CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sebak Tengok Semangat Patriotik Lelaki Angkat Jalur Gemilang

23-8-2021 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 807| Komen: 5

Description: Tindakan seorang pemuda yang turun dari kenderaan dinaikinya semata-mata untuk mengambil Jalur Gemilang yang terjatuh di jalan raya mengundang sebak orang ramai.
Tindakan seorang pemuda yang turun dari kenderaan dinaikinya semata-mata untuk mengambil Jalur Gemilang yang terjatuh di jalan raya mengundang sebak orang ramai.

Klip video yang tular di media sosial Facebook hari ini menyaksikan tindakan tersebut turut mendapat pujian ramai, rata-rata menyifatkan semangat patriotik tersebut semakin hilang ketika ini.



Kejadian yang tidak dipastikan di mana lokasinya itu menyaksikan seorang pemuda turun dari lori kemudian berlari ke tengah jalan raya bagi mengambil Jalur Gemilang yang terjatuh.

“Tengok video ni timbul rasa sebak dalam diri aku, aku ingat sudah tak ada orang muda macam ni dekat Malaysian. Tahniah bro, suka tengok jiwa kamu,” jelas Zulkifli al-junaidi.




“Semangat patriotik yang semakin pudar rupanya masih wujud, sifat macamni yang perlu ada dekat anak-anak muda kita.

“Susah nak dapat orang macam ni, teruskan semangat yang ada, semoga negara kita kembali gemilang Covid-19 pun tiada,” jelas Khaiman_man. 


Sumber: K! ONLINE
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 23-8-2021 04:07 PM
Dulu kat sekolah diterapkan betul semangat kemerdekaan,sayangkan negara camnie..
Quote Artemesiaa 23-8-2021 04:58 PM
Syabas buat beliau boleh dijadikan contoh buat orang lain jika dalam disituasi sama
Quote nakkomenjugak 23-8-2021 08:52 PM
moga menjadi contoh
Quote Meiizu 23-8-2021 10:49 PM
Meriah era zmn sek rendah je..
Dlm 10thn kebelakangan ni makin ketara rakyat kita takdelah beria sgt menyambut hari merdeka..mungkin dgn peredaran masa dgn generasi baru, dgn racist pekauman oleh mandarin speaker,politic kacau bilau
Quote edayildiz 24-8-2021 01:15 AM
last sambut masa sekolah..kt uni tak ingt pulak ada sambut tak.
semoga abg ni diangkat jd tokoh patriotik

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.191103 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top