CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Setia Seorang Suami, 28 Tahun Hantar & Jemput Isteri Naik Basikal

19-8-2021 10:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 950| Komen: 8

Description: Seorang suami membuktikan rasa cinta dan setia kepada isterinya dengan menghantar dan mengambil wanita itu dari tempat kerja menggunakan sebuah basikal selama 28 tahun, lapor portal berita Wolipop sem ...
Seorang suami membuktikan rasa cinta dan setia kepada isterinya dengan menghantar dan mengambil wanita itu dari tempat kerja menggunakan sebuah basikal selama 28 tahun, lapor portal berita Wolipop semalam.

Menerusi klip  video yang dimuat naik di TikTok, pasangan suami isteri itu dilihat sedang menunggang dan membonceng sebuah basikal melalui jalan raya yang sibuk.


Kredit foto: TikTok

“Suami setia, 28 tahun menghantar dan menjemput isteri dari tempat kerja menggunakan basikal. Cinta sejati pekerja kami,” tulis keterangan dalam video tersebut.

Video itu dimuat naik oleh majikan wanita berkenaan, Debby Inne Susanto yang memiliki sebuah kedai di wilayah Jawa Tengah.

“Wanita itu ialah jurujual di kedai kami yang bernama Mulyani. Dia sudah berkerja di sini selama 28 tahun.

“Sepanjang tempoh ini, setiap hari saya melihat Mulyani dihantar dan diambil oleh suaminya, Trimo dengan menggunakan basikal,” katanya.

Video yang dimuat naik itu menerima lebih tiga juta tontonan dengan ramai netizen melahirkan rasa kagum dan terharu mereka melihatkan kesetiaan pasangan suami isteri itu.



“Jika majikannya tergerak hati untuk membelikan suami wanita itu sebuah motosikal, lebih mudah untuk dia menunggang motosikal,” komen seorang pengguna.

“Nampaknya tak perlu beli motosikal. Ini kerana jika mereka menaiki basikal, mereka akan mempunyai masa yang lebih lama untuk berada di atas jalan sambil berkongsi cerita agar cinta tetap mekar seperti dulu,” komen seorang lagi pengguna.


Sumber: Kosmo!
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 19-8-2021 11:19 PM
Awwww so sweet
moga berkekalan hingga ke akhirnya
Quote KIM.K 19-8-2021 11:29 PM
Serupa soeb dgn bini baru
Quote LautBiru52 19-8-2021 11:36 PM
Ini dinamakan sederhana tapi bahagia. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat ye pakcik makcik.
Quote nadddy 20-8-2021 12:02 AM
Moga berkekalan.. seronoknya baca
Quote edayildiz 20-8-2021 12:13 AM
so cuwit.kalau mmg ada laki cuwit ni i sanggup setia ssh sng bersama..mslhnya skrg ssh nk jmpa gini..bila dh sng kena tinggal pulak
Quote ziezot 20-8-2021 08:31 AM
Wahhh... Suami kite pun setia menghantar & amik keje hari2 lebih 12 tahun dah. Nasib bini wfh je 2 tahun ni
Quote spicygirl3 21-8-2021 05:00 PM
So sweeeeeeet bergula madu
Quote Burong_Hantuk 21-8-2021 05:55 PM
Nnti try modify basikal tu jd beca...

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.074066 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top