CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Cebisan Mayat Manusia Terlekat Pada Roda Pesawat Tentera

18-8-2021 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5393| Komen: 56

Description: Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melaporkan pihaknya menemui cebisan mayat manusia terlekat pada roda pesawat tentera C-17 yang berlepas keluar dari Afghanistan sejak beberapa hari lepas, ...
Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) melaporkan pihaknya menemui cebisan mayat manusia terlekat pada roda pesawat tentera C-17 yang berlepas keluar dari Afghanistan sejak beberapa hari lepas, lapor akhbar Metro UK, semalam.


Menurut kenyataan tersebut, cebisan mayat itu dipercayai milik penduduk Afghanistan yang bertindak nekad berpaut pada pesawat kerana terdesak untuk meninggalkan negara itu selepas Taliban mengumumkan pengambilalihan kuasa pada hujung minggu lalu. 

“Pesawat C-17 berlepas dalam keadaan tergesa-gesa memandangkan situasi yang tidak terkawal di lapangan terbang Kabul pada ketika itu.

“Ribuan penduduk bertindak berpaut pada roda dan sayap pesawat ketika berlepas, malah ada yang melayang jatuh ke bawah sebaik kapal terbangan naik ke udara,” tulis kenyataan itu.



Pada Isnin lepas, penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai itu terpaksa ditangguhkan selama berjam-jam apabila rakyat Afghanistan menyerbu landasan dan berusaha bermati-matian untuk masuk ke dalam pesawat.

Penerbangan disambung semula selepas tentera AS, Turki dan beberapa negara lain mengeluarkan sekitar 15,000 penduduk Afghanistan dari landasan pesawat, demikian menurut seorang pegawai AS.

Pihak berkuasa telah mengambil tindakan memeriksa pesawat berkenaan sebelum membersihkan cebisan mayat yang terlekat sebelum memberi pelepasan untuk kembali beroperasi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 18-8-2021 03:33 PM
Duk ajelaa situ pun.. pi merantau tmpat lain pun tarak gune jugak..
Quote miznora 18-8-2021 03:36 PM
Ngeri pulak baca
Quote ciksaenara 18-8-2021 03:41 PM
ngeri      
Quote star_karat 18-8-2021 03:42 PM
Mcm filem World War Z
Quote lurve82 18-8-2021 03:44 PM
Adoi ngerinye…klu aku, aku pun lari juga..takut tgk taliban tu layan ppuan xblh itu ini..
Quote Artemesiaa 18-8-2021 03:44 PM
Pengaruh movie betul dia ingat Rambo ke main gayut macam tu boleh lepas selamat
Quote ultra78 18-8-2021 03:51 PM
Yg takut sangat tu mesti pernah bekerja dengan US sebagai jurubahasa atau informer. Bekas president dia pun melarikan diri.Kerajaan pulak korup. Memang patut pun kerajaan tumbang.
Quote Buritan 18-8-2021 04:06 PM
ultra78: Yg takut sangat tu mesti pernah bekerja dengan US sebagai jurubahasa atau informer. Bekas president dia pun melarikan diri.Kerajaan pulak korup. Meman ...



Yg selamat kek mana mana pun org semekin.. tadak condomg pd sape sape pung.. kalo condong pun dikuis kuiskan ajo
Quote edayildiz 18-8-2021 04:07 PM
Penerbangan disambung semula selepas tentera AS, Turki dan beberapa negara lain mengeluarkan sekitar 15,000 penduduk Afghanistan dari landasan pesawat

xpaham..tentera turki ada kat sana jgk ke?
tau la takut tp ingt hidup ke tergantung kt sayap ingt blh sampai us ke?
yg berjaya masuk ramai2 dlm kapal tu pastu us amik bawak balik la eh?
takut la dk belah sana..xleh byg kalau berjodoh ngn org sana
Quote white_musk 18-8-2021 04:14 PM
Mereka ini takut tinggal di tenpat sendiri, tetapi apabila tinggal di negara orang puteh maju, mereka ini juga lah yang sedaya upaya mengubah undang2 jadi macam negara asal mereka.
Quote tripleid 18-8-2021 04:19 PM
Boleh plak selamba berlari2 anak bawah sayap katebang gitu..kalo kene sedut dgn enjin tak ke naya jadi daging kisar
Quote dani-rox 18-8-2021 06:33 PM
edayildiz replied at 18-8-2021 04:07 PM
Penerbangan disambung semula selepas tentera AS, Turki dan beberapa negara lain mengeluarkan sekitar ...

Carilah jodoh dgn anak immigrant Afghanistan di Eropah, mcm Daniel Bamdad






Quote dani-rox 18-8-2021 06:39 PM
siapa2 yg murah hati nak sumbangkan airline miles kpd pelarian Afghan




https://mobile.twitter.com/miles4migrants
Quote sambaldurian 18-8-2021 06:44 PM
ni yg sedih. agama Islam tu dh cantik dh. masuk fahaman ekstremis jd la cmni. even sesama rakyat Islam pun boleh jd takut sgt. x sanggup nk tinggal.
Quote becir 18-8-2021 06:48 PM
dani-rox replied at 18-8-2021 06:33 PM
Carilah jodoh dgn anak immigrant Afghanistan di Eropah, mcm Daniel Bamdad

Elok lak tak berbulu heols ni..sure lasered off ni..
Quote dani-rox 18-8-2021 06:53 PM
becir replied at 18-8-2021 06:48 PM
Elok lak tak berbulu heols ni..sure lasered off ni..

Manscaping ala2 European khenn, model summore... kalau membesar di Kabul pastu join Taliban, haruslah menyerupai beruang
Quote milo_888 18-8-2021 06:56 PM
Peluang keemasan utk PAS dan ahlinya utk berhijrah ke Afghanistan dan fokus politik sana... Sama2 bangunkan negara Islam bersandarkan undang2 syariah disamping meramaikan umat Islam dgn memperkasakan kempen tambah bini..
Quote oni313 18-8-2021 07:07 PM
sambaldurian replied at 18-8-2021 06:44 PM
ni yg sedih. agama Islam tu dh cantik dh. masuk fahaman ekstremis jd la cmni. even sesama rakyat Isl ...

ermm..

too early to comment and judge... pasal baru je semalam kuar tv national afghanistan, penyampai berita wanita, pakai selendang je, temuramah jurucakap taliban secara live, which is aku agak terkejut jugak ....20 tahun lepas, kalau buat mcm tu confirm perempuan tu dah 'takda'

mungkin taliban skrg ni, berbeza dgn taliban 20 tahun lepas...

hamid karzai pun rilek2 stay kt kabul, tak lari mcm pengecut si ashraf ghani....


Quote Itzy 18-8-2021 07:08 PM
white_musk: Mereka ini takut tinggal di tenpat sendiri, tetapi apabila tinggal di negara orang puteh maju, mereka ini juga lah yang sedaya upaya mengubah undang2  ...


ala orang putih pun apa kurangnya, ubah sana ubah sini 2x5{:handsome

Lihat semua komen(56)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-1-2023 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.087439 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top