CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Yang Dah Lengkap Dos Vaksin Jangan Rasa Diri Kebal' - Sultan Selangor

23-8-2021 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 838| Komen: 12

Description: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah individu yang telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin COVID-19 agar tidak mengambil mudah dan berasakan diri mereka kebal daripada jangkitan ...
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah individu yang telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin COVID-19 agar tidak mengambil mudah dan berasakan diri mereka kebal daripada jangkitan wabak itu.



Kredit foto: IG Selangor Royal Official

Justeru, baginda menyeru agar rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan menjalani kehidupan norma baharu bagi membantu kerajaan menangani wabak COVID-19.

"Amalkan pemakaian pelitup muka apabila keluar rumah dan pastikan penjarakan fizikal sentiasa dipatuhi," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-14, di sini, hari ini.


Sultan Selangor juga berharap rakyat negeri ini memberi kerjasama sepenuhnya untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 masing-masing seperti yang ditetapkan oleh KKM.



Video: YouTube AWANI

"Ahli-ahli Yang Berhormat semua perlu memainkan peranan untuk menasihati rakyat agar segera mengambil suntikan vaksin COVID-19 supaya Selangor boleh mencapai imuniti kelompok pada tarikh yang disasarkan.

"Beta tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak atas peningkatan kadar kematian dan jumlah pesakit COVID-19 ini.

"Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur, nyawa rakyat beta yang telah meninggal dunia akibat COVID-19 tidak dapat dikembalikan. Apa yang penting sekarang ini adalah untuk kita melangkah ke hadapan dengan penuh positif dan mengharapkan kesilapan dan kelalaian yang berlaku tidak diulangi semula," titah baginda. 


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manzilla 23-8-2021 05:11 PM
'Imuniti' = kebal?

Apakah nasib 'imuniti' kelompok sekarang? Mimpi yang pulang pagi?
Quote jahcomel 23-8-2021 06:19 PM
Beto tuanku
Quote MontanaHannah 23-8-2021 08:19 PM
peranan golongan ni sikit-sikit mcm ini sahaja ke????

xboleh ke sergah sampai terberak dalam sleuar  terhadap ahli-ahli politik yg berdemo  dekat parlimen?


come on lahhhh


xkan berkuasa tp sound ala nyah nyah sakit perut

mana hormat nak wujud kalau  sound ala -ala hidup sgean ,mati xmahu-
Quote edayildiz 23-8-2021 08:21 PM
baik tuanku
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 08:50 PM
baik tuanku
Quote naina 23-8-2021 08:58 PM
Baik tuanku..
Daulat tuanku
Quote kelip2_07 24-8-2021 10:47 AM
grab ptut bg maksimum passenger 2 org..aku semlm nk bwk ank g spital igt nk pkai grab skli dia tlis sorang..last2 kena bwk keta sndiri
Quote kemaruk 24-8-2021 10:48 AM
kelip2_07 replied at 24-8-2021 10:47 AM
grab ptut bg maksimum passenger 2 org..aku semlm nk bwk ank g spital igt nk pkai grab skli dia tlis  ...

tak silap kalau teman orang ke hospital, boleh je 2 orang
Quote kelip2_07 24-8-2021 11:05 AM
kemaruk replied at 24-8-2021 10:48 AM
tak silap kalau teman orang ke hospital, boleh je 2 orang

ntah lah..sbb yg baca sblm nie dia pkai keta sndiri yg blh mksimum 3 org..bukak apps grab tlis sorang jer
Quote brego 24-8-2021 12:33 PM
Quote alesandra 24-8-2021 12:34 PM
dan jgn jadi bebal
Quote namr 24-8-2021 12:35 PM
Baiklah..download tungku

Lihat semua komen(12)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.118637 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top