CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Beza 25 Tahun Tak Ada Hal, Cikgu Wanita Kahwin Dengan Murid Sendiri

20-8-2021 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 36315| Komen: 480

Description: Cinta memang tidak mengenal usia dan buktinya Akmal Yusof, 22 memilih bekas gurunya, Suzana Isa yang berusia 47 tahun sebagai pasangan hidup.
Cinta memang tidak mengenal usia dan buktinya Akmal Yusof, 22 memilih bekas gurunya, Suzana Isa yang berusia 47 tahun sebagai pasangan hidup.

Akmal yang menetap di Taman Medan Indah di sini berkata, dia dan Suzana selamat diijabkabulkan pada akhir November lalu di Pejabat Agama Kota Tinggi.


Berkongsi kisah perkenalan mereka, Akmal yang juga seorang pengurus dan pengasas sebuah kafe berkata, Suzana mengajar mata pelajaran Sains Sukan ketika dia di Tingkatan Lima dam ketika itu hubungan mereka tidak lebih daripada seorang guru dan pelajar.


Suzana dan Akmal, Foto: Via Harian Metro

"Isteri adalah guru kegemaran saya ketika di sekolah dan dia disayangi pelajar kerana sikapnya yang mesra. Itu membuatkan saya sukakannya tetapi tidak sampai ke tahap ada perasaan cinta.


"Tamat persekolahan, saya terputus hubungan dengan beliau selama beberapa bulan tetapi berhubung semula selepas itu atas dasar kerja urusan perniagaan yang dijalankan bersama," katanya ketika dihubungi.

Lama kelamaan kata Akmal, timbul rasa cinta antara mereka berdua sehingga menjalin hubungan lebih serius.

"Februari tahun lalu, saya mulakan langkah pertama dengan menghadiahkan cincin ketika ulang tahun kelahirannya.

"Saya beranikan diri luahkan perasaan dan tak sangka, dia terima jadi kami sepakat menghalalkan hubungan dengan berumah tangga.

"Alhamdulillah, keluarga kedua-dua pihak menyambut baik hasrat kami untuk berkahwin walaupun jurang umur yang jauh antara kami," katanya.

Foto: via Harian Metro

Bercerita lanjut, Akmal berkata dia tertarik dengan Suzana kerana isterinya itu seorang yang penyayang dan mengambil berat tentang dirinya.

"Sebelum berkahwin hingga kini, isteri tetap sama iaitu sentiasa ambil berat mengenai saya. Itu yang menguatkan lagi cinta dan keserasian antara kami.

"Saya bersyukur dijodohkan dengan wanita sepertinya malah tidak anggap umur sebagai penghalang sebaliknya percaya ajal maut dan jodoh pertemuan sudah diatur sebaiknya oleh Allah SWT," katanya.

Sementara itu, Suzana mengakui keluarga pada mulanya agak ragu ketika dia menyuarakan hasrat berkahwin dengan Akmal yang juga bekas anak muridnya.

Bagaimanapun Suzana berkata, dia cuba yakinkan keluarga yang akhirnya menerima pilihannya malah menganggapnya sebagai takdir.


Kenangan ketika bersekolah, Foto: via Harian Metro

"Mulanya rasa janggal juga kerana saya lebih berusia daripadanya (suami) jadi tahap kematangan kami tentunya berbeza.

"Namun saya cuba tetapkan dalam minda setiap hari yang dia (Akmal) adalah suami dan saya pula isteri jadi perlu belajar mengawal ego.

