CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Berazam Mahu Kembali Aktif Menyanyi

12-8-2021 02:16 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 17428| Komen: 174

Description: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 42, yang kini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa mengakui fokusnya kini lebih berat.
Sumber : Instagram CTDK



Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 42, yang kini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa mengakui fokusnya kini lebih berat.

Siti Nurhaliza atau mesra disapa Siti yang kini sudah 25 tahun melayari dunia seni berazam untuk kembali aktif dalam kerjaya seni, lapor Harian Metro. 

Berat badan Siti kini juga sudah turun sebanyak 20 kilogram selepas bersalin namun dia mensasarkan untuk mengurangkan sebanyak 10 kilogram lagi.

"Sekarang ini sasaran saya memang hendak kembali kepada bentuk badan ideal selepas melahirkan Afwa pada April lalu. Saya memang jenis susah turunkan berat badan, tapi alhamdulillah buat perlahan-lahan.


Sumber : Instagram CTDK


"Sebenarnya saya sasarkan untuk sekurang-kurang kembali kepada berat 60 kilogram. Saya berpijak pada bumi nyata, untuk buat mana yang termampu kerana tidak mungkin boleh capai kembali fizikal sewaktu anak dara dulu" katanya.

Menurutnya, selain untuk kesihatan, ia juga adalah untuk persediaan kembali aktif dalam kerjaya seni kelak.

"Persediaan ini sangat penting untuk saya kerana berazam kembali aktif dalam kerjaya seni kelak. Selain untuk kebaikan stamina, semestinya senaman yang dilakukan untuk tujuan kesihatan saya juga," kata penyanyi Aku Bidadari Syurgamu ini.

Dalam pada itu, Siti tetap menyimpan hasrat untuk merealisasikan konsertnya yang tergendala selepas pandemik Covid-19 melanda. Buat masa ini, dia akur dengan keadaan semasa dan perlu bersabar sahaja.

"Sebenarnya perancangan asal adalah melangsungkan konsert itu tahun lalu. Tapi nampaknya pandemik semakin berlarutan dan tunggu sajalah bila keadaan sudah mengizinkan nanti.

"Yang pasti, perancangan masih akan tetap dilaksanakan kelak. Bagilah peminat buat simpanan sekarang supaya kelak, mereka boleh membeli tiket. Apapun, saya akan umumkan juga pada waktu yang sesuai nanti." katanya.

Sumber : Instagram CTDK

Sempena 25 tahun dalam dunia seni, Siti juga tidak ketinggalan berhasrat menghadiahkan lagu istimewa untuk meraikan pencapaiannya itu.  

"Projek dirancang ini bakal membabitkan kerjasama saya bersama penyanyi dari Indonesia. Bagaimanapun, setakat ini kami menetapkan projek berkenaan akan direalisasikan paling awal tahun depan," katanya.

Sudah pastinya ramai yang ternanti-nanti buah tangan terbaharu penyanyi kesayangan ramai ini. Agak-agaknya siapalah penyanyi Indonesia yang akan berduet dengan Siti untuk single terbaharu itu? - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 12-8-2021 02:31 AM
syegak sentiasa
Quote BungaTepiMeja 12-8-2021 02:33 AM
tapi bila masa dia berhenti menyanyi pulak. rasanya tiap tahun ada je kan lagu baru dia kan... yg 7 hari mencintaimu 2 baru lagi.. ke apa ni, tapaham
Quote farhanah_fnd 12-8-2021 02:35 AM
Wow banyak betul turun 20kg..penyanyi seberang tu rossa ke eh..tp ramai je yg biasa duet dgn dia..tunggu jelah nanti..
Quote rokarina 12-8-2021 02:51 AM
farhanah_fnd replied at 12-8-2021 02:35 AM
Wow banyak betul turun 20kg..penyanyi seberang tu rossa ke eh..tp ramai je yg biasa duet dgn dia..tu ...

tak kan dengan rossa or krisdayanti or afghan lagi kan..


