CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Aaron Aziz Tanya, Perdana Menteri Pakai Jam Jenama Apa

1-9-2021 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4728| Komen: 14

Description: Jam tangan celoreng yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri satu program mencuri perhatian orang ramai termasuk golongan selebriti seperti pelakon Datuk Aaron Az ...
Jam tangan celoreng yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menghadiri satu program mencuri perhatian orang ramai termasuk golongan selebriti seperti pelakon Datuk Aaron Aziz.  



Foto: IG

Aaron menerusi hantaran di Instagram meminta bantuan pengikutnya untuk mengenal pasti jenama jam tangan digayakan Ismail itu.



"Abang nak tanya sikit. Siapa tahu ini jam apa Perdana Menteri pakai? Korang kan tahu kurta abang 'camo' (camouflage - celoreng), beg abang 'camo' sampai isteri punya tudung pun 'camo'. Tengah menahan sakit di hospital tiba-tiba nampak jam Datuk Seri Ismail Sabri pakai. Bergaya pula kan," tulisnya. 

Rata-rata komen yang diberikan pengikut mendedahkan jam tangan yang digunakan Ismail adalah model G-Shock dari jenama Casio.



"Casio G-Shock GA-700CM," tulis seorang pengikutnya. 

"G-Shock Camouflage hijau kalau tak silap. Moga cepat sembuh Aaron. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan," kata seorang pengikut lagi. 



"Mohon PM hadiahkan abang jam sempena merdeka," kongsi seorang lagi pengikut. 

Dianggarkan jam tangan yang dipakai Ismail itu bernilai kira-kira RM400. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaseh80 1-9-2021 11:30 AM
Kipas ke??????????
Quote KU-MALIL 1-9-2021 11:37 AM
bodek baik
Quote akuchenta 1-9-2021 11:39 AM
Edited by akuchenta at 1-9-2021 11:42 AM

Yeke camouflage kurta, tudung bini?
Spender tak camouflage?

Quote nordin84 1-9-2021 11:57 AM
eh mail pki jam rm400.. biar betik hHahhaa
Quote _blackbird 1-9-2021 12:00 PM
nordin84 replied at 1-9-2021 11:57 AM
eh mail pki jam rm400.. biar betik hHahhaa

pinjam jam dafi kot
Quote salimrock 1-9-2021 12:01 PM
nordin84 replied at 1-9-2021 11:57 AM
eh mail pki jam rm400.. biar betik hHahhaa

ok la tu, kira rendah diri la tu,

mgkn nak ikut personality Tun M, jgn ikut personality boss lu
Quote rainbowrainz 1-9-2021 12:09 PM
Zafrul punya jam gak terbaaekk
Quote Kurex 1-9-2021 12:56 PM
Tanya jam pun nak jadikan cerita ke ngai?
Quote supermum 1-9-2021 02:31 PM
Muka dia jenis takde perasaan tapi captions lawak-lawak. Suka jenguk ig dia ni kalau lalu kat search tu
Quote ninjago 1-9-2021 03:03 PM

hahahhahaa nie lawakkk
Quote beatgirlX 1-9-2021 03:15 PM
Submarine kan ni..price affordable la..
Quote nakkomenjugak 1-9-2021 06:08 PM
nak heol pakai jam patek Philippe pulak kahh?
Quote aderaderker 2-9-2021 12:17 PM
Edited by aderaderker at 2-9-2021 12:18 PM

No 1 jam paling mahal dah kenapa macam Patrick dlm spongebob?

[attach]589975[/attach]
[attach]589976[/attach]
[attach]589977[/attach]




Quote AshkieLa 2-9-2021 12:34 PM
dulu bodek anak THO...
ni bodek apak dafi lak ke...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2022 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.085529 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top