CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Perkahwinan Bukan Halangan," -Memey Suhaiza Tak Akan Sekat Norman Hakim Buat Apa Yang Disukai

24-8-2021 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2296| Komen: 7

Description: Pelakon, Memey Suhaiza membuat kejutan istimewa buat suaminya dengan menyediakan sebuah ruangan khas yang dilengkapi dengan peralatan gymnasium di dalam rumahnya.
Pelakon, Memey Suhaiza membuat kejutan istimewa buat suaminya dengan menyediakan sebuah ruangan khas yang dilengkapi dengan peralatan gymnasium di dalam rumahnya.

Menurut Memey, kejutan tersebut dibuat sebagai tanda sokongan terhadap hobi suaminya yang juga merupakan pelakon, Norman Hakim.

Katanya lagi, sebagai isteri, dia tidak akan sesekali menyekat apa yang membuatkan suaminya berasa bahagia.


Foto: IG

“Bila berpasangan, kita support apa yang dia suka. Perkahwinan bukan halangan untuk stop apa hobi / kesukaan partner kan? Biar dia rasa selesa dan seronok takde halangan.

“Untuk papa @normanhakim_786, hobi dia memang fitness sesajer. Sehari dua tak exercise dia akan gigil. Mulalah nak demam haha. Dapat exercise walau 30 min je pun hilang lah semua rasa penat tapi dia selalu berjam-jam pun sanggup. Itu jiwa dia.


“Kalau mummy, sehari excercise, mummy yang gigil demam. Kita orang terbalik. Perwatakan berbeza tapi kita support each other,” tulisnya.



Kisah tersebut dikongsikan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuh hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, tidak salah untuk seseorang itu mempunyai hobi asalkan mereka mengetahui mengenai tanggungjawab mereka sendiri.

“Meraikan minat masing-masing dengan cara tersendiri supaya partner kita rasa selesa / happy selalu dan rasa kita bukan halangan untuk dia.

“Rasa tersekat dengan segala hobi yang dia suka tapi dengan syarat masing-masing tau tanggungjawab masing-masing sudah,” ujarnya lagi.



Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan oleh Memey selain turut mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.

“Bahagianya Kak Memey. Semoga Allah sentiasa merahmati puan sekeluarga.

“100% setuju dengan pandangan Kak Memey.

“Alahai bestnya dekat rumah ada small gym.

“Alhamdulillah, semoga berbahagia selalu Norman dan Memey,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.





Terdahulu, Memey telah pun mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim pada 24 September 2011.

Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8, Muhammad Dikhriz Hakim, 6 dan Mikayla Delisha Hakim, 3. -CARI

Sumber: Media Hiburan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 24-8-2021 12:44 PM
Abis laaaaa.


ati ati memey...
takut sejarah berulang newboyz.
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 09:06 PM
kekar2 jangan dibiarrrrr...
nanti kes tilam lagi
Quote vee_zara 24-8-2021 09:37 PM
Dah ada sejarah hitam tu dok senyap2 sudah laaa.. satg org gali balik padan muka
Quote OyenLemas 24-8-2021 09:56 PM
so boleh la norman kawin lagi kalau dia suka ya. {:kill
Quote Gorgos 25-8-2021 10:19 AM
Aku salah baca ingatkan Memey kasi Norman kahwin lagi..
Quote RatuDunia94 25-8-2021 01:35 PM
Norman dulu mcm tone down sikit tayang2 body masa anak lelaki heols belajar kat Turki.
Masa tu Abby mcm perli2 norman jgn asyik tayang body sbb malu anak belajar agama bla bla..

Tp skrg dh menjadi balik norman ligat belanja body.. jgn sampai leaked video dah lah..
Quote YomiuriLandMae 25-8-2021 03:23 PM
iols ada tgk video norman punya cheat day.. ya rabbi makan mcm x makan setahun..
dgn burger nye pizza nasi ayam goreng.. even bukan cheat day pun cheat hour je for 2 hours..
iols tgk dia makan mcm nak temuntah tgk.. selagi boleh makanan tu disodok dlm mulut..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-9-2022 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.075273 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top