harap kali ni tokti colab with dj gagak or dj opus ke pulak buat lagu remix untuk tiktok. sure meletop lah   



contoh. tengok viewnya berapa. 30 juta ok

[youtube]7Yl-yqw202o[/youtube]
Quote Kurex 12-8-2021 04:09 AM
Menguappppppp
Quote Burong_Hantuk 12-8-2021 05:15 AM
Ewww.....next
Quote fazamania 12-8-2021 06:03 AM
Suka throwback tokti dkt utube masa zaman muda. Mmg slim sangat. Lepas kahwin, kalau x jaga berat badan..jadi mcm arwah sharipah aini la ko tokti..muahahaha
Quote krustykrab 12-8-2021 06:05 AM
fazamania replied at 12-8-2021 06:03 AM
Suka throwback tokti dkt utube masa zaman muda. Mmg slim sangat. Lepas kahwin, kalau x jaga berat ba ...

Muka pun dah mcm kuih pau dgn takde giginya
Quote Cleocatra 12-8-2021 06:57 AM
Try la buat coolsculpting macam queen e tu
Dah tahu body jenis susah nak turun kg
Dah la jenis gen gems
Quote Acikgomen 12-8-2021 07:20 AM
Peminat simpan duit nak beli ticket pi tgk konsert dia
Dlm keadaan org nak makan pun takde duit nak beli beras, dan ka depa nak simpan sari singgit tunggu nak beli ticket konsert heshe
Quote tikusmontok 12-8-2021 07:27 AM
Ingatkan semakin insaf, rupa2nya....huhu
Quote bluebutter 12-8-2021 07:52 AM
tikusmontok replied at 12-8-2021 07:27 AM
Ingatkan semakin insaf, rupa2nya....huhu

kan. sora dah lah makin besar. tak best tol dgr lagu baru dia kat radio.dah lah radio biased. putarkan lagu dia je.
Quote sayawifenikmie 12-8-2021 07:55 AM
Edited by sayawifenikmie at 12-8-2021 08:13 AM
Acikgomen replied at 12-8-2021 07:20 AM
Peminat simpan duit nak beli ticket pi tgk konsert dia
Dlm keadaan org nak makan pun takde  ...

.... saya baca pun .. macam .. eh seriously ?

hmmm
Quote tikusmontok 12-8-2021 08:06 AM
sayawifenikmie replied at 12-8-2021 07:55 AM
.... saya bacapaun .. macam .. eh seriously ?

hmmm

Itulah...dah lama tak golek2 dpn orang..ingat ka dah insaf taknak buat perkara lagho...ka tok misai suruh nyanyi balik psl gudang beras dah menyusut?
Quote bluecrystal 12-8-2021 08:09 AM
tak berapa aktif pun takpe..keluar lagu sesekali pun ok janji lagunya sedap..ni lagu masya masyitah pun lagi sedap cene..agak tokti tanak dah nyanyi lagu2 putus cinta ek
Quote tikusmontok 12-8-2021 08:09 AM
bluebutter replied at 12-8-2021 07:52 AM
kan. sora dah lah makin besar. tak best tol dgr lagu baru dia kat radio.dah lah radio biased. puta ...

Ada ka lagu baru dia? Sib baik tak dgr..masa suara belum besar pun mmg tak minat dgr dia  
Quote teen_angelJB 12-8-2021 08:13 AM
Kemain Azam..
Ingt nk berazam tingalkn dunia kejar akhirat
#donekecam
Quote AmandaRollins 12-8-2021 08:23 AM
Sian dia ni...patut skrg dah aman2 rehat kt rumah jaga anak2...bagi laluan untuk bakat baru yg lain...
Quote Nham22 12-8-2021 08:34 AM
Die ade gym kat rumah kan.. Iolss. Kalau kaya mcm tok t ni.. Upah personal trainer tuk pilates... Weight.. Cardio.... Pastu upah personal cheff sediakan healty food... Upah itu ini... Hahahaha.. Slimming center lg... 6 bulan saja boleh tgk result.. Tp tulahhhhhh die menyusu anak kecik die.......mesti nak menetek jaa baby tuuu.. Bergayut..hahaha...

Lihat semua komen(174)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.177664 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top