CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Guru Patut Jadi Contoh Pada Murid, Ambil Vaksin - Sultan Johor

23-8-2021 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1764| Komen: 29

Description: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah kakitangan awam termasuk golongan guru perlu memahami betapa pentingnya pengambilan vaksin untuk melindungi diri, keluarga, serta masyarakat.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah kakitangan awam termasuk golongan guru perlu memahami betapa pentingnya pengambilan vaksin untuk melindungi diri, keluarga, serta masyarakat.


Baginda dalam hantaran terbaharu di Facebook rasmi bertitah, pengambilan vaksin penting dan perlu dipertingkatkan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok di negara ini, seterusnya berupaya membendung penularan jangkitan COVID-19.


Kredit foto: FB

"Guru-guru patut jadi contoh dan melindungi anak murid, bukannya membahayakan mereka, apatah lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi. Saya dan keluarga juga sudah lengkap mengambil dua dos vaksin.


"Jangan mudah terpengaruh dengan golongan antivaksin sebagaimana saya tegaskan sebelum ini. Percayalah pakar perubatan kita yang bertauliah. Mereka yang menolak vaksin tanpa sebab yang sahih seolah-olah merelakan diri dijangkiti," titahnya.

Sultan Ibrahim berharap, semua rakyat Johor dapat menerima vaksin lengkap segera supaya dapat kembali kepada kehidupan seperti sebelum ini.



Semalam, Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang, dilaporkan berkata, kira-kira 779 guru di negeri ini enggan untuk menerima vaksin COVID-19.

Mazlan yang mendedahkan perkara itu ketika Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14 dilaporkan berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan tentang kebaikan vaksin supaya golongan guru terbabit akan menerima vaksin.


Sumber: AWANI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dovahkiin 23-8-2021 04:06 PM
Kenkadang ada yg tgh operation, etc. Yg mana cikgu2 antivaksin tu amik tindakan tatatertib je, bagi x naik gred.
Quote akusukaq 23-8-2021 04:36 PM
Dovahkiin replied at 23-8-2021 04:06 PM
Kenkadang ada yg tgh operation, etc. Yg mana cikgu2 antivaksin tu amik tindakan tatatertib je, bagi  ...

Lagi berkesan kalu sekat kenaikan gaji tahunan.nak sekat kenaikan gred tu mengambil masa yg agak lama. Mcm kurang berkesan
Quote manzilla 23-8-2021 05:09 PM
Masih terawang-awang dibuai mimpi 'imuniti' kelompok, nampaknya.
Quote tunangku 23-8-2021 05:28 PM
Dovahkiin replied at 23-8-2021 04:06 PM
Kenkadang ada yg tgh operation, etc. Yg mana cikgu2 antivaksin tu amik tindakan tatatertib je, bagi  ...

jgn cerita yg tu

org cerita yg anti vaksin ni
saja2 takmau amik
Quote sasasoso 23-8-2021 08:31 PM
rengsa pulak tengok gmbr yg dsertakan dlm artikel.yg belah kanan tu over nau
Quote Diamje 24-8-2021 12:06 AM
Pecat je. Susah sgt nk ikut peraturan. Korang yg x vaksin ni pegi bukak skolah sndri utk kaum antivak mcm korang.
Quote manzilla 24-8-2021 12:14 AM
Diamje replied at 24-8-2021 12:06 AM
Pecat je. Susah sgt nk ikut peraturan. Korang yg x vaksin ni pegi bukak skolah sndri utk kaum antiva ...

No jab no education gituuu...
Quote MsOren 24-8-2021 12:28 AM
Ntahlah...nampak dah mcm tak kena ni. Dulu bekas menteri kata vaksin bukan compulsary tp yg tak ambik vaksin dijaki pulak. Patutnya kjaan berusaha utk bagi penerangan yg lebih komprehenIf tentang vaksin, bg penerang dgn lebih jelas utk meyakinkan rakyat. Part ni kjaan tak bagi perhatian sgt. Lepas tu mcm2 masalah. Keja tak buat betul2.
Quote MsOren 24-8-2021 12:29 AM
Dua beranak ni pun over sgttttt, diam2 lah org dah menyampah.
Quote manzilla 24-8-2021 12:33 AM
MsOren replied at 24-8-2021 12:28 AM
Ntahlah...nampak dah mcm tak kena ni. Dulu bekas menteri kata vaksin bukan compulsary tp yg tak ambi ...

