Afghanistan awal bulan ini, Taliban berjanji untuk menghormati hak saksama wanita dalam sektor pendidikan dan kerjaya, namun mengikut syariat Islam.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid pada minggu lalu menggesa kaum wanita kembali ke sekolah dan bekerja seperti biasa tanpa sebarang halangan daripada pihaknya.

Namun, apa yang disebut sebagai penjenamaan semula Taliban, menimbulkan persoalan tentang pelaksanaannya termasuk permintaan beberapa aktivis hak wanita yang menolak untuk memakai burqa. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abangbikerz 2-9-2021 08:51 AM
start dh dgn benda2 bodo die tu
Quote airmineral 2-9-2021 08:53 AM
maknanya drg akan buat university 1 jantina termasuk lecturer & management u pun akan 1 jantina? ramai ke org pompuan level prof atau kena import?

alam kerjaya nnt macamn drg nak asingkan ek?
Quote mclaren 2-9-2021 08:54 AM
Kalau betullah, harap tak diskriminasi lecturer mana yang kelas perempuan dapat.

If bercampur then one same lecturer both genders merasa diajar. Fair lah kalau lecturer tu bagus atau tak bagus.
Quote VioletsAre_Blue 2-9-2021 09:13 AM
Jumud dan taliban berpisah tiada
Quote kelapaparut 2-9-2021 09:48 AM
kalau kelas sejantina pun, boleh je student2 bergayah2an , xpayahla nak pisahkan jantan betine same je
Quote annadonna 2-9-2021 09:48 AM
Sekolah convent pun mcm tu. I okay aje dari sekolah convent dulu. Cuma banyak lesbian la
Quote krustykrab 2-9-2021 10:15 AM
annadonna replied at 2-9-2021 09:48 AM
Sekolah convent pun mcm tu. I okay aje dari sekolah convent dulu. Cuma banyak lesbian la

Haah kan...itu lah bila tak bercampur jantina penuh la pulak dgn gayah, lesbiah
Quote Adrif 2-9-2021 10:21 AM
memang la tak boleh bercampur

semua kelas online
Quote Hizert 2-9-2021 10:31 AM
Aku pernah tengok satu video, diorang ni berperang sebab nak menegakkan undang-undang Islam. So bila diorang rule Afghanistan memang la enforcement to Syaria Law.
Quote annadonna 2-9-2021 11:17 AM
krustykrab replied at 2-9-2021 10:15 AM
Haah kan...itu lah bila tak bercampur jantina penuh la pulak dgn gayah, lesbiah

Hormon percintaan membara bara tapi kat keliling sejantina aje. Belasah ajelah
Quote xy_daen 2-9-2021 11:19 AM
Taliban memang kuat membontot sesama jantan pun..
Quote Decaffeinated 2-9-2021 11:26 AM
So gomen sebelum ni buat apa?

Quote Simunggu 2-9-2021 11:34 AM
abangbikerz replied at 2-9-2021 08:51 AM
start dh dgn benda2 bodo die tu

SM La Salle = sekolah 100% lelaki
SM Stella Maris = sekolah 100% perempuan

Ketua sekolah Padri & Sister
Quote Simunggu 2-9-2021 11:35 AM
abangbikerz replied at 2-9-2021 08:51 AM
start dh dgn benda2 bodo die tu

SM La Salle = sekolah 100% lelaki
SM Stella Maris = sekolah 100% perempuan

Ketua sekolah Padri & Sister

Quote zamzam 2-9-2021 11:39 AM
Sampai sekarang sek rendah dan menengah convent semua pompan xder boys. Hello this is 2021 kenapa xder yg bising?
Quote zamzam 2-9-2021 12:00 PM
Di sg petani ni masih ada sek ren keb ibrahim hanya untuk boys. Di melaka ada sek st francis for boys dan dua sek convent for girls. Adakah semua sekolah tu dah jd co-ed? Mana suhakam? Jgn hipokrit.
Quote tripleid 2-9-2021 12:34 PM
taliban ni acah2 suci pulak nak asing jantina bagai..walhal puak2 dia lah yg amal budaya sontot budak jantan sesama jantan bacha bazi tuu
Quote CardiGans85 2-9-2021 12:44 PM
Sekolah asing bagi aku ok je. Bab lain kena revise jugak
Quote kakigojes 2-9-2021 12:47 PM
In a way, a positive light la.. cause sebelum ni terus takde hak wanita. Taliban kata this time dia akan bersifat terbuka, tapi kita lihat la mcm mana. But to me, walaupun taliban ada history yang tak berapa elok, tapi kita harapkan yang terbaik untuk negara ni, after all 20 tahun dijajah dalam era moden - kalau mereka sendiri tak mau pertahankan negara, and give in to Taliban, then apa hak kita nak campur tangan.

I like how President Biden punya pandangan. Sampai bila Amerika nak control the country and sooner or later memang negara tu akan berdiri without US troops. Cuma tak sangka secepat ni

Lihat semua komen(69)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-7-2022 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.077978 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top