CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Mimi Loma 'Pergi' Dalam Tidur

21-8-2021 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5083| Komen: 28

Description: Pelakon dan penyanyi era 1960-an, Siti Aminah Ismail atau Mimi Loma meninggal dunia dalam tidur pada usia 75 tahun di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, di sini, pada jam 2.19 ...
Pelakon dan penyanyi era 1960-an, Siti Aminah Ismail atau Mimi Loma meninggal dunia dalam tidur pada usia 75 tahun di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, di sini, pada jam 2.19 pagi, hari ini.


Berita pemergiannya disahkan oleh anak tunggalnya, Sherina Othman, 48, yang mengakui ibunya pergi dalam keadaan tenang dihadapan keluarga dan jiran. 

Allahyarham adalah adik kepada Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Mariani Ismail.



Sherina berkata, ibunya tidak sakit tenat, namun mengalami cirit birit dan kurang selera makan, sejak beberapa hari lalu.

Menurut Sherina, dia bersama anaknya sering memantau pemakanan ibunya dan memberikan ubat agar sakitnya tidak melarat.


"Kelmarin, arwah agak lemah dan sukar melelapkan mata. Apabila diberikan susu, arwah muntah dan cirit birit semula.


"Jadi, arwah hanya tidur dan tidak buka mata sepanjang hari, semalam. Apabila dipanggil, arwah tidak menyahut sehingga saya dan anak terpaksa memanggil berulang kali barulah memberi respons perlahan. 

"Arwah tidak sakit tenat, namun  mungkin kepenatan disebabkan tidak sihat, malam sebelumnya. Selalunya, apabila bangun arwah akan segar semula. Namun, saya tidak menyangka itu petanda ibu akan pergi selama-lamanya," katanya. 

Sherina berkata, kira-kira jam 2.10 pagi, ibunya masih bernafas, cuma semakin perlahan.

"Ibu pergi dengan tenang di hadapan saya dan keluarga. Alhamdulillah, kami sempat mengajar arwah mengucap ketika sedang nazak," katanya.

Mimi yang membintangi filem Ahmad Albab sudah lama uzur akibat penyakit darah tinggi dan mempunyai masalah penglihatan. 

Selain itu, Allahyarham  tidak mampu berjalan dan sakit belakang selepas terjatuh di rumahnya dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri, tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang cahaya mata dan tiga cucu.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, pagi ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciksaenara 21-8-2021 12:47 PM
Innalillah
Quote imanjannah 21-8-2021 12:48 PM
innalillahwainnalillhirojiun..
Quote shernazz 21-8-2021 01:01 PM
Salam.takziah..
Dolu iols.ingat mimi.lana tu anak kepada mimi.loma ni..huhu
Quote djzara81 21-8-2021 01:06 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga arwah ditempatkan bersama org beriman disisi Allah.
Quote Supersirap 21-8-2021 01:19 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote cap_ayam 21-8-2021 01:20 PM
innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote 3chanceno 21-8-2021 01:25 PM
Innallillah
Quote Catpaw 21-8-2021 01:45 PM
Innalillah
Quote mrs_lopez 21-8-2021 02:08 PM

Innalillahiwainnailaihirojiun. Al Fatihah.
Quote fadz84 21-8-2021 02:20 PM
Innalillahiwainailahirojiun... slm takziah pada keluarga arwah..
Quote fadz84 21-8-2021 02:26 PM
Arwah ni yg berlakon jd Suhara dlm filem Ahmad Albab. Berlakon ngn adik beradik dia Mariani & Saloma.
Quote Moyangkucing 21-8-2021 02:44 PM
Innalillahiwainna ilaihi rojiun.
Semoga ditempatkan bersama2 org soleh..

Almarhumah ni adik beradik lain ibu dengan Mariani dan Saloma ke? Sebab dalam drama biography saloma yg astro tayang tu, tak ada pun cerita pasal dia...? Tanya je.
Quote nakkomenjugak 21-8-2021 03:19 PM
Salam takziah diucapkan...
Quote spicygirl3 21-8-2021 03:19 PM
Innalilahi wainna ilaihi rajiuun
Quote nura19 21-8-2021 03:48 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Quote arffa 21-8-2021 03:51 PM
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Quote Jitu 21-8-2021 04:05 PM
Innalillah...
Quote red_velvet 21-8-2021 04:14 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun, pergi dengan tenang. Semoga ditempatkan bersama para soleh Dan solehin.amin
Quote Ayda89 21-8-2021 04:30 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.086279 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top