CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tak Payah Pergi Pusat Tuisyen, Mk K-Clique Cemburu Dengan Pelajar Sekarang

8-8-2021 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1336| Komen: 15

Description: Ahli kumpulan K-Clique, MK menyifatkan pelajar zaman sekarang cukup beruntung kerana terdapat pelbagai kaedah untuk menimba ilmu lebih-lebih lagi dalam keadaan serba mencabar kini.
Ahli kumpulan K-Clique, MK menyifatkan pelajar zaman sekarang cukup beruntung kerana terdapat pelbagai kaedah untuk menimba ilmu lebih-lebih lagi dalam keadaan serba mencabar kini.


MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25, berkata, dia cukup cemburu kepada pelajar sekarang yang nikmat bakal diraih pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi pembangunan pelbagai aplikasi pembelajaran.


Foto: IG

"Pelajar SPM zaman sekarang boleh saya katakan cukup beruntung kerana kehadiran aplikasi pembelajaran khas ini menjadi medium terbaik untuk memudahkan proses mencari dan menambah ilmu.

"Tambah pula dalam keadaan di mana kita sedang membiasakan corak menuntut ilmu atas talian secara total kerana situasi semasa pandemik COVID-19 sejak tahun lalu.


"Bagi saya juga, corak pembelajaran dulu dan sekarang pasti ada beza. Kita sentiasa bergerak mengikut perubahan zaman dan arus semasa. Jujur memang saya sedikit mencemburui pelajar SPM saat ini kerana mereka boleh belajar dan mengakses ilmu bila-bila masa dan di mana saja dengan aplikasi ini," katanya selaku duta pusat tuisyen PTTI.



Aplikasi tersebut dilancarkan oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman di studio Hitman Group, Shah Alam pada Sabtu.

Selain MK, artis popular seperti Zizan Razak, Nabila Razali, Iman Troye dan Tya Arifin turut hadir memeriahkan majlis secara virtual.

MK yang pernah mendapat keputusan cemerlang 5A dan 3B dalam SPM 2013 memuji usaha PTTI dengan menghadirkan aplikasi berkenaan.



"Apa yang saya lihat dan boleh rumuskan aplikasi pembelajaran khas atas talian ini sangat ke depan. Ia seiring dengan norma baharu kita lalui sekarang di era pandemik.

"Saya yakin aplikasi ini akan jadi sesuatu yang sangat membantu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.



"Dengan ciri antara muka pengguna yang menari serta 'mesra' ia mampu menarik minat pelajar untuk memahami input yang dikongsi. Guru di PTTI juga boleh mengajar dengan interaktif sekali gus memudahkan proses penerimaan ilmu untuk pelajar," katanya.

Menerusi pelancaran aplikasi itu juga pelajar SPM boleh melayari aplikasi www.MampuSkorSPM.com untuk memuat naiknya secara percuma. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 8-8-2021 01:29 PM
Aplikasi tersebut dilancarkan oleh mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman di studio Hitman Group, Shah Alam pada Sabtu.


Hmmmm. Allergic pulak aku dengan nama ni
Quote nakkomenjugak 8-8-2021 01:33 PM
kheeennnnzzzzz
sekarang dah banyak kemudahan
cuma tinggal klik2 jahh di rumah sendiri
untuk self study
tapi untuk sementara waktu je dah kobid2 gini

teringat dulu tuisyen memalam dapat beli burger kat hujung kedai
Quote midori_katana 8-8-2021 01:41 PM
Sebagai ibu yg selalu hantar , tunggu dan ambil anak dari tuisyen , iols mmg seronok juga la sbb tak