CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bekas Atendan Kesihatan Pukul Kepala Pesakit Skizofrenia Dipenjara

24-8-2021 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1246| Komen: 10

Description: Tertekan dan berang terhadap perangai seorang pesakit di Institut Kesihatan Mental (IMH), seorang bekas atendan kesihatan institut itu memukul belakang kepala lelaki itu sebanyak dua kali serta memara ...
Tertekan dan berang terhadap perangai seorang pesakit di Institut Kesihatan Mental (IMH), seorang bekas atendan kesihatan institut itu memukul belakang kepala lelaki itu sebanyak dua kali serta memarahinya.


Atas tindakannya itu, Sadasivam Kannan dihukum penjara tiga minggu.

Lelaki Singapura berusia 61 tahun itu mengaku bersalah atas satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Berita Mediacorp melaporkan, dia dipecat pada Mac tahun lalu berhubung insiden itu selepas bekerja di IMH sejak 2003.


Gambar hiasan

Mangsa yang kini berusia 59 tahun, mengalami skizofrenia teruk dan dirawat di IMH sejak 2005. Mahkamah diberitahu beliau tidak berupaya melindungi dirinya daripada dianiaya kerana keadaan mentalnya yang lemah.

Pada 8 Disember 2019, Sadasivam dan dua lagi jururawat — warga Malaysia, Muhammad Ihsan Mahmud, 32, dan Iylia Muhammad Afiq Nor Effendi, 25, — melaporkan diri untuk syif pagi.

Pada sekitar 10.30 pagi, mangsa dibawa ke ruang rehat selepas menggunting rambut. Beliau kemudian mula bermain dengan air kencing pesakit lain dan menyimbahnya ke arah seorang pembantu jururawat yang memberitahu Muhammad Ihsan apa telah berlaku.

Muhammad Ihsan menghampiri mangsa, yang diikat di sebuah kerusi roda dan menyimbah cecair pembasmi kuman sebanyak tiga kali selang beberapa minit tanpa alasan yang jelas.

Mangsa mula mencetuskan kekecohan, menyebabkan Sadasivam, Muhammad Ihsan dan Iylia membuat sekatan di kerusi rodanya kepada tiga bahagian.

Apabila mangsa mula menjadi gelisah, Muhammad Ihsan menumbuk mangsa di sekitar matanya sebelum terus mengetatkan ikatan pada dirinya.

Mangsa yang terus mengganas mula menendang jururawat itu, namun akhirnya dapat dikawal dan ketiga-tiga jururawat berkenaan menahannya. Bagaimanapun, beliau sekali lagi menjadi gelisah dan menendang seorang pesakit yang lain.

Timbalan Pendakwa Raya Phoebe Tan memberitahu mahkamah: “Tertuduh kemudian cuba membetulkan ikatan ke atas mangsa di lengan kirinya. Dia menjadi tertekan serta marah dengan tingkah laku mangsa dan memukul bahagian belakang kepala mangsa di sebelah kiri.”

Sadasivam kemudian memarahi mangsa dan menunjukkan isyarat tangan kepadanya. Mangsa ketakutan dan kembali tenang sementara Sadavisam terus membetulkan ikatannya.

Mangsa kemudian mula menggoyang-goyangkan kepalanya ke depan dan ke belakang sehingga hampir terhantuk kepala Sadavisam. Sadavisam memukul kepala mangsa sekali lagi.

Semua perbuatan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dimainkan di mahkamah.

Iylia kemudian mendapati mangsa mengalami lebam di sekitar mata kanannya dan meletakkan pek ais. Muhammad Ihsan melaporkan kecederaan itu kepada pengurusan IMH, dan seorang pengurus sumber manusia memfailkan aduan polis lima hari selepas serangan tersebut berlaku.

Mangsa dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH) pada hari insiden berlaku. Salah satu jari kakinya patah akibat insiden tersebut.

Muhammad Ihsan mengaku bersalah dan dipenjara sembilan minggu pada Januari lalu. Iylia juga didakwa dan kesnya belum selesai.

Meskipun kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan sengaja boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, denda maksimum S$5,000 atau kedua-duanya sekali, Sadasivam boleh dikenakan hukuman sehingga satu setengah kali hukuman tersebut kerana mangsa ialah dewasa lemah di bawah undang-undang.


Sumber: Utusan Malaysia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 24-8-2021 10:58 AM
Marah sangat saudara ni, semoga dengan hukuman ini akan menjadikan saudara seorang insan yang lebih matang dan terbaik
Quote Artemesiaa 24-8-2021 11:28 AM
Orang yang tak sabar tak boleh kerja dalam bidang ni bimbang jadi macam ni hasilnya
Quote kemaruk 24-8-2021 11:34 AM
nape thread kalau TT bukak tulisan kecik2

bukan setakat sakit mata, sakit hati sekali tauuuuuu
Quote pakupayung21 24-8-2021 11:38 AM
berhadapan dengan org ada masalah mental ni mmg mencabar + kesabaran mmg kena tahap maksimum. aku tgh alami skrg, cuma anak tiri aku skizo yang tak aggresive
Quote edayildiz 24-8-2021 02:12 PM
keciknya tulisan..btw kawal sikit perangai baran tu
Quote CikYaYaYa 24-8-2021 02:29 PM
Orang yang xder sifat sabar yang tinggi memang xleh laa kerjee mcm nie nak2 kena jaga org sakit mental. Silap2 dengan ko2 skali sakit mental gak
Quote eetodee 24-8-2021 04:29 PM
Nak jaga orang sakit ni perlu kesabaran yang tinggi, tambah2 orang sakit mental.
Quote Thunderclouds 24-8-2021 08:24 PM
Haish..jg org sakit ni xkira la penyakit apa sekalipn, kalau xsabaq xyah buat. Tambah2 pnyakit mental ni. Dia bukan sedaq pn.
Quote nakkomenjugak 24-8-2021 09:26 PM
dah tau diri jenis tak sabar atau trigger untuk naik tangan
nak kerja yang memerlukan kesabaran?
make it make sense
Quote supernaturalee 24-8-2021 09:50 PM
Ada elaun khas klu kje kt hosp psikiatri
Tp berbaloi ke nk hadap

Respect pd yg mampu

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.615012 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top