CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Ebit Lew Kekal Popular, Kem Motivasi Dapat Sambutan

20-8-2021 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5309| Komen: 53

Description: Sambutan orang ramai untuk menyertai kem motivasi dan bina semangat, ceramah dan seminar kendalian Ustaz Ebit Lew semakin mendapat tumpuan di sebalik apa yang berlaku ketika ini ke atas penceramah ter ...
Sambutan orang ramai untuk menyertai kem motivasi dan bina semangat, ceramah dan seminar kendalian Ustaz Ebit Lew semakin mendapat tumpuan di sebalik apa yang berlaku ketika ini ke atas penceramah terkenal itu.


Jurucakap urusetia kem tersebut berkata, ketika ini semua urusan kem motivasi dilakukan secara online ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa bagi mengekang penularan Covid-19.


Foto: Kosmo

“Setakat ini, pendaftaran masih berjalan seperti biasa dan semakin mendapat sambutan. Apa yang berlaku ke atas ustaz seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan pun.

“Ramai yang sayang dengan ustaz dan kita berharap agar apa yang berlaku akan segera berakhir dan segala urusan dapat kembali seperti biasa,” katanya ketika dihubungi.


Baru-baru ini, imej Ebit selaku penceramah terkenal sedikit tercalar apabila terpalit dengan isu bantuan ke Gaza yang didakwa menggunakan cara salah untuk masuk ke Palestin seperti yang dikatakan oleh penyanyi Caprice.

Lebih mengusutkan keadaan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman turut membuat dakwaan yang sama apabila mengeluarkan kenyataan Ebit membayar syarkat Hala untuk ke Gaza.

Semalam, Ebit dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 20-8-2021 02:23 PM
Aku kalau nak motivasi tgk video die je la kat umah. {:thief
Quote edayildiz 20-8-2021 02:26 PM
yelatu tamo kalah
Quote Thunderclouds 20-8-2021 02:36 PM
Religion is such a lucrative business. Regardless apa2 religion sekalipn.
Quote mama_neko 20-8-2021 02:39 PM
dulu masa aku kecik2 aku paling tak suka pi kem motivasi la, kem upsr la, aku rasa mcm dok dalam penjara.. hahaahaha... now i wonder, masih relevan ka benda2 mcm ni lagi.. harap mak pak sedaq la benda ni hanyalah business depa ja.. modal ayaq liuq, beg file tu , kertas mahjong dan modul A4 tu ja..
Quote nakkomenjugak 20-8-2021 02:44 PM
kesayuan pun berkata, so what burung berterbangan? haku masih disayangi ramai
Quote LadyCarefree 20-8-2021 03:17 PM
Thunderclouds: Religion is such a lucrative business. Regardless apa2 religion sekalipn.



Charity pun sama.

Charity + religion = kaching terlampau with pentaasub terlampau
Quote CikYaYaYa 20-8-2021 03:20 PM
ini sumee pitenohh bab kat taksuberss si lesung batu
Quote Potpouri 20-8-2021 03:28 PM
SEdangkan orang dah mendaftar dan bayar awal sebelum kes lagi kan...

Nak taknak kena lah hadir jugak.
Quote haruslah 20-8-2021 03:33 PM
Relevan lg ke motivasi2 semua ni?
Quote lyshafull 20-8-2021 03:38 PM
so masih relevan ke kem motivasi nie setakat 1 2 hari insaf hari ke 3 dh jahat balik ..
Quote faaean 20-8-2021 03:45 PM
Sibuk nak insofkan orang lain tapi kain sendiri terlondeh nampak taik lalat {:cryrun
Quote dua_chzy 20-8-2021 03:47 PM
Sundal kan tanahair ini? Orang ada kes polis pun rilek dibaginya buat kem motivasi?
Quote Olumis 20-8-2021 04:00 PM
Ada tak antara peserta tu yang berhati kelam saat dgr cramah motivasi ni sambil terbayang muka dia dkt video tu?{:run
Quote Olumis 20-8-2021 04:01 PM
Sambil dgr ceramah, sambil dok terbayanh wajah dalam video tu
Quote green~tea 20-8-2021 04:01 PM
Tebal nya muka dia ni
Quote Kitty_catz 20-8-2021 05:23 PM
maybe ada selit cara2 menumbuk sambal dengan betul... aummmmmm


tumbuk2 sambal pun Allah sayang...
Quote auntyonion 20-8-2021 05:30 PM
Apa nak heran..rokyat meleis memang ramai yg bodoh {:sing
Quote Dorotheas 20-8-2021 06:24 PM
Tk bole nk tolong org yg bodoh yg rela dibodohkan
Quote Cik_jantung 20-8-2021 06:31 PM
Faham tak ayat marketing.. takkan nk cakap pendaftaran terbantut...  But seriously time pkp rakyat susah nk motivasi bagaj.. hapo

Lihat semua komen(53)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-2-2023 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.138838 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top