CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Wanita Dipenjara 15 Bulan Tendang Alat Kelamin, Hina Amah Busuk

18-8-2021 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3331| Komen: 33

Description: Seorang wanita mendera pembantu rumahnya secara psikologi dan fizikal, memanggilnya ‘berbau busuk’ dan menendang alat kelaminnya, dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan dua minggu.
Seorang wanita mendera pembantu rumahnya secara psikologi dan fizikal, memanggilnya ‘berbau busuk’ dan menendang alat kelaminnya, dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan dua minggu.

Rosdiana Abdul Rahim, 33, juga diarahkan membayar pampasan S$2,500 kepada mangsa atau menjalani tambahan 11 hari hukuman penjara jika gagal berbuat demikian.


Berita Mediacorp melaporkan, hakim bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa perlindungan bagi pembantu rumah yang mudah terjejas adalah suatu hal kepentingan awam dan mereka perlu perlindungan khas di bawah undang-undang.


Gambar hiasan

Rosdiana sebelum ini didapati bersalah bagi enam tuduhan termasuk menghina kehormatan pembantunya, menggunakan kekerasan jenayah, menyebabkan kecederaan dan membuat ugutan jenayah.

Mangsa yang kini berusia 21 tahun datang ke Singapura dari Indonesia untuk bekerja pada September 2017.


Difahamkan, dia tidak diberi cuti atau dibayar gaji selama tiga bulan, malah dia tidak dibenarkan berehat pada siang hari dan selalu dipantau keluarga Rosdiana.

Tugasnya termasuk melakukan kerja rumah dan menjaga anak kembar majikannya di rumah ibu Rosdiana pada siang hari.

Sebulan selepas bekerja, mangsa disuruh menunjukkan bagaimana beliau mandi kerana Rosdiana mengadu pembantu rumah itu berbau busuk.

Rosdiana juga menarik tangan mangsa dan menolaknya ke dalam tandas, menyiram air dan meletakkan syampu di kepalanya.

Mangsa juga disuruh menukar pakaian di hadapan tingkap yang terbuka.

Tiga lagi kejadian penganiayaan terhadap mangsa berlaku pada Disember 2017.

Rosdiana melumur bedak bayi ke seluruh wajah pembantu rumah itu setelah memanggilnya buruk dan melarangnya menggunakan tuala di hotel apabila berasa sejuk.

Rosdiana juga mencubit buah dada mangsa di hadapan suaminya selain menendang alat kelamin pembantu rumah itu sebanyak dua kali.

Mangsa membuat laporan polis pada 12 Disember 2017.

Bagi kesalahan menghina kehormatan mangsa, Rosdiana boleh dipenjara hingga satu tahun, didenda, atau kedua-dua hukuman jika sabit kesalahan.

Dia juga boleh dipenjara hingga dua tahun, denda hingga S$5,000, atau kedua-duanya kerana sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pembantu rumah terbabit.

Hukuman itu boleh ditambah hingga satu setengah kali ganda kerana mangsa seorang pembantu rumah.

Atas kesalahan tidak memberi rehat yang mencukupi dan menganiaya pembantu rumahnya, Rosdiana boleh dihukum penjara sehingga setahun, didenda tidak lebih S$10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Sumber: Utusan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 18-8-2021 01:49 PM
Dimana sifat kasih sayang kita sesama manusia? Semoga dengan hukuman ini akan menjadikan saudari seorang insan yang lebih baik dari sekarang
Quote Fortiori02 18-8-2021 03:11 PM
Jahat majikannya ni. Harap kena hukuman berat.
Quote shernazz 18-8-2021 03:29 PM
Tengok sikit Rosdiana ni mcmana
Yang boleh cakap.orang lain buruk ni
Quote TOPwind 18-8-2021 03:36 PM
Singapork ni  bayak Boyan kira mcm org Asli asalnya
Quote supernaturalee 18-8-2021 03:39 PM
Tok laki nya jgn2 kena control

Langsung x mention psl die selain perati bini nya cubit nipple maid tu

Quote Scheherazade 18-8-2021 03:45 PM
Apa buruk sgt perangai dia ni?
Quote Artemesiaa 18-8-2021 03:52 PM
Bentul mental ke gila meroyan nak2 maid pun lagi muda darinya
Quote primarikey 18-8-2021 03:52 PM
Aku rasa rosdiana tu jeles ngn maid dia....muda kot 21 thn...dia dh 33...takut maid cantas laki dia la tu..tu yg dibulinye maid dia...biar maid dia nmpk buruk dpn laki dia
Quote star_karat 18-8-2021 03:56 PM
Ni jenis boyan klu datang malaysia kat rumah kampung nanti dia speaking
Quote TeropongThaico 18-8-2021 04:47 PM
primarikey replied at 18-8-2021 03:52 PM
Aku rasa rosdiana tu jeles ngn maid dia....muda kot 21 thn...dia dh 33...takut maid cantas laki dia  ...

Setuju. Gaya2 nya gitew. Ni org gaji tu harapnya xde masak utk dia sekeluarga kot x sendiri mau ingat aaa
Quote ciksaenara 18-8-2021 04:50 PM
Mental.      
Quote sukacactus 18-8-2021 05:10 PM
Takat baru jadi tuan bibik dah berlagak
Quote imanjannah 18-8-2021 05:16 PM
dah x suka, ko balikkan je la pada agensinya, knapa dibuat org tu begitu
Quote eizzlin 18-8-2021 05:24 PM
Dh google tgk muka rosdiana..muka maid dia tak jumpa
Quote namr 18-8-2021 05:49 PM
Jahatnya betina nih
Quote TeropongThaico 18-8-2021 05:52 PM
eizzlin replied at 18-8-2021 05:24 PM
Dh google tgk muka rosdiana..muka maid dia tak jumpa

Tempek ar sis
Quote Vinca 18-8-2021 06:01 PM
kenapala menyiksa
Quote nakkomenjugak 18-8-2021 09:56 PM
eh shiyal nyaaa ko!
kalau iol buat gitu kat ko, ko nak??
takde kee yendon buat solidariti untuk maid tu?
kalau malaya yang buat, haaa 7 hari 7 malam kecaman
Quote dani-rox 18-8-2021 10:26 PM
Rosdiana juga mencubit buah dada mangsa di hadapan suaminya selain menendang alat kelamin pembantu rumah itu sebanyak dua kali.

akak syak laki dia tgh duduk mengepit telur,
sambil berkata dlm hati,"better the maid than me."





The husband of a 32-year-old woman who is accused of forcing her domestic worker to shower in front of her and kicking the woman in the crotch, along with other forms of physical abuse, said that his wife is “naggy” and has a “bulldog face” but is not a violent person.

https://www.todayonline.com/singapore/husband-alleged-maid-abuser-tells-court-wife-has-bulldog-face-not-violent

mcm dah lama pendam jah stetmen heols

Lihat semua komen(33)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2023 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.137551 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top