CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Shuib Imbau Kenangan Mandikan Dan Urut Arwah Siti Sarah Selama 3 Bulan Setiap Hari

11-8-2021 05:37 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 18719| Komen: 244

Description: Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmita Muhamad yang baru kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin berkongsi kisah kenangan selama 11 tahun hidup bersama isterinya.


Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad yang baru kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin berkongsi kisah kenangan selama 11 tahun hidup bersama isterinya.

Menurut Shuib, tiga bulan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan momen indah buat dirinya kerana diberi kesempatan berkasih sayang dengan isterinya sebelum dijemput Ilahi.

Perkara paling dikenang adalah sikap manja arwah isterinya dimana dia memandikan Sarah setiap hari apatah lagi arwah sedang hamil ketika itu.

"Allahukabar masa tiga bulan PKP tak keluar bekerja, saya ada kerja sendiri iaitu mandikan Sarah setiap hari. Dia kan tengah hamil anak kami waktu itu.

"Kalau ditanya kenapa belum mandi, dia akan cakap sebab saya belum mandikan. Bayangkan setiap hari saya mandikan dia dan baru saya tahu kenapa perempuan mandi lama. Sabun lain, scrub lain, Allahuakbar," katanya.


Kata Shuib lagi, dia meluahkan rasa syukur kerana sepanjang tiga bulan itu mereka banyak melakukan aktiviti bersama dan sangat bahagia.

"Alhamdulillah 11 tahun dia pinjamkan, saya sangat bahagia, masa PKP tu 3 bulan kami bersama, lakukan semua aktiviti semua bersama sama, Allahuakbar," katanya.

Berkongsikan perkara itu ketika sesi badaan Yasin melalui aplikasi Zoom, Shuib berkongsikan selain memandikan isterinya dia turut menjadi tukang urut bidadarinya itu.

"Kena urut dia sampai dua jam. Dua jam okay. Nasib baik sambil urut saya boleh layan tengok Netflix," katanya.


Pengakuannya itu membuatkan rakan-rakan artis dan semua yang berada dalam seisi bacaan Yassin melalui aplikasi Zoom malam tadi ikut tersenyum.

Salah seorang sahabat Shuib, Fad Bocey ikut berseloroh sebagai respon kisah yang dikongsikan oleh Shuib.

"Nampaknya lepas ini aku kena mandikan isteri pula setiap hari," seloroh Fad.

Pelakon Sharnaaz Ahmad yang berada dalam sesi bacaan Yassin turut sama berseloroh.

"Nampaknya aku sajalah tak ada isteri nak mandikan," katanya disambut tawa Shuib dan seramai 600 tetamu yang lain.

Seisi bacaan Yassin itu berlangsung selama sejam turut dihadiri rakan selebriti seperti Mark Adam, Nabil Ahmad, Zulhuzaimy, Hafiz Shahrin dan ramai lagi.

Semoga perkongsian Shuib dapat dijadikan contoh untuk kita semua yang sudah berumah tangga, yang mana hargai dan ambil lah peluang berkasih sayang dengan pasangan kita selama mana masih diberi peluang hidup bersama. - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 11-8-2021 05:46 PM
TT, x perlu la kot byk sgt thread arwah ni.
Ulang2 kisah itu jgk perginye nnt.
Sat lg reply pun sama
Quote aduh2sayang 11-8-2021 05:47 PM
ya Allah sedihnya tengok  video.. i feel you Shuib..mesti rasa numb sangat masa ni. tabah ya
Quote Normabaru 11-8-2021 05:51 PM
jgn lg 3bln ko nikah udahler ye soeb. Byk da kes drama swasta cmni tgk2 bln depan dah dpt pengganti. hahaha
Quote watatakut 11-8-2021 05:52 PM
yg dah kahwin tu korang pernah tak mandi sama? mesti best kan.. kalau tak pernah rugi ler
Quote sikatkutu 11-8-2021 05:58 PM
Normabaru replied at 11-8-2021 05:51 PM
jgn lg 3bln ko nikah udahler ye soeb. Byk da kes drama swasta cmni tgk2 bln depan dah dpt pengganti. ...


kalau ya pesalahnya pun.. perit sangat tau rindu orang yg dah tak ada. kadang yg kahwin lagi tu bukan sebab apa, nak kurangkan sakit rindu yg tak berkesudahan..







Quote Nana_Man 11-8-2021 05:59 PM
100 hari sebelum kematian... mgkn tu tanda yg sarah tunjuk.
Quote bebba 11-8-2021 06:02 PM
Normabaru replied at 11-8-2021 05:51 PM
jgn lg 3bln ko nikah udahler ye soeb. Byk da kes drama swasta cmni tgk2 bln depan dah dpt pengganti. ...

