CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Rakyat Berebut Nak Cucuk, Kelantan Sedia Beli Sendiri Vaksin

23-8-2021 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 707| Komen: 2

Description: Kerajaan negeri Kelantan mungkin membeli sendiri vaksin Covid-19 jika bekalan diterima daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tidak mencukupi berbanding keperluan semasa.
Kerajaan negeri Kelantan mungkin membeli sendiri vaksin Covid-19 jika bekalan diterima daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tidak mencukupi berbanding keperluan semasa.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, pihaknya bersedia membeli apa sahaja jenis vaksin sama ada keluaran Pfizer-BioNTech, Sinovac mahupun CanSino.

“Ketika ini, kerajaan negeri sedang fikir dan buat pengiraan, kalau (bekalan) vaksin tidak sampai seperti mana kehendak kita, maka kita terpaksa tambah dan beli sendiri.


Gambar hiasan

“Kita akan tengok keadaan dan tunggu maklumat rasmi daripada kementerian berkaitan bekalan dulu, sebelum buat keputusan,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut tentang perkembangan vaksinasi di Kelantan, Dr. Izani berkata, berlaku pengurangan drastik individu yang tidak hadir janji temu suntikan vaksin, menunjukkan kesedaran rakyat Kelantan untuk divaksin semakin bertambah.

“Sekarang ini rakyat Kelantan berebut mahu terima vaksin, berbanding di peringkat awal dulu apabila hampir 40 peratus individu sudah mendaftar tidak hadir janji temu.

“Rakyat mula melihat keberkesanan vaksin apabila jangkitan dapat dikurangkan dengan jumlah kemasukan pesakit 60 tahun ke atas juga berkurangan,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spicygirl3 23-8-2021 05:43 PM
Kerajaan patut cepatkan penghantaran vaksin ke kelantan. Kesian Penduduk kelantan
Quote vee_zara 23-8-2021 06:20 PM
Sembang… gaji pekerja negeri sendiri pun smpai kena berhutang

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-1-2022 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.068667 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top