CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Puluhan Ikan Puyu Naik Ke Darat Di Luar Sebuah Surau Cetus Tanda Tanya Penduduk

18-8-2021 09:46 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 11888| Komen: 86

Description: Sejak petang tadi, tular video memaparkan puluhan ikan puyu didapati naik ke darat di luar sebuah surau di Sawah Sempadan, Tanjong Karang, hari ini.



KUALA SELANGOR - Sejak petang tadi, tular video memaparkan puluhan ikan puyu didapati naik ke darat di luar sebuah surau di Sawah Sempadan, Tanjong Karang, hari ini.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi satu minit 26 saat dengan perakam melahirkan rasa pelik terhadap kejadian tersebut, lapor Kosmo.

Keajaiban berlaku ketika hujan itu seterusnya menimbulkan pelbagai spekulasi dengan menyatakan akan berlakunya banjir besar.

Loading FB Video...


"Allahu Akbar, banyaknya (ikan puyu). Ajaib, Ajaib, Ajaib. Kejaiban surau Sulaiman. Hari ini, 18 Ogos 2021 banyaknya ikan puyu naik," kata perakam tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut teruja dengan insiden tersebut dengan mengaitkan dengan perubahan musim.

"Ikan akan naik ketika hujan secara mendadak terus dan kejadian ini akan berlaku apabila sesuatu kawasan itu telah mengalami musim kemarau.

"Dengan kata lain sekarang sudah masuk musim hujan yang sering berbeza dgn bulan lepas agak kemarau," kata pengguna Pekebun Kecil.

"Allah kalau hendak beri kita rezeki boleh datang dari bermacam-macam cara. Bersyukurlah. Tidak mustahil bagiNYA," ujar pengguna Zulkafli bin Ibrahim.

Loading FB Post...

Manakala pengguna Facebook menggunakan akaun nama Johan Shafiee pula berkata, kejadian ikan puyu naik ke darat merupakan fenomena biasa apabila hujan lebat.

"Hujan lebat menyebabkan berlakunya perubahan parameter air yang mungkin menjadi lebih asid". -  CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 18-8-2021 09:52 PM
Zaman budak2 dulu biasa jer nampak gini.ikan puyu nak bertelor bila musim ujan.sekarang dah takde rezeki nak jumpa.
Quote imanjannah 18-8-2021 09:58 PM
ya Allah moga ia menjadi kebaikan, bukan kemudaratan
Quote cmf_ctrl 18-8-2021 10:03 PM
boleh ke kita sebagai muslim percaya kepada petanda2 ni.ada ustaz dalam ni boleh jawabkan??

tapi dulu sebelum tsunami ikan pun melompat ke darat..harap ni kejadian biasa...ntah2 sawah tu baru letak baja asid kuat...hujan pulak habislah lari ikan?
Quote exclusive_vvip 18-8-2021 10:09 PM
ikan puyu yg dibela dlm kolam tepi masjid ke surau tah katanya ..air penuh, puyu tu naik la..
Quote TuntungReturn 18-8-2021 10:11 PM
tiada yg pelik. ikan puyu mmg kdg dia menyeberang petak sawah.
Quote noor2 18-8-2021 10:13 PM
Mungkin dlm air tu ada raksasa besar.....ikan tu mcm takut sesuwatu
Quote Kupucandy 18-8-2021 10:14 PM
AllahuAkhbar, takkan amik video je, tangkaplah ikan tu masuk dlm baldi air
Quote MontanaHannah 18-8-2021 10:14 PM
Hati-hati !


ikan kalau melompat naik ke darat ,makna kata ada bala musibah di situ nak terjadi.

Na3uzubillah.

Tak kan lahhh ikan puyu tu melompat sebab nak dapat PM baru pula


Quote lurve82 18-8-2021 10:15 PM
Goreng pun sodap..
Quote MeghanK 18-8-2021 10:15 PM
goreng garing2 puyu2 tersebut
Quote ellejo 18-8-2021 10:17 PM
orang kuala ni the weirdo of selangor

Quote belacan_gurl 18-8-2021 10:20 PM
aku teringat plak ritu ada bela ikan puru nih la ...sbb dok dgr org kata elok bela letak dlm rumah ..utk halang org htr santau gitu la .... tapi esok nya dah kering mati sbb dia melompat keluar dari bekas kaca aku tu hahahaha aku baru la aku tau ikan ni suka melompat
Quote dua_chzy 18-8-2021 10:31 PM
Rezeki. Boleh buat pekasam.
Quote grouper 18-8-2021 10:31 PM
belacan_gurl replied at 18-8-2021 10:20 PM
aku teringat plak ritu ada bela ikan puru nih la ...sbb dok dgr org kata elok bela letak dlm ruma ...

Ikan ni mmg suka melompat mcm haruan..beli ikan ni paling mudah x payah tukar ayo atau pasang pam oksigen mmg hidup dia panjang..janji cukup mkn x lompat keluar
Quote 3480 18-8-2021 10:37 PM
Klu besaq sedap buat gulai ikan
Mkn nasik tuang kicap
Cicah dgn roti pon bleh
Lg sedap cicah peknga
Quote TravellingBear 18-8-2021 10:39 PM
macam bahaya ja pakai kain pelikat jalan area puyu melompat. Harap pakcik tu pakai pakaian dalam
Quote LautBiru52 18-8-2021 10:46 PM
Sedapnya ikan puyu. Goreng garing2. Buat sambal kering. Mkn dgn nasi panas
Quote Rdizz 18-8-2021 11:02 PM
Ada 1 kes lama dah di alor setar, ank ikan puyu lompat masuk mulut sorang bdk, terpaksa operate kalau x silap, so hati2 kalau bela puyu dok nganga tang tu haha
Quote miznora 18-8-2021 11:03 PM
Banyak pulak tengok puyu ni menggedik2 jalan kat tanah

Lihat semua komen(86)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-1-2023 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.096026 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top