CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Api Dimana-Mana- Kebakaran Hutan Di Greece Dahsyat, Macam Dalam Filem Seram

9-8-2021 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1447| Komen: 6

Description: PEFKI, Greece: Ribuan penduduk meninggalkan pulau Evia ketika kebakaran hutan yang kini masuk hari keenam terus merebak dan sukar dikawal.
PEFKI, Greece: Ribuan penduduk meninggalkan pulau Evia ketika kebakaran hutan yang kini masuk hari keenam terus merebak dan sukar dikawal.

Kebakaran hutan di Evia yang merupakan pulau kedua terbesar di Greece merebak dengan cepat dan memusnahkan ribuan hektar kawasan.


Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Mina memberitahu, keadaan ketika ini sama seperti dalam ‘filem seram’.

Foto: reuters

“Apa yang berbeza adalah, keadaan ketika ini adalah benar-benar berlaku dan amat menakutkan,” katanya selepas menaiki feri untuk dibawa keluar dari Evia.

Sejak Selasa minggu lalu, pasukan kecemasan memindahkan lebih 2,000 penduduk, termasuk warga emas dari pelbagai kawasan di Evia yang dihubungkan dengan daratan menerusi jambatan.


Ada juga penduduk yang melarikan diri dengan berjalan kaki semalaman.

“Api di mana-mana sehingga kami tidak nampak apa di depan kami,” kata seorang lagi penduduk. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 9-8-2021 12:19 PM
aku ada tgk footage video ummah dlm feri ni tinggalkan area tu
mmg scary..api kemain marak
dh la.dlm feri tu ada vehicles skali
Quote Whitepinkrider 9-8-2021 01:00 PM
takutnya kalau bab bab api ni..
Quote makiting 9-8-2021 01:13 PM
Mengeri kan.. mcm2 berlaku skrg ni
Quote ninja boy 9-8-2021 01:33 PM
Kalau tgk view from satellite asap sana sini
Quote nakkomenjugak 9-8-2021 02:22 PM
Ya Allah
Sangat menakutkan
Udara jadik racun
Dunia makin panas
Quote adeqbun 9-8-2021 03:53 PM
teringat filem true story tajuk only the brave

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.067132 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top