"Jika ada masalah, kami akan cuba berbincang dan saya terpikat dengan suami kerana dia pandai mengambil hati, bijak memujuk jika saya merajuk serta suka beralah," katanya yang masih bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di sini. -CARI

Sumber: Harian Metro
3

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • sarah_ary2

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 20-8-2021 09:59 AM
eeeeeeeee pedo.... haha gurau.
Quote n3ar 20-8-2021 10:01 AM
berani betul budak ni..takpe la, kalau dah jodoh... kalau dah suka
Quote imanjannah 20-8-2021 10:08 AM
berkali kali tgok gambar di atas
Quote mijot 20-8-2021 10:11 AM
aritu ada juga cikgu wanita kawen dgn anak muridnya tp jurang usia tak jauh berbeza sgt...
netizen ok jer dgn diorg..
yg kali ni netizen hencap sikit sbb jurang usia beza banyak..
Quote ufc148 20-8-2021 10:13 AM
Allah buat apa yang Dia dikehendaki, bukan apa yg kita mahukan. Apa yg kita mahukan kadang2 tak terpakai langsung
Quote alieyrina 20-8-2021 10:13 AM
Cantik lagi cikgu nya
Quote KIM.K 20-8-2021 10:16 AM
Andartu ke makjan
Quote Nurul8001 20-8-2021 10:17 AM
Saya no komen isu ni. Bahagia atau derita hanya pasangan ni dan keluarga dia yg rasa.

Sebagai ibu kepada anak2 lelaki, saya doakan anak saya jatuh cinta pada wanita yg seusia atau lebih muda dari dia. Kalau tua pun tak lebih 3 tahun. Tak kira miskin, kaya, Melayu, Cina atau India. Yg penting Islam.
Quote Dovahkiin 20-8-2021 10:20 AM
1. Kalau kes yg sama, tapi guru tu lelaki, akan dicop pedofil seumur hidup. Yg ni laennn?

2. Bole mintak bini buat personal loan kembangkan bisnes.

3. Out of pure love? Good for both of u.
Quote stingerlympics 20-8-2021 10:24 AM
KIM.K replied at 20-8-2021 10:16 AM
Andartu ke makjan

Budak 22 tahun not your taste la....

Kau khenz stim pada 56 keatas.....aja

Why bother why bother?
Quote kechikchomel 20-8-2021 10:25 AM
lain rupa dorang kat gambar atas dgn gambar kawin tu
Quote stingerlympics 20-8-2021 10:27 AM
Dovahkiin replied at 20-8-2021 10:20 AM
1. Kalau kes yg sama, tapi guru tu lelaki, akan dicop pedofil seumur hidup. Yg ni laennn?

2. B ...

Wah ini kalau nak try baby mesti pergi gynae dulu kheunz?

47...risiko stage berapa utk pregnant?
Quote matamata 20-8-2021 10:27 AM
Dovahkiin replied at 20-8-2021 10:20 AM
1. Kalau kes yg sama, tapi guru tu lelaki, akan dicop pedofil seumur hidup. Yg ni laennn?

2. B ...

Haha... Aku ingat aku sorang je yg nampak trend ni
Quote azwanaliori 20-8-2021 10:27 AM
Eerrk .. klu cikgu lelaki org akan cakap grooming klu perempuan kene puji puji je ke
Quote becir 20-8-2021 10:29 AM
Dah macam Emmanuel Macron ngan wife nya pulak.. harap2 happy la..
Quote grouper 20-8-2021 10:30 AM
Acik kepam porum mesti byk yg sakit ati baca news ni terutama yg andartu independent tapi simpan dlm ati je..
Quote LautBiru52 20-8-2021 10:31 AM
Siapa la kita nak mempersoalkan jodoh orang kan. Dia yg nak hadap bukan kita. Yg penting happy.

Semoga berbahagia ye kak dan dik
Quote helicornia 20-8-2021 10:32 AM
ada je jumpa kes ni. masa sek dulu pun ada student lelaki kawin dgn cikgu. kawin masa umo 20 cikgu tu dah 30 lebih. tapi cerai dah pun
Quote kalchi 20-8-2021 10:33 AM
Kalau laki melayu taktahu la bole betahan ats dasar syg dan setia, tp kalau omputes tu ada contoh. jason momoa & lisa bonet kertu. Aaron taylor dgn bini director tu pon jauh gak beza.

Lihat semua komen(480)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.099020 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top