CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Saya Dapat Rasakan Ada Gangguan Lain Pada Siti Sarah," Datuk Fadzilah Kamsah Saran Buka Ayat Ruqyah

9-8-2021 01:41 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 24094| Komen: 185

Description: Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 37, yang positif Covid-19 masih tidak sedarkan diri sejak ditidurkan petang Jumaat lalu untuk menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya.


Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 37, yang positif Covid-19 masih tidak sedarkan diri sejak ditidurkan petang Jumaat lalu untuk menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya.

Terbaru, Pakar motivasi, Datuk Dr Mohd. Fadzilah Kamsah memberitahu beliau dapat merasakan ada "gangguan lain" yang sedang mengganggu Siti Sarah yang kini masih dirawat dan dalam keadaan koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Jesteru, beliau menyarankan agar suami selebriti berkenaan, Shuib Sepahtu agar mendapatkan kebenaran pihak hospital bagi memasang bacaan ruqyah buat isterinya, lapor Kosmo.

"Saya sarankan kepada Shuib, minta kebenaran daripada pihak hospital untuk membuka bacaan ayat-ayat Ruqyah di katil Siti Sarah. Sebab saya dapat rasakan ada gangguan lain pada dia. Gangguan tersebut agak mengganggu dia," ujarnya selepas sesi bacaan Yassin buat selebriti tersebut.


Beliau juga mencadangkan rawatan menggunakan Asmaul Husna serta bacaan al-Fatihah bagi mendoakan Siti Sarah.

"Kaedah merawat selain ubat dan teknologi moden adalah Asma al-Husna. Itu adalah terapi untuk semua jenis gangguan.

"Selain itu saya minta semua orang yang ada di sini, tengok gambar Siti Sarah dan bacakan al-Fatihah. Boleh juga baca apa sahaja doa.

"Kemudian hembuskan kepada gambarnya. Dengan niat supaya Allah sembuhkan dia. Mana tahu dalam lebih 1,000 orang yang berbuat demikian, ada seseorang yang Allah angkat doanya," jelasnya lagi.



Dalam perkembangan terkini juga, Shuib memaklumkan keadaan isterinya, Siti Sarah adalah pada tahap sangat tidak baik ketika ini kerana tahap oksigen isterinya menurun sehingga ke paras 40.

Perkara itu dikongsi Shuib sebelum majlis bacaan Yassin dan doa selamat yang dihadiri hampir 1,000 ahli keluarga, rakan dan dan peminat untuk Siti Sarah secara virtual dimulakan, malam tadi.

Sama-sama kita doakan kesembuhan buat Siti Sarah. Semoga beliau diberi kekuatan, dihilangkan kesakitan dan kembali sedar. - CARI



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lililisa 9-8-2021 01:55 AM
Allahu..meremang plak baca ni di jam ini…smg dipermudahkan buat Siti Sarah..smg cpt sembuh..hrp shuib ikhtiar ikut jgk la saranan dfk nih..
Quote mohabbatein 9-8-2021 01:55 AM

rasa sebak pulak walaupun tak kenal siti sarah in real life. dengan baby baru lahir lagi  

boleh cuba ikhtiar cara ruqyah tu..siapa tahu jadi asbab kesembuhan dia... covid ni ada yang kata memang asalnya sihir moden.jadi memang libatkan gangguan jin juga...baca kat mana ntah hari tu. tapi dalam keadaan sekarang org malas nak fikir dah asal usul virus sb semua tak ada bukti
Quote KIM.K 9-8-2021 02:05 AM
Edited by KIM.K at 9-8-2021 02:13 AM

Tak sesuai ngajor tiup2 gambar. Satgi ada komen nabi tak ajor
Quote Illayana 9-8-2021 02:10 AM
Semoga Allah berikan kesembuhan kpd Siti Sarah Raisuddin.
Quote nakkomenjugak 9-8-2021 02:14 AM
Moga cepat sembuh Sarah
Quote koondoor 9-8-2021 02:22 AM
Ikut rasa binasa.
Quote jajahoney 9-8-2021 02:33 AM
mohabbatein replied at 9-8-2021 01:55 AM
rasa sebak pulak walaupun tak kenal siti sarah in real life. dengan baby baru lahir lagi  

b ...