Itu tandanya 'penerangan' kerajaan sudah gagal. Sama ada ia terlalu terang, atau terlalu gelap.
Quote MsOren 24-8-2021 12:46 AM
manzilla replied at 24-8-2021 12:33 AM
Itu tandanya 'penerangan' kerajaan sudah gagal. Sama ada ia terlalu terang, atau terlalu gelap.

Takde nya lah, mmg planning tak bagus psl vaksin ni. Nak bagi vaksin kena bagi penerengan betul2, kut ada website org blh gi baca ke, melalui risalah2 or even gunakan tv buat penerangan supaya org faham n yakin n nak ambik sukarela. Ni kejap kata bukan compulsary lps tu jaki yg tak ambik pening jugak nak faham konsep ni
Quote manzilla 24-8-2021 12:52 AM
MsOren replied at 24-8-2021 12:46 AM
Takde nya lah, mmg planning tak bagus psl vaksin ni. Nak bagi vaksin kena bagi penerengan betul2,  ...

Mereka memang mahu mewajibkannya, tetapi mereka mesti langkah mayat WHO (yang melarang ia diwajibkan) dan para mufti (yang memfatwakannya sebagai harus) terlebih dahulu. Oleh itu mereka mengambil jalan selamat dengan mengalibabakan pihak ketiga.
Quote stingerlympics 24-8-2021 08:07 AM
Contoh yg baik?

Bagaimana nak yakinkhen murid murid jika diri sendiri belum/tidak ada keyakinan...iteww hipokrit namanya kheunz?

Bagaimana jika soalan demi soalan yg dilontarkheun oleh murid murid sedangkheun kita sendiri tiada jawapannya?
Quote stingerlympics 24-8-2021 08:10 AM
MsOren replied at 24-8-2021 12:46 AM
Takde nya lah, mmg planning tak bagus psl vaksin ni. Nak bagi vaksin kena bagi penerengan betul2,  ...

Tak cukup keww wirid berzanji ayat keramat kontot yg diulang macam cd rosak " the benefits ourweigh the risks?" Utk beri keyakinan pada semua?

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingerlympics 24-8-2021 08:12 AM
Edited by stingerlympics at 24-8-2021 08:14 AM

Begitu juga pemimpin yg harus berikheun contoh yg baik @kepimpinan melalui teladan pada banyak perkara lain yg tiada kelihatan?

Walk the talk please
Quote Burong_Hantuk 24-8-2021 08:25 AM
stingerlympics replied at 24-8-2021 08:12 AM
Begitu juga pemimpin yg harus berikheun contoh yg baik @kepimpinan melalui teladan pada banyak perka ...

Kan???jgn jadi ketam ajar anak jln lurus...
Quote zamzam 24-8-2021 10:31 AM
Diamje replied at 24-8-2021 12:06 AM
Pecat je. Susah sgt nk ikut peraturan. Korang yg x vaksin ni pegi bukak skolah sndri utk kaum antiva ...

ramai lagi guru2 baru yg tunggu penempatan.
Quote kemaruk 24-8-2021 10:43 AM
cikgu ni macam tentera jugak ke ada IC sendiri dan mahkamah sendri?
Quote cikjasmine19 24-8-2021 10:59 AM
Kerajaan tak bagi cukup penerangan? Rasanya jumlah yg kena covid dan jumlah kematian yg dipaparkan setiap hari sudah cukup utk memberi pengajaran.

Yang tak nak ambil vaksin ni saya rasa lebih kpd nak jaga pride. Kerajaan Arab Saudi dah lama wajibkan vaksin utk pergi haji dan umrah. Agak2 puak antivaksin ni ambil tak sebelum pergi?

Lihat semua komen(29)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2021 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.081036 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top