CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Harga Pelitup Muka Tajuddin RM1,699?

20-8-2021 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8389| Komen: 109

Description: Dalam amalan kehidupan norma baharu, pelitup muka menjadi ‘kewajipan’ yang perlu dipakai semua masyarakat.
Dalam amalan kehidupan norma baharu, pelitup muka menjadi ‘kewajipan’ yang perlu dipakai semua masyarakat.

Ia mudah dimiliki semua orang kerana dijual di mana-mana premis termasuk pasar raya dan farmasi dan pada harga  serendah 50 sen sekeping.


Tidak semua gemar memakainya kerana rimas dan menyukarkan pernafasan, tetapi demi keselamatan ia diwajibkan kepada semua pengguna.


Foto: IG

Pelitup muka yang dipakai Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menjadi perhatian kerana difahamkan nilainya adalah RM1, 699.

Apatah lagi sebelum ini, Tajuddin dikompaun selepas didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang legar Parlimen.


Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, pelitup muka yang dipakai Tajuddin adalah produk di bawah rangkaian LG PuriCare dan dijual pada harga RM1,699.

Apa yang membuatkan pelitup muka itu unik adalah dilengkapi teknologi pembersihan udara, sekali gus memastikan pengguna menerima udara bersih.

Jika diperhatikan, ia mempunyai lampu kecil berwarna hijau di bahagian tepi pelitup muka tersebut dan sentiasa berkelip, menandakan ia mempunyai bateri yang cukup untuk memakainya.

Turut difahamkan, pelitup muka tersebut bukan jenis pakai buang kerana ia boleh dicaj dan digunakan kembali pada hari berikutnya.

Ini bermakna, pengguna boleh memakai sepanjang hari dalam keadaan selesa dan diyakini pengudaraan yang diperolehnya bersih.

Sebelum ini, Tajuddin dikompaun selepas didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada di ruang legar Parlimen.

Sebelum ini, Tajuddin yang juga bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dikenakan kompaun RM1,500 atas kesalahan sama semasa mengadakan sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC pada 25 Mei lalu. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 20-8-2021 10:26 AM
Dah mcm modes je tgk dari jauh
Quote drivethru 20-8-2021 10:28 AM
Rupe sarung kopek. Kalau bini nak pinjam sekejap sarung kopek nak beli roti canai pun boleh. Kopek pun perlu pengudaraan yg baik supaya tak kepam.
Quote Buritan 20-8-2021 10:28 AM
Rege pelitup sama dgn rege gaji netijen..
Quote stingerlympics 20-8-2021 10:29 AM
Aku confident ini mesti nak elak bayar cukai ..iteww yg beli pelitup sampai beribu lemon.....

Kahkahkahkahkah
Quote ms.koala 20-8-2021 10:34 AM
Apedehal bg dia mcm 16 hengget jer kot
Quote kalchi 20-8-2021 10:36 AM
Apa buruk nau. Pakai je la yg kf94 tu
Quote auntyonion 20-8-2021 10:37 AM
Sekurang2nya dia bijak la berbelanja {:laugh adoiii tak bleh blah la dia ni kalau ingat pc dia pasal lrt tu {:smile
Quote atira 20-8-2021 10:42 AM

tak lama lagi nak masuk malaysia kata nye dalam 700+ hinggit

Rasa mcm nak beli.. tapi nampak macam berat giler je
Quote Dwdrum 20-8-2021 10:46 AM
atira replied at 19-8-2021 06:42 PM
tak lama lagi nak masuk malaysia kata nye dalam 700+ hinggit

Rasa mcm nak beli.. tapi nampak ma ...

Sudah masuk tira... I beli di malaysia.. At that time masih banyak stock... But i mentioned to @sarah82 few weeks ago dia check sudah out of stock...
Quote iman_kasih 20-8-2021 10:49 AM
noor2 replied at 20-8-2021 10:26 AM
Dah mcm modes je tgk dari jauh

Hahaha...mengekek iols gelak.
Quote noor2 20-8-2021 10:52 AM
iman_kasih replied at 20-8-2021 10:49 AM
Hahaha...mengekek iols gelak.

Sama kan...haha
Quote iman_kasih 20-8-2021 10:55 AM
noor2 replied at 20-8-2021 10:52 AM
Sama kan...haha

Tu la kak...hahaha
Quote Firenzza 20-8-2021 10:56 AM
noor2 replied at 20-8-2021 10:26 AM
Dah mcm modes je tgk dari jauh

Hahahahaha! Nasib baik tajudin ni x menyongel mcm nepal tuh......
Quote nakkomenjugak 20-8-2021 10:58 AM
tu kalau lengkap dengan atas tu dah boleh jadik otromen jahhh
Quote KIM.K 20-8-2021 11:00 AM
Serupa startrooper
Quote renko 20-8-2021 11:01 AM
Xreti pakai songkok betul2 ke dia ni
Quote atira 20-8-2021 11:02 AM
Dwdrum replied at 20-8-2021 10:46 AM
Sudah masuk tira... I beli di malaysia.. At that time masih banyak stock... But i mentioned to @sa ...

berbaloi ke uols... rasa macam berjalan dalam aircond ke bila mask ni melekap ke muka?
Quote sarah82 20-8-2021 11:02 AM
Dwdrum replied at 20-8-2021 10:46 AM
Sudah masuk tira... I beli di malaysia.. At that time masih banyak stock... But i mentioned to @sa ...

Dah ada stok.. Tadi nampak kat lazada rm1099..filter dia paling murah RM99A.. tapi mmg  cepat habis. Tgg Philips yg ang mention pulak.. Baca review katanya lagi ok dari LG
Quote sarah82 20-8-2021 11:07 AM
Edited by sarah82 at 20-8-2021 11:09 AM

Nah.. Aku share.. Harga lazada
Screenshot_20210820-110446_Lazada.jpg

Ni pulak harga filter dia
Screenshot_20210820-110603_Lazada.jpg

Yg ni lagi murah.. Bukan type sama mcm tajudin pakai.
Screenshot_20210820-110640_Lazada.jpg

Lihat semua komen(109)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-10-2022 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.077787 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top