kan! tiber rasa sebak gak. tolongla beri kesembuhan pada siti sarah dan semua orang yg tgh bertarung nyawa lawan covid ketika ni ya Allah.. dpt bayangkan bertapa susahnya hati orang tersayang kat rumah mengharapkan berita baik

tadi petang baru PM umum boleh rentas daerah untuk negeri fasa 2 ke atas..jaga diri korang.jangan teruja sangat....jaga sop masing2. kes masih tinggi ni










Quote gigahertz 9-8-2021 02:42 AM
Lililisa replied at 8-8-2021 05:55 PM
Allahu..meremang plak baca ni di jam ini…smg dipermudahkan buat Siti Sarah..smg cpt sembuh..hrp shu ...

I Sebenarnya tak suka siti sarah ni . masa dia mula2 dia buat album kesetiaan sama batch dengan Dayang Nurfaizah , Misha Omar ok je....

semenjak dia kahwin perangai dia agak over sikit.

pastu dia macam operate hidung kan .
semenjak tu kejap2 kat fb ada kes. kalau tak dia laki dia. dua dua sama naik.

Dulu masa bisnes Bumblebee laki dia wujud hari hari wall cerita pasal dua orang ni.
Quote annadonna 9-8-2021 04:33 AM
gigahertz replied at 9-8-2021 02:42 AM
I Sebenarnya tak suka siti sarah ni . masa dia mula2 dia buat album kesetiaan sama batch dengan Da ...

Dah lah you org tengah bertarung nyawa jgn sebut sebut gitu. You pun tak kenal dia peribadi setakat judge dari luaran tu very the netizen punya lagak. Doakan yg baik baik. Dia kritikal dah tu.
Quote laradelara 9-8-2021 05:23 AM
Semoga siti sarah kembali sihat & diberi kesembuhan yg cpt


Quote None68 9-8-2021 05:25 AM
Kita doa yg baik2 aje utk siti sarah dan semua yg lain jugak, sedih mengenangkan.
Quote sfrnna 9-8-2021 05:26 AM
Bila ada selebriti popular yg kena covid kategori kritikal ni kan Meols nampak macam ada bg kesedaran sikit kat kita. Meols skrg rasa anxiety plak nak keluar rumah. Nak tekan lift no. Meols doakan Sarah sembuh. Boleh la cerita pengalaman.
Quote acik79 9-8-2021 06:08 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun…. Al-fatihah buat Siti Sarah yg telah pergi meninggalkan kita sebentar tadi…. Semoga rohnya dicucuri rahmat….
Quote epis 9-8-2021 06:09 AM
Siti Sarah dah xde al-fatihah
Quote spankee_fili 9-8-2021 06:18 AM
Innalillah.. semoga shuib diberi kekuatan, anak kecik2 lagi tu
Quote Nham22 9-8-2021 06:21 AM
Semoga sape2x yang mengandung please... Please... Please la jaga SOP... Kurang2xkan contact dgn org luar... Kurangkan2xlah keluarr.... Terokk jua kalau pregnant kene covid.. Impact die....
Quote funz_universe 9-8-2021 06:26 AM
Al-Fatihah pada Siti Sarah.

Waktu tak sedar, semangat mesti kuat.
Kita pun tak tahu apa dalam fikiran arwah sebelum sakit & masa sakit. Mungkin banyak benda yang ganggu fikiran arwah pasal keluarga dia sampai arwah rasa tak larat nak hadapi. Tambah pula tengah pregnant.

Allah bagi dia ketenangan abadi. Insya Allah.
Quote ayorsuam 9-8-2021 06:26 AM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Salam takziah untuk Soeb & family...
Quote makadek 9-8-2021 06:27 AM
Aku tk rasa pn gangguan2 ni
Benda dh sakit hmmm

Lihat semua komen(185)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2021 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.095652 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top