CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Buat Laporan Polis & SPRM, Berlaku Penyelewangan Dalam Finas?

24-8-2021 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1147| Komen: 6

Description: Pengarah TV dan penulis skrip, Mohd Asri Alias, 46, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis berhubung dakwaan berlaku penyelewengan Dana Kandungan Digital (DKD) ...
Pengarah TV dan penulis skrip, Mohd Asri Alias, 46, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis berhubung dakwaan berlaku penyelewengan Dana Kandungan Digital (DKD) dalam Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).


Asri berkata, laporan terbabit dibuat susulan timbulnya syak daripada kenyataan Finas yang mendakwa pengagihan dana itu dibuat secara telus, tanpa pilih kasih mahupun kronisme.



Katanya, dia menyedari wujudnya penyelewengan selepas meneliti DKD di bawah kategori Dana Filem Cereka membabitkan nilai RM40.5 juta yang diagihkan kepada 60 syarikat produksi.

"Saya mengesyaki ada yang tak kena dan konflik berkepentingan membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri ke atas syarikat Alfanazra Productions Sdn Bhd.

"Selepas disemak dan mendapatkan dokumen bercetak daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), didapati dua pengarah syarikat itu, Ahmad Sabri Ahmad Nadzri dan Ahmad Khalid Ahmad Nadzri adalah adik-beradik Ahmad Idham," katanya.

Asri berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah, di sini, pada 29 Julai lalu, manakala SPRM pada 20 Ogos lalu.


Kredit foto: IG Ahmad Idham

Asri juga menyangkal kenyataan Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid bahawa ketetapan sudah dibuat, pemohon yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan ahli perbadanan tidak layak memohon DKD bagi memastikan proses pemilihan telus dan adil selepas Finas diterajui pasukan baharu.

"Ketua Pegawai Eksekutif Finas dilantik buat kali pertama pada 11 Mac 2019 sehingga 10 Mei tahun lalu, tetapi memohon memendekkan tempoh jawatan ke tarikh 10 Mac iaitu kurang tiga bulan untuk dilantik semula buat kali kedua. Pelantikan kali kedua berkuat kuasa pada 5 Jun tahun lalu hingga 6 Jun 2022.

"Menyedari ada penyelewengan pada pengumuman DKD 2021 yang diumumkan pada 29 Jun lalu, saya menyemak pula satu pengumuman dana lepas bertarikh 28 Julai tahun lalu melalui Dana Pelaksana Fasa 1," katanya.

Asri berkata, laporan beberapa akhbar tempatan dan kenyataan media Finas melalui Dana Pelaksana Fasa 1 yang diumumkan pada 24 November tahun lalu dengan jumlah dana bernilai RM13.3 juta kepada 99 syarikat produksi.

"Merujuk senarai diumumkan, saya dapati dua syarikat adalah sekutu milik dua ahli perbadanan. Ini sudah saya periksa dan membuat dokumen bercetak daripada SSM," katanya.

Asri berkata, pengerusi dan dua pemilik syarikat itu dilantik menjadi ahli Finas pada 23 Mei tahun lalu.

Katanya, maklumat-maklumat dikemukakannya itu adalah benar berdasarkan rujukan dan penelitian melalui Akta 694 SPRM 2009. Ia mengikut Seksyen 3, Seksyen 23 dan Seksyen 50 (1) dan Akta 244 Finas 1981 mengikut Seksyen 12.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerlympics 24-8-2021 10:20 AM
WE WANT DATO HANS ISAAC BACK




Quote nakkomenjugak 24-8-2021 08:50 PM
habislaaaaa hero cinderella
Quote supernaturalee 24-8-2021 10:10 PM
Isu Dana 1 hal
Bab content tu
Asal la masih bersepah drama hauk benci2 lps tu cinta
Mual tau x

Quote Hkumar 15-9-2021 05:30 PM
I’m impressed, I must say. Truly rarely must i encounter a weblog that’s both educative and entertaining, and without a doubt, you have hit the nail about the head. Your concept is outstanding; the thing is something too few people are speaking intelligently about. My business is happy that we stumbled across this within my search for some thing relating to this.
<a href="https://shoppingpossible.com"title="Shoppingpossible">Shoppingpossible
</a>
Quote edayildiz 15-9-2021 06:24 PM
idham byk taik lalat kt muka dia..hmm ada kaitan tak
Quote isbritneybich 15-9-2021 06:29 PM
not surprised at all

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.078380 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top