CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bengang Dipatuk, Lelaki Gigit Semula Ular Berbisa Berkali-Kali Sampai Mati

19-8-2021 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2509| Komen: 23

Description: Seorang lelaki di India dilaporkan telah menggigit seekor ular berkali-kali sehingga mati hanya semata-mata mahu membalas dendam disebabkan ular tersebut telah mematuknya terlebih dulu sebelum itu.
Seorang lelaki di India dilaporkan telah menggigit seekor ular berkali-kali sehingga mati hanya semata-mata mahu membalas dendam disebabkan ular tersebut telah mematuknya terlebih dulu sebelum itu.


Kishore Badra, yang berasal dari kampung Gambharipatia di daerah Jajpur, India, sebelum itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bekerja di sawah padi apabila seekor ular tiba-tiba menggigit kakinya.

“Saya berasakan sesuatu menggigit kaki saya ketika sedang berjalan pulang ke rumah malam tadi. Saya kemudiannya menghidupkan lampu suluh dan mendapati ia adalah seekor ular jenis krait berbisa.

“Demi membalas dendam, saya mengambil ular itu menggunakan tangan lalu menggigitnya berulang kali sehingga ia mati di tempat kejadian,” katanya kepada agensi berita Press Trust of India.

Badra kemudiannya membawa bangkai ular tersebut untuk ditunjukkan kepada penduduk kampungnya dan menegaskan bahawa dirinya baik-baik sahaja. Dia yang enggan dirawat di hospital sebaliknya pergi mendapatkan rawatan tradisional.


"Walaupun saya menggigit ular krait beracun, saya tidak berasakan keperitan. Saya telah berjumpa seorang bomoh tradisional yang tinggal berdekatan dengan kampung dan berjaya dirawat,” jelas Badra.


Foto: Agensi

Krait merupakan ular berbisa sepanjang tiga kaki yang terdapat di selatan Asia dan Asia Tenggara. Ia dipercayai lebih aktif pada waktu malam manakala gigitan ular itu biasanya berbahaya kerana bisanya boleh membahayakan nyawa seseorang atau menjadi lumpuh anggota badan.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2020, India merupakan negara tertinggi di dunia dalam kes kematian akibat gigitan ular dengan purata sebanyak 58,000 kes setahun. - CARI

Sumber: mStar/Independent

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 19-8-2021 09:40 AM
kalau jumpa leluhur dan ular, kena katuk leluhur dulu kata orang. itu yg ular tu  buat, tapi ular dapat redemption-on-the-spot bonuslink pulak
Quote sarah82 19-8-2021 09:41 AM
Pergh.. Ganas
Quote mclaren 19-8-2021 09:43 AM
Brutal betul
Quote genUmi 19-8-2021 09:45 AM
ular tu diam plak lepas kena gigit manusia, x saling membalas

mesti ular tekejut manusia punya gigitan lagi berbisa
Quote bulalof 19-8-2021 09:50 AM
boleh percaya ke cerita leluhur ni tentang ular?
Quote imanjannah 19-8-2021 09:54 AM
aduhaiiii baca pun x lalu klu bab ular ni, tgok gambar pun dah seremmm.. huhi
Quote Scheherazade 19-8-2021 09:55 AM
Mmg brutal anney nih. Mmg the snake didn't see it coming
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 10:10 AM
pantang mengundur sebelum mengalah
dah habis turn ko dah kan
haa turn aku pulak
gituuuu
Quote Annaquinn009 19-8-2021 10:26 AM
lain macam abang ni
Quote Belibis 19-8-2021 10:32 AM
Tapi memang pernah dengar petua,ekor ular tu penawar bisa ular.ntah la betul ke tidak.
Quote klkl 19-8-2021 11:12 AM
entah entah itu antidote dia
Quote ainashiqa 19-8-2021 01:53 PM
Hahahah! Betul ke citer dia ni
Quote Olumis 19-8-2021 04:17 PM
Huhhh... jenis panas baran ni
Quote cucutokwan89 19-8-2021 05:51 PM
Lol. Bhai ni lain dr yg lain
Quote b_n_c 19-8-2021 06:01 PM
"menggigit ular itu sehingga mati di tempat kejadian"

gelak keras aku dengan statement ni...
Quote green~tea 19-8-2021 06:30 PM
Gigitan ular ni ada 2 jenis, yang i pernah baca.. satu DRY BITES (dia tak inject venom pun sbnrnya) which can be 25 -85% of the time, depend pada spesis dan usia ular tu (ular muda tend to bite with venom)..

Satu lgi full venom bite.. biasanya yang ni baru perlu inject anti-venom... kalo dry bite, bahaya inject anti venom sbb ada side effect
Quote akies 19-8-2021 06:32 PM
Wahhh
Quote any42 19-8-2021 06:38 PM
wow
Quote JohnyEnglish 20-9-2021 10:18 PM
Sembang kari

Lihat semua komen(23)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-12-2022 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.106615 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top