CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Model Parah Dibaham Singa Ketika Penggambaran

1-9-2021 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4055| Komen: 21

Description: Seorang model nyaris maut selepas dia diserang singa ketika menjalani penggambaran di Burgenland, di timur Jerman.Wanita yang dianggap sebagai pencinta haiwan itu mengalami kecederaan parah di kepala. ...
Seorang model nyaris maut selepas dia diserang singa ketika menjalani penggambaran di Burgenland, di timur Jerman.

Wanita yang dianggap sebagai pencinta haiwan itu mengalami kecederaan parah di kepala.


Lokasi kejadian adalah kawasan yang menempatkan dua ekor singa iaitu Troy dan Paris.



Polis berkata, mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pihak berkuasa Burgenland berkata, tiada sebarang masalah terhadap hidupan liar di kawasan berkenaan.

Namun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian itu berlaku.

Dalam pada itu, akhbar tabloid Jerman melaporkan mangsa adalah Jessica Leidolph, 36.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan jenis penggambaran yang dilakukan mangsa dan pihak yang bertanggungjawab.

Menurut laman web rasminya, Leidolph memiliki kuda, kucing, merpati dan burung kakak tua.


Pemilik kawasan hidupan liar itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung kejadian.

Troy dan Paris sebelum ini juga pernah terbabit dengan penggambaran iklan komersial untuk sebuah jenama televisyen.

Pihak berkuasa daerah memaklumkan, keadaan kesihatan dan tingkah laku haiwan itu sudah diperiksa pihak keselamatan lokasi itu bulan ini.

Sementara itu, kumpulan hak haiwan, Peta berkata, haiwan itu tidak sepatutnya dieksploitasi untuk keuntungan komersial.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 1-9-2021 01:36 PM
takde masalah cari masalah namanya
Quote edayildiz 1-9-2021 01:39 PM
troy ngn paris penat gamaknya ngn manusia
Quote matamata 1-9-2021 01:50 PM
Sekali encik singa ngap....
Quote imransulaiman 1-9-2021 02:26 PM
Sekali imbas macam rupa penyanyi tersohor negara! {:childlike
Quote cecari 1-9-2021 03:02 PM
matamata replied at 1-9-2021 01:50 PM
Sekali encik singa ngap....

tapi berita luar negara sebut leopard... bukan singa.... takkan wartawan tak tau beza singa dgn rimau kot  https://www.the-sun.com/news/354 ... leopard-photoshoot/
Quote Thunderclouds 1-9-2021 03:11 PM
Harap insurance cover
Quote Billy478 1-9-2021 03:14 PM
I have the same issue. Anybody got an idea? This hushes up a typical issue?

skylightpaycard
Quote Artemesiaa 1-9-2021 03:46 PM
Jenis tak benar2 cari tahu akan keselamatan sekitar tempat yang dipilih merbahaya atau tidaknya sekadar nampak cantik terus pergi mana tak mengundang bahaya
Quote damsel_fiji 1-9-2021 04:00 PM
mcm muka siti nurhaliza time anak dara pulak
Quote trexxxxxi 1-9-2021 04:11 PM
Hewan jua ingin dimengerti
Sohih mereka menyumpah not dis shiz again

Bertuah tak kiok disitu
Quote Babai 1-9-2021 04:13 PM
Video takde ke?
Quote I.K.A888990 1-9-2021 04:24 PM
nasib la cedera walaupn parah kalau mati terus xke sia2
Quote nakkomenjugak 1-9-2021 05:44 PM
adakah sheol pencinta haiwan lagi lepas ni?
Quote KamikuP 2-9-2021 01:44 PM
Burgenland ni mesti dekat dengan Burgen Town pekan Troll tu kan?
Quote Ciktiekus 2-9-2021 03:16 PM
imransulaiman: Sekali imbas macam rupa penyanyi tersohor negara! {:childlike

Aku imbas mcm akak britney s pulak..
Quote missbigrockstar 2-9-2021 03:21 PM
Ciktiekus replied at 2-9-2021 03:16 PM
Aku imbas mcm akak britney s pulak..

Kan ke masa penyanyi no. 1 muda2 dulu rupa iras2 britney? Tapi aku heran apasal Jeslina hashim pula dpt jolokan britney spears Malaysia
Quote fatinandreanna 3-9-2021 03:55 AM
cecari replied at 1-9-2021 03:02 PM
tapi berita luar negara sebut leopard... bukan singa.... takkan wartawan tak tau beza singa dgn ri ...

Terima kasih bagi link. Mmg betul Itu harimau bintang bukan singa.

Quote fatinandreanna 3-9-2021 04:02 AM
Ceritanya model ni masuk dlm kandang leopard ni time nak shooting. Dlm cage leopard ni tau. Btw leopard ni tinggal kat rumah retirement utk show animal.
Quote sekngucing 3-9-2021 04:05 AM
singa apa.kebendanya....

Lihat semua komen(21)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-12-2022 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.225280 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top