CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Mengidam Sembang Dengan Joong Ki, Bintang Indonesia Teruja Impian Tercapai

1-9-2021 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2424| Komen: 5

Description: Bintang Indonesia, Felicya Angelista meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk berbual secara peribadi dengan aktor Korea, Song Joong Ki akhirnya tercapai.
Bintang Indonesia, Felicya Angelista meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk berbual secara peribadi dengan aktor Korea, Song Joong Ki akhirnya tercapai.

Menurut laporan Kompas.com, Felicya berkata dia teruja dan hilang kata-kata apabila dapat bertentang mata dengan pelakon popular itu menerusi panggilan video, baru-baru ini.



Kredit foto: Kompas.com

Felicya yang kini hamil enam bulan memberitahu pelakon drama bersiri Vincenzo itu sanggup meluangkan sedikit masa di set penggambaran semata-mata mahu memenuhi impiannya itu.

"Saya suka sangat sampai tak tahu nak cakap apa... hilang kata-kata kerana salah satu impianku tercapai.

"Ternyata mengidam saya kesampaian guys, bukan cuma video tapi panggilan video dan dia berada di lokasi penggambaran. Dia sanggup keluar sebentar, mungkin semasa itu dia berehat atau mekap.

"Tapi dia masih sempat video call saya!" katanya.


Sebelum itu, Felicya meluahkan keinginan kepada suami, Hito bahawa dia teringin atau mengidam untuk berbual dengan salah seorang aktor kegemarannya.

Hito lantas menghubungi rakannya di Korea dan berusaha mendapatkan Song Joong Ki.



"Singkat tapi benar-benar meninggalkan kesan mendalam kerana apa yang dilakukan oleh suami saya ini awalnya difikirkan sangat mustahil.

"Saya masih tidak percaya! Terima kasih Hito dan temannya Raymond yang membuatkan impian saya ini tercapai," ujarnya.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mini.Me 1-9-2021 12:34 PM
Huntunglaa
Quote nakkomenjugak 1-9-2021 03:01 PM
Huntong laaa...
Iol dah penah kaki cecah Korea pun takde peluang bersembang dengan oppa unnie dongsaeng segala
Quote Aikiko 1-9-2021 09:19 PM
Weh laki dia ni sape??
Power contact dia sampai bleh dpatkan oppa vincenzo berborak
I is jeles...dahla suka oppa nih b.lakon
Quote Konahhh 2-9-2021 02:06 AM
Power cable laki dia hahaha
Quote siwasa 7-10-2021 07:51 PM
Itu karena Song Jongki jadi BA produk skincarenya dia with Agnez Mo too,, so gak heran Felicia bisa video call dengan SJK

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-10-2022 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.069195 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top