CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Dafi Hampir Pasti Bergelar Anak Perdana Menteri Malaysia Ke-9?

19-8-2021 10:47 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 5626| Komen: 34|Original author: Oleh: kp5x

Description: Bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima, Gadaffi Ismail Sabri, atau lebih dikenali dengan panggilan Dafi, 32, hampir pasti akan bergelar anak Perdana Menteri Malaysia yang ke sembilan apabila bapa ...
Bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima, Gadaffi Ismail Sabri, atau lebih dikenali dengan panggilan Dafi, 32, hampir pasti akan bergelar anak Perdana Menteri Malaysia yang ke sembilan apabila bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 61, kini dikatakan mendapat sokongan mencukupi daripada ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin yang meletakkan jawatan pada Isnin.



Foto : Instagram Dafi

Memetik Utusan, Datuk Seri Ismail Sabri yang merupakan ahli parlimen Bera dikatakan berjaya mendapat sokongan 114 ahli parlimen terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Prrti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dn Gabungan Parti Sarawak (GPS). Dewan rakyat terkini mempunyai 220 ahli parlimen dan 114 dikatakan telah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri, bermakna seorang lagi calon Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan majoriti.


Tangkap layar pengesahan daripada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan turut menyatakan kesemua 114 ahli Dewan Rakyat yang menyatakan sokongan tersebut akan dipanggil ke Istana Negara hari ini.

"Esok Khamis, 19 Ogos bermula pukul 10 pagi, kami Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) akan bertolak ke Istana Negara dari WTCKL (Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) dengan menaiki bas.

"Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Ini bererti, Ismail Sabri dengan izin Allah S.W.T adalah calon Perdana Menteri yang menang," katanya.

Utusan Malaysia juga telah mendapatkan pengesahan daripada Ahmad Maslan sendiri.


Foto : Instagram Dafi

Foto : Instagram Dafi

Pemilihan bapa Dafi sebagai calon tunggal Perdana Menteri daripada Umno dan Barisan Nasional (BN) diputuskan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik diri dan Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat tidak menepati kriteria sebagai calon kerana hanya merupakan ahli Dewan Negeri (Adun) dan bukan ahli Dewan Rakyat (MP). - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 19-8-2021 10:51 AM
Hmmm duk tikam menikam la yg jd lalang tu.. kalau betul just tukar PM jela.. lawak betul politik Malaysia ni.
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 10:53 AM
mengendeng laaa G.D nak ber apak mentuakan piyem
Quote bakingsoda 19-8-2021 11:19 AM
hello kes langgar sop program 50 juri tu apa khabar?
Quote imransulaiman 19-8-2021 11:23 AM
Apa punya berita ni?? Dafi declare sendiri ke atau wartawan yang nak try jilat Dafi?
Quote tagas 19-8-2021 11:32 AM
So naik balik la fofulariti dek duffy pasni
Quote opie5662 19-8-2021 12:28 PM
Boleh la happy jadi anak PM utk 500 hari akan dtg
Quote tipahketipung 19-8-2021 12:30 PM
bakingsoda replied at 19-8-2021 03:19 AM
hello kes langgar sop program 50 juri tu apa khabar?

Dah setel lahhhh
Quote annadonna 19-8-2021 12:35 PM
Takde impak pun kalau betul. Najua Mahiaddin macam tu macam tu juga. Maybe sebab Najua memang low profile punya worang
Quote bakingsoda 19-8-2021 01:14 PM
tipahketipung replied at 19-8-2021 12:30 PM
Dah setel lahhhh

ye ke? kena kompaun ke tidak?
Quote keys 19-8-2021 01:17 PM
Pandai2 la bawak diri. Jangan poyor dgn org bawahan. Zaman skrg kalau rakyat meluat cepat je jatuh.
Quote mojarean 19-8-2021 01:26 PM
Edited by mojarean at 19-8-2021 01:29 PM

We love  u Dafi. Artis yg humble sesuai jd anak PM.
Quote Potpouri 19-8-2021 02:37 PM
DAfi tak da keluarkan knyataan apa2 pun. Bagus lah anak2 mcm ni, low profile je.
Quote bankerpencen 19-8-2021 02:43 PM
nakkomenjugak replied at 19-8-2021 10:53 AM
mengendeng laaa G.D nak ber apak mentuakan piyem

Siapakah GD itu? Iols tak pernah ambil kisah pasal si dafi ni since af lagi
Quote bankerpencen 19-8-2021 02:44 PM
Lantak la janji jangan dipaksa satu Malaysia dengar suara dafi ni. Memang betul2 tak boleh nyanyi budak ni... maaflah. Muka boleh tahan la but menyanyi... sila jangan
Quote nakkomenjugak 19-8-2021 02:46 PM
bankerpencen replied at 19-8-2021 02:43 PM
Siapakah GD itu? Iols tak pernah ambil kisah pasal si dafi ni since af lagi

pemburu rete aka gold digger
Quote kembangbunga 19-8-2021 02:52 PM
Mohon dafi & adik beradik follow style Najwa Mahiaddin. Tak perlu nak mencapap bpk bila jadi anak PM.
Quote ayukpingu 19-8-2021 03:11 PM
anak2 mungkin low profile...tapi menantu dia tu belum tentu la low profile ...
Quote pearl.silver 19-8-2021 03:25 PM
ayukpingu replied at 19-8-2021 03:11 PM
anak2 mungkin low profile...tapi menantu dia tu belum tentu la low profile ...

Menantu nnt dpt tender reka design baju batik untuk menteri2 untuk dipakai masa acara hari kebangsaan gituhh...
Quote Olumis 19-8-2021 04:09 PM
Cukupla untuk beberapa hari. Rasis katanya

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-9-2022 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.068028 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top