CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Shooting Drama Secara Virtual, Emelda Rosemila Rasa Macam Diva

24-8-2021 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2330| Komen: 12

Description: Seperti umum mengetahui, syarikat produksi drama dan filem tidak menjalankan penggambaran seperti kelazimannya ekoran situasi pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara.
Seperti umum mengetahui, syarikat produksi drama dan filem tidak menjalankan penggambaran seperti kelazimannya ekoran situasi pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara.


Oleh itu, ada sesetengah pihak produksi yang telah mengambil langkah alternatif lain demi meneruskan penggambaran dalam norma baharu, misalnya dengan menerusi penggunaan gajet terkini.

Foto: IG

Pelakon, Emelda Rosemila misalnya ada berkongsi cerita pengalaman sewaktu menjalani pengambaran drama rantaian, SMK musim ketiga yang dilaksanakan secara virtual menerusi aplikasi Zoom.

Menurut Emelda, ini kali pertama dia bersama rakan pelakon lain menjalani penggambaran secara virtual meski sudah lebih 20 tahun melibatkan diri dalam lakonan.




“Sebenarnya, pengambaran yang dijalankan secara virtual merupakan pengalaman yang pertama buat saya dan sudah semestinya dari segi cabaran ada sedikit perbezaan.

“Tapi saya tak rasa mencabar sangat sebab saya ada suami yang sentiasa membantu supaya semuanya berjalan dengan lancar, alhamdulillah.

“Saya kadang-kadang rasa macam ‘diva’ pula kerana dari segi persediaan kamera, pengcahayaan dan sebagainya, semuanya menjadi lebih mudah dengan bantuan suami.




“Malah, kebanyakan barang keperluan untuk menjalankan penggambaran dalam cara tersebut kebanyakan suami sudah ada, jadi ia memudahkan.

“Rasa syukur sangat kerana semua berjalan dengan lancar,” katanya.

Selain itu, isteri kepada pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramli ini turut berasa gembira kerana berpeluang untuk menimba ilmu serta pengalaman baru.



“Jujurnya, rasa seronok sebab sekurang-kurangnya saya boleh belajar banyak benda yang baru dan dapat menimba pengalaman, meski kita semua berada dalam keadaan norma baharu.

“Walaupun kadang-kadang tidak dinafikan, macam huru-hara juga kat rumah ni masa nak buat rakaman. Kelam kabut juga dibuatnya,” selorohnya. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trexxxxxi 24-8-2021 12:29 PM
Yang buat hidung tu sapa
Sheol ni khuens?
Quote Burong_Hantuk 24-8-2021 02:16 PM
Ank dia mcm x berapa sihat..sakit kah heol
Quote Burong_Hantuk 24-8-2021 02:17 PM
Kes Saman anjuling maseh onnz ke?
Quote matchstick 24-8-2021 02:56 PM
trexxxxxi: Yang buat hidung tu sapa Sheol ni khuens?

Mcm ambik pakej buy 1 free 1 je dgn kakak dia
Quote matchstick 24-8-2021 02:58 PM
Kuat nye filter gambo tu semua..ploless muka adlin
Quote rayray28 24-8-2021 02:59 PM
tgk adlin mcm tgh tgk arwah apaknya lak bercakap..pastu ada bunyi2 slang maknya ruminah sidek..semoga kekal bahagia
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 09:19 PM
kalau on filter nampak ada muka kokesen sikit sheol

Quote kakigojes 24-8-2021 09:38 PM
Adlin tu nampak mcm muka Tengku Zafrul, kalau ada biopik, first cast!
Quote heythere123 25-8-2021 12:42 AM
awat muka dia nampak macam muka Budak Ijat tu
Quote Reira77 25-8-2021 04:30 AM
Kenapa artis suka kecikkan lubang hidung tapi tak tarik batang hidung bagi balance? Kalau kat korea depa ambik tulang rusuk sikit bubuh kat batang hidung nk bagi mancung baru la balance dgn lubang hidung kecik.
Quote twins 25-8-2021 11:36 AM
makin lawa pulak aku tengok bini di adlin ni....
Quote kikyou 25-8-2021 12:11 PM
Gambar 1st tu dah mcm rupa cartoon Simpson.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 02:55 PM GMT+8 , Processed in 1.886024 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top