Kaka terlalu jujur
Quote Normabaru 11-8-2021 06:03 PM
sikatkutu replied at 11-8-2021 05:58 PM
kalau ya pesalahnya pun.. perit sangat tau rindu orang yg dah tak ada. kadang yg kahwin lagi tu  ...

Xckp pon salah

Yg ko plak tersentap ni dah kenapa sikat? Nama comel tp triggered ..  Hahaa
Quote miss_perfect 11-8-2021 06:03 PM
Kenangan tu kan untuk dia... dah kenapa nak kongsi dengan public yg tak ada kaitan...
Macam byk sgt la pulak benda nak dicontentkan.
Apa kata berehat dulu drpd socmed?
Quote Normabaru 11-8-2021 06:04 PM
bebba replied at 11-8-2021 06:02 PM
Kaka terlalu jujur

kejujuran pon kena kecammm.. haih. nasib badann dik
Quote Ayda89 11-8-2021 06:06 PM
Best yer mandi sama2 ahaha. Semoga tabah la ye shuib bila memori kembali menggamit setiap aktiviti yg pernah dilakukan bersama
Quote nolya 11-8-2021 06:07 PM
Edited by nolya at 11-8-2021 06:08 PM

Astagfiirullahal azeem   (baca3X ye).  Saya ingin sampaikan ucapan takziah kpd Suib, anak2 dn keluarga atas pemergian Siti Sarah.  Tentunya semasa hayat arwah banyak kenangan manis yg terpahat dlm diari kehidupan Shuib bersama.

Saat ini Shuib dlm tempoh perkabungan.  Saya yakin Shuib setiap waktu yg terluang tak akan terlepas ingatan dn kerinduan kpd arwah yg tiada di sisi.  Segala kenangan manis/romantis Shuib berdua, untuk ketika ini, jgnlah dulu diwar2kan untuk dicerita kpd ramai.  Simpan  dulu shnga 100 hari kematian.  Baru kemudian nanti Shuib boleh buka cerita,  "Bidadariku Dlm Kenangan".  Sementara ini, apa kata kalau Shuib tuliskan satu memoir peribadi dlm sebuah diari yg di kemudian hari  kelak  jadi naskhah  untuk anak2  baca apb mereka dewasa kelak.  Tapi jgn selalu dihebohkan kpd ramai.  
Untuk seketika, masih meniga hari,  orang ramai turut berdukacita dgn pemergian SS tetapi jgn pula terbit rasa muak dgn cara Shuib  mengolah takdir  tidak  dgn sewajarnya.  Batasi diri apa yg molek dikongsikan atau dikivkan dulu.  
Al-Fatihah saya kpd arwah SSarah.
Quote JunkMail 11-8-2021 06:08 PM
So setiap berita kena bukak thread ke apa?
Quote surfin_net82 11-8-2021 06:09 PM
Bila timbul cerita mcam ni... Bila tgk nak bgtau kematian kat anak2 pun record..secara xlangsung dia sendiri yg cabuli privacy keluarga sendiri. Just my personal opinion.
Quote tikusmontok 11-8-2021 06:22 PM
Citer dlm kain tak payah la dijaja umum..jagalah aib aruah
Quote Incanto 11-8-2021 06:34 PM
tikusmontok replied at 11-8-2021 06:22 PM
Citer dlm kain tak payah la dijaja umum..jagalah aib aruah

betul.....jagalah aib bidadari tu

censor sikit apa yg org luar tak perlu tahu

Quote Nizleen86 11-8-2021 06:49 PM
Ye aku setuju bab2 ni simpan sendiri lah kenangan tu..tak elok pulak untuk orang lain tau.
Quote matjerk 11-8-2021 07:02 PM
surfin_net82 replied at 11-8-2021 06:09 PM
Bila timbul cerita mcam ni... Bila tgk nak bgtau kematian kat anak2 pun record..secara xlangsung dia ...

Masa dia buat live yg 500k org tgk tu.. dia cerita.. dia balik rumah.. terrus naik atas... pastu mentua dia panggil suruh turun explain kat anak2...
Masa tu aku mcm ooo bagus lah..dia x rekod pun part nak explain kat anak tu.. sbb knowing him dari dulu.. dia suka record..
Tup2 semalam ada up kat ig ss... ooo dia rekod jugak... mcm awakward pulak.. sbb mcm dia nak ia direkodkan utk dikongsikan kpd umum.
Buktinya.. masa ada budak kecik pakai pampers (maybe anaknsedara kot) enterprame masuk scene.. dia halau suruh pegi... sbb nak bg nampak anak2 dia je..so terus nampak x best..
Quote Burong_Hantuk 11-8-2021 07:07 PM
Normabaru replied at 11-8-2021 05:51 PM
jgn lg 3bln ko nikah udahler ye soeb. Byk da kes drama swasta cmni tgk2 bln depan dah dpt pengganti. ...

Win....

Lihat semua komen(244)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-1-2022 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.066155 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top