CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Malu Kena 'Rejek', Lelaki Tiba-Tiba Mengaku Golongan Kayangan Pula!

19-8-2021 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2696| Komen: 8

Description: Video seorang influencer wanita tiba-tiba tular, selepas secara tidak sengaja merakam detik dirinya cuba didekati lelaki di gimnasium yang ingin mengajaknya keluar untuk makan malam.
Video seorang influencer wanita tiba-tiba tular, selepas secara tidak sengaja merakam detik dirinya cuba didekati lelaki di gimnasium yang ingin mengajaknya keluar untuk makan malam.

Sebelum itu, influencer tersebut, Avrey Ovard sedang merakamkan video dirinya sedang bersenam sebelum dihampiri lelaki tidak dikenali itu.



Video memalukan lelaki terbabit kini sudah ditonton lebih dua juta kali di TikTok. 

Rakaman itu turut menunjukkan detik memalukan lelaki itu selepas Ovard menolak pelawaannya, lapor Mirror.

Ovard, 19, memuat naik satu video di TikTok dengan keterangan ‘'LEAVE WOMEN ALONE!!!!' dan klip berkenaan sudah pun mendapat lebih dua juta tontonan.

Pada kejadian itu, Ovard sedang memanaskan badan di gymnasium sebelum didekati seorang lelaki berusia 40an itu yang bertanyakan adakah dia sedang merakam video.

Lima minit kemudian, lelaki berkenaan sekali lagi mendekatinya sebelum memberitahu yang dia memerlukan fisioterapi untuk memulihkan kecederaan otot koyak sambil menunjukkan ke arah buku lalinya.


Kemudiannya, lelaki itu berkata: “Bila saya boleh bawa kamu keluar. Saya mahu dapatkan nombor telefon untuk makan malam.”

“Oh maaf, saya terlalu muda untuk kamu,” kata Ovard.

Walaupun Ovard masih tidak percaya apa yang sedang berlaku, lelaki berkenaan pantas membalas yang dia seorang individu kaya.

“Saya terlalu kaya buatmu,” demikian respons balas lelaki itu.

Klip video berkenaan mendapat ribuan komen daripada pengguna media sosial.

“Dia mengatakan saya cukup kaya untuk menjadikan dia lebih baik dan dia tidak boleh terima hakikat apabila ajakannya ditolak.

“Hakikatnya, dia (Ovard) mungkin lebih kaya daripada lelaki itu,” antara komen yang diberikan pengguna media sosial. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 19-8-2021 01:02 PM
https://www.tiktok.com/@avreyovard/video/6996454188087610629
Quote KIM.K 19-8-2021 01:36 PM
Bukan taste dia la tu. Lebih kurang kalau nak menutuh pun kenapa nak pilih kau gitchew
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 03:03 PM
sedehhhhhhh
Quote Olumis 19-8-2021 04:07 PM
Kin gali... eee yaakkk
Quote Itzy 19-8-2021 09:20 PM
teringat ali siddiq pelawak kulit hitam dari Usa berkata lelaki ni level konfiden dia memang tinggi tahap kayangan. Kalau yg huduh pun mesti hari2 kacau perempuan dia nak sampai dapat. Kalau wanita pulak sedor diri dia hodoh, so tak nak la mengorat lelaki tu yg dia rasa hensem dan bergaya gitew bak kata ali siddiq.
Quote spicygirl3 22-8-2021 09:41 AM
Dah kena rejek , terpaksa la cakap di kaya untuk tutup malu hahahahaha so funny
Quote imanjannah 23-8-2021 01:38 PM
Itzy replied at 19-8-2021 09:20 PM
teringat ali siddiq pelawak kulit hitam dari Usa berkata lelaki ni level konfiden dia memang tinggi  ...

setuju sgt, berlaku di tempat kerja aku, perempuan tu baru bercerai, perempuan ni mmg lawa sgt la, lelaki ni klu dr segi rupa, mmg.. emmm... malas nak kata, tapi dia keep la kacau perempuan ni, lastnya dapt chuols, dah kahwin pun, terkejut la yg lain hihi
Quote Artemesiaa 23-8-2021 05:30 PM
Kat tanah air pun ada je perangai macam tu

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-8-2022 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.067691 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top