CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Abang Rider Solat Tepi Jalan Raya Raih Perhatian

20-8-2021 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3406| Komen: 25

Description: Bukan alasan untuk meninggalkan solat walaupun sibuk bekerja dan tiada tempat untuk solat kerana ibadat itu boleh dilakukan di mana sahaja jika cukup syarat sahnya.
Bukan alasan untuk meninggalkan solat walaupun sibuk bekerja dan tiada tempat untuk solat kerana ibadat itu boleh dilakukan di mana sahaja jika cukup syarat sahnya.

Itulah reaksi orang ramai apabila melihat klip video ‘aksi’ seorang penghantar makanan sedang menunaikan solat di sebuah kawasan lapang di atas jalan raya.

Klip video berdurasi 59 saat yang dikongsi seorang pengguna dikenali sebagai Ajak Shiro itu memaparkan seorang lelaki sedang menunaikan solat di sebuah kawasan lapang di tepi jalan.

Foto: FB

Pada masa sama, terdapat sebuah motosikal yang lengkap dengan beg penghantar makanan berdekatan lelaki terbabit.

Menurut Ajak Shiro, semasa dalam perjalanan pulang dari pejabat ke rumah, dia terserempak dengan lelaki terbabit sedang menunaikan solat.


“Kebetulan keadaan sunyi waktu tu, jadi saya tolonglah jagakan belakang abang tu takut kalau-kalau anjing liar datang kacau.

“Sebelum habis dia bagi salam saya terus jalan, mungkin abang ni tak tahu Ajak rakam dia. Maaf bang, tau abang tak nak tunjuk, tapi saya kagum dan saya yang nak kongsi, sama-sama kita doakan rezeki abang ni,” tulisnya di laman Facebook.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman Facebook turut kagum dan memuji penghantar makanan tersebut yang tidak lupa untuk menunaikan solat walaupun sibuk mencari rezeki seharian.

“Tanggungjawab pada yang Esa itu lebih penting, barulah berkat rezekinya, tak kira walau atas gunung sekali pun,” tulis Azizah Binti Saamah Azizah.

“Alhamdulillah ya Allah atas nikmat yang kau berikan pada kami, video ini mengajar kita agar tidak sombong dengan nikmat yang diberikan, kerana segalanya datang dari Allah SWT,” ujar Iqbal Ismail pula. -CARI

Sumber: Kosmo
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 20-8-2021 12:01 PM
mana mana boleh solat asal bersih dari najis...apa yg viral pula???
Quote sepiITUindah 20-8-2021 12:07 PM
patutnya yg tak solat viral
Quote annawleeya 20-8-2021 12:09 PM
Alhamdulillah...sbb nk singgah mana2 masjid or surau pn musim covid skrg ni tutup or kunci, ajk je yg dpt masuk..huhu
Quote Nenolen 20-8-2021 12:11 PM
Alhamdulillah...solat nie perkara paling susah nak buat...
Quote stingerlympics 20-8-2021 12:31 PM
sepiITUindah replied at 20-8-2021 12:07 PM
patutnya yg tak solat viral

Kau nak viral org yg tak solat...macam mana?

Kasi aku satu scenario
Quote sepiITUindah 20-8-2021 12:33 PM
stingerlympics replied at 20-8-2021 12:31 PM
Kau nak viral org yg tak solat...macam mana?

Kasi aku satu scenario

cuba tanya anak jiran ko yg umur 3 tahun.. sebelah kiri kat depan tu
Quote Babai 20-8-2021 12:36 PM
Trick nak bagi viral gambar solat tepi jalan, tepi kedai dan lain2 ni dah selalu sangat orang buat. Tak trending dah.
Quote stingerlympics 20-8-2021 12:51 PM
sepiITUindah replied at 20-8-2021 12:33 PM
cuba tanya anak jiran ko yg umur 3 tahun.. sebelah kiri kat depan tu

Dia yg suruh aku tanya kau ...

So? Do you have the answer?

Quote stingerlympics 20-8-2021 12:55 PM
Nenolen replied at 20-8-2021 12:11 PM
Alhamdulillah...solat nie perkara paling susah nak buat...

Betul la iteww....Otherwise takda nabi naik turun naik turun negotiate hingga jadi 5 waktu aja kheunz?
Quote dubuk 20-8-2021 01:14 PM
alhamdulillah sukor.hidop berkat badan sehat.
Quote edayildiz 20-8-2021 01:16 PM
alhamdulilah..semoga murah rezeki abg ni..
btw yg ni i i blh berhusnudzon lg..aritu yg solat belakang lori tu i xmampu nk husnudzon..hitam berkeladak yach hati i tgk gmbar solat blkg lori
Quote Guccibamboo 20-8-2021 01:17 PM
Kalau study oversea kire biase je scene ni ....memane pun boleh solat....tempat parking basikal boleh....nak cari tempat bebetul solat karang terlepas waktu solat time kuliah...., yg situasi ni die x kacau org pun ...biar jelah..., xde ape nak disensasikan pun ....dah solat tu mmg wajib..yg x solat tu yg patut rasa malu
Quote pooh~key 20-8-2021 01:19 PM
sepiITUindah replied at 20-8-2021 12:07 PM
patutnya yg tak solat viral

Kalau dahg hati hitam kelam lagi busuk macam bangkai kan deeeekkkkkk????
Quote ira_229 20-8-2021 01:54 PM
kenapalah nk rasa bangga sampai kena viral padahal benda wajib pun...
Quote mdhelmi 20-8-2021 03:55 PM
aduh terkesan aku
Quote Artemesiaa 20-8-2021 03:59 PM
Benda biasa je tak ada ya g aneh pun.  Nak2 zaman sekarang ni banyak masjid dan surau berkunci untuk mereka seperti dia nak gunakan.
Quote meah_kelabu 20-8-2021 04:02 PM
asalkan bersih ok je
tapi tu la sedih gak dgn keadaan skrg ni nak2 lg time maghrib
waktu dahla singkat. nk singgah tumpang solat dkt stesen minyak 730-745 tu smua dh ttup
nk pecut balik rumah mmg xdan
Quote Babai 20-8-2021 04:08 PM
ira_229 replied at 20-8-2021 01:54 PM
kenapalah nk rasa bangga sampai kena viral padahal benda wajib pun...

Kan
.........
Quote ChildrenOfBodom 20-8-2021 08:57 PM
netizen terencat nie apa yang dia tak kagum? polis main ngn kucing pon kagum.

Lihat semua komen(25)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-2-2023 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.083250 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top