CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kecoh Fenomena Langit Terbelah, Petanda Musibah Bakal Tiba

9-8-2021 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1512| Komen: 7

Description: JAKARTA -Satu fenomena mirip langit terbelah di Pacitan, Jawa Timur menjadi tular di media sosial baru-baru ini, lapor laman Suara.com kelmarin.
JAKARTA -Satu fenomena mirip langit terbelah di Pacitan, Jawa Timur menjadi tular di media sosial baru-baru ini, lapor laman Suara.com kelmarin.

Ketua Bidang Mitigasi Gempa Bumi dan Tsunami Badan Metereologi dan Geofizik (BMKG), Daryono berkata terdapat dua kemungkinan yang menyebabkan fenomena itu berlaku.

“Terdapat awan unik berbentuk lurus di Pacitan dalam sebuah video YouTube dan terdapat dua sebab yang memunungkinkan perkara itu terjadi,” katanya.

Kredit foto: Youtube

Pertama, ia merupakan fenomena awan gulung dan pernah berlaku di beberapa kawasan.

Awan gulung berlaku apabila ada pertemuan antara udara dan kelembapan wap air yang berbeza dan dipengaruhi oleh tiupan angin yang terbentuk di bahagian garisan hadapan jisim udara dengan kandungan wap air yang berbeza. 


Kemungkinan kedua pula ialah apabila awan itu terbentuk akibat jet udara yang kebiasaannya mempunyai diameter yang kecil dan garisan awan menjadi lebih jelas berbanding warna langit .

Ia lazimnya berlaku untuk tempoh yang singkat dan hilang dalam tempoh satu minit serta mempunyai bentuk seperti awan sirus. 

“Yang pasti, awan itu merupakan satu fenomena biasa dan bukannya petanda akan terjadi musibah seperti bencana besar,” jelasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 9-8-2021 10:19 AM
Indon. Ok next.
Quote Tinot7 9-8-2021 10:20 AM
Gambaq awan jahh kot.. kalau amik gambaq awan, bubuh kat bod hobi bawah fotografi ke mana tah, dpt juga tacang...
Quote mclaren 9-8-2021 10:21 AM
Wah terpilih sangat. Semua pik2 jadi kat negara Friska je nampaknya.

Quote domestobot 9-8-2021 10:27 AM
hari tu matahari terbit dari utara kat Indonesia. tak jugak kiamat2
Quote gigahertz 9-8-2021 10:38 AM
domestobot: hari tu matahari terbit dari utara kat Indonesia. tak jugak kiamat2

Sesuatu akan berlaku tahun ni
Alam dah mula berkomunikasi antara satu sama lain
Quote Kurex 9-8-2021 10:39 AM
Aishhhh mcm2 leluhur ni
Quote nakkomenjugak 9-8-2021 10:53 AM
sangat cantik!
kita pernah ke ada fenomena awan macam ni?

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-1-2022 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.099180 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top