CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Gaduh Sampai Lebam Sebab Tak Bagi 'Check' Telefon

18-8-2021 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3242| Komen: 29

Description: Disebabkan sering pulang lewat dan enggan membenarkan isterinya memeriksa telefon bimbit, seorang lelaki bergaduh dengan isterinya serta didakwa menyebabkan wanita itu jatuh hingga cedera.
Disebabkan sering pulang lewat dan enggan membenarkan isterinya memeriksa telefon bimbit, seorang lelaki bergaduh dengan isterinya serta didakwa menyebabkan wanita itu jatuh hingga cedera.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Taman Kosas di sini, Jumaat lalu dengan mangsa cedera dan lebam di lengan serta kaki.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Ehak berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa berusia 19 tahun dan menahan suspek berusia 21 tahun pada 9.30 malam semalam.


Gambar hiasan

"Berlaku salah faham antara suspek dan mangsa yang disebabkan keengganan suspek membenarkan isterinya memeriksa telefon bimbit serta sering pulang lewat.

"Mereka bergaduh dengan mangsa dikatakan terjatuh hingga lebam di lengan kiri dan kanan, selain cedera lutut kiri. Pergaduhan itu dileraikan ibu mangsa yang tinggal berhadapan rumah pasangan terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohamad Farouk berkata, mangsa telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur dan membuat laporan polis.

Katanya, pasangan itu berkahwin pada Oktober tahun lalu dan mempunyai seorang anak.

"Suspek direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta keganasan Rumah Tangga," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 18-8-2021 05:44 PM
muda lg laki bini..yg laki pun msti sorok something sampai ke sudah xbg
pastu cerai or baik balik lps bini dia keluar hospital nnti?
Quote cucutokwan89 18-8-2021 06:01 PM
Darah muda
Quote mclaren 18-8-2021 06:06 PM
edayildiz replied at 18-8-2021 05:44 PM
muda lg laki bini..yg laki pun msti sorok something sampai ke sudah xbg
pastu cerai or baik ba ...

Jangan jadi macam Rihanna dulu2 sudah. Dah lebam2 still ambil balik Chris Brown.
Quote edayildiz 18-8-2021 06:08 PM
mclaren replied at 18-8-2021 06:06 PM
Jangan jadi macam Rihanna dulu2 sudah. Dah lebam2 still ambil balik Chris Brown.

selalunya gitu la..cinta itu buta kheun
Quote Sakurahana 18-8-2021 06:44 PM
La..mudanya memasing. Wifenya br lg bersalin rasanya tu
Quote miszclassique 18-8-2021 06:49 PM
Indon ke melayu? Area situ banyak jugak indon yg dah lama duduk sini
Quote sukacactus 18-8-2021 07:12 PM
Kalau rasa nak berhuha lg kat luar buat apa kawin awal
Kan dah lemas org bising2 pulang lewat, nak cek2 hp bagai
Quote ctaz 18-8-2021 08:35 PM
aikkk...
rasa nyer semalam ke atau 2 hari lepas ke...
mcm ada satu tread luahan perasaan pasal nak cek talipon laki....
adakah mangsa tu seorang forumer cari....
Quote Manjahati 18-8-2021 08:51 PM
Tolonglah celik mata dik..lelaki gini esok lusa awak kena belasah lagi
Quote supernaturalee 18-8-2021 08:53 PM
ctaz replied at 18-8-2021 08:35 PM
aikkk...
rasa nyer semalam ke atau 2 hari lepas ke...
mcm ada satu tread luahan perasaan pasal nak ...

Lorr mangsa ni die ke

Quote nakkomenjugak 18-8-2021 09:03 PM
hmmm muda lagi punnn
Quote imanda 18-8-2021 09:54 PM
ctaz replied at 18-8-2021 08:35 PM
aikkk...
rasa nyer semalam ke atau 2 hari lepas ke...
mcm ada satu tread luahan perasaan pasal nak ...

yeke..siannya beliau.
Quote imanjannah 18-8-2021 10:00 PM
aduhaii.. blum setahun kahwin..
Quote Punat_button 18-8-2021 10:37 PM
sukacactus replied at 18-8-2021 07:12 PM
Kalau rasa nak berhuha lg kat luar buat apa kawin awal
Kan dah lemas org bising2 pulang lewat, nak  ...

tak kawin tak kangkang dek
itu ja cara


Quote Fortiori02 18-8-2021 10:40 PM
Mst ada sorok pape ni, tu yg x bg bini cek fon.
Quote Decaffeinated 18-8-2021 10:57 PM
mana ada jantan free2 bagi orang lain tengok hp dia.

siapa pernah jumpa habaq mai sat

Quote ctaz 18-8-2021 11:09 PM

https://bm.cari.com.my/forum.php ... &extra=page%3D1


AKU AGAK JER....
citer mcm sama

Quote supernaturalee 18-8-2021 11:11 PM
ctaz replied at 18-8-2021 11:09 PM
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1266122&extra=page%3D1



OK jp nk pi bc

Tq for the link laling
Quote supernaturalee 18-8-2021 11:14 PM
ctaz replied at 18-8-2021 11:09 PM
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1266122&extra=page%3D1



Dh bc

Br teringt iols ada bc dh
Tp tt x respon balik dh. Kt 1st post je
Reply2 dr forummer pun x bnyk

Uols rs die eh
Artikel ni mmg ngam dgn cerita dia


Lihat semua komen(29)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.089498 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top