CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Polis Minta Bantuan Interpol Untuk Berhubung Dengan Caprice Dan Nadir

20-8-2021 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6942| Komen: 86

Description: Polis telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap yang juga aktivis keman ...
Polis telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dan penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima tarikh untuk mengambil keterangan Nadir Al-Nuri dan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli .

“Kita telah memohon bantuan Interpol dan sedang menunggu jawapan daripada pihak Interpol bagi sebarang perkembangan terbaharu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.


Foto: Kosmo

Kosmo! pada 10 Ogos lalu melaporkan polis sedang berhubung dengan aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman untuk menetapkan tarikh diambil keterangan secara dalam talian.

Ashari memberitahu, tindakan tersebut dilakukan berhubung laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 21 Julai lalu.

“Kita sedang berhubung dengan kedua-dua mereka untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk diambil keterangan secara dalam talian,” katanya.

Difahamkan, tindakan dan arahan lain berkaitan kes itu sudah diambil termasuk laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membabitkan kenyataan di media sosial.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 kanun yang sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. -CARI

Sumber: Utusan Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • cactuskapi

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 20-8-2021 11:48 AM
kalau contactable dan boleh buat online, kenapa guna interpol juga eh
Quote matbad 20-8-2021 11:57 AM
airmineral: kalau contactable dan boleh buat online, kenapa guna interpol juga eh

ads la tu kja dorang yg kita tak tahu
Quote LadyCarefree 20-8-2021 11:57 AM
Lawaknya kalau benar guna interpol takat nak amek statement Nadir atas repot bahawa kononnya Nadir fitnah Ebit bayar ratus ribu ringgit kat hala. Memang betul kan ebit cakap bayar usd10k sorang. Dia pergi team 17 orang. Lawaklah kalau nak kena extradite Nadir bawa balik Msia. LOLLLL.  
Quote auntyonion 20-8-2021 11:58 AM
airmineral: kalau contactable dan boleh buat online, kenapa guna interpol juga eh

Terfikir benda sama jgk
Quote Blackbra 20-8-2021 12:10 PM
tak abis lagi kes ni rupa nya
Quote makadek 20-8-2021 12:19 PM
Ado isu bosar lg dari mengotey
Quote me12345 20-8-2021 12:20 PM
Siasat habis habisan kot....
Quote annawleeya 20-8-2021 12:41 PM
Oo..mmg x bleh kontek online eh?
Quote Tinot7 20-8-2021 12:44 PM
Eh japp.. nih psl kes capmelan ka psl kes duit? Takkan interpol masuk campuq kes capmelan?
Quote lonso 20-8-2021 12:44 PM
speechless smpi panggil interpol...apalah...
Quote serinegara 20-8-2021 12:49 PM
So, ini ada kaitan dengan tangan ghaib ke?
Pada pandangan mata kasar, buat perabih boreh je nak guna interpol.
Quote edayildiz 20-8-2021 12:54 PM
xhbs lg rupanya kes ni
Quote 3chanceno 20-8-2021 01:00 PM
Audited acc dah siap lah nie sebab tu boleh teruskan siasatan

Semuga kebenaran dapat ditegakkan
Quote Mini.Me 20-8-2021 01:23 PM
Tang pitenah yinni gigih smpi interpol bagai...tang geledah rumahnya sopan je statement n artikel meleis the
Quote gold_teeth 20-8-2021 01:28 PM
Yg geng kartel dato muda / sajat/ 1mdb ada guna interpolx
Quote crossline 20-8-2021 01:30 PM
Meols ada 2cent, tapi takut tred ni tak berpagar.. Kalau betullah apa yg meols rasa, kesian Nadir...

Cha ya nun alif tetaplah cha ya nun alif...
Quote kotakominami 20-8-2021 01:40 PM
Alah...bang pulis try lah pm die tak pon spam ig live diorang ni.....diorang ok je balas... arwah siti sarah ok jer bleh wasap ngan dia.....
Quote depresio 20-8-2021 01:48 PM
crossline replied at 20-8-2021 01:30 PM
Meols ada 2cent, tapi takut tred ni tak berpagar.. Kalau betullah apa yg meols rasa, kesian Nadir... ...

Yep

Apa yg hang rasa tu walau aku xtau tp kalu betui apa yg aku syak aku nk bgtahu hang ada kemungkinan

Kalau dah betia sampi guna interpol paham2 jalah
Quote Burong_Hantuk 20-8-2021 01:51 PM
Eh..dorang bukan larikan diri..Kan masih contactable...

Lihat semua komen(86)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.078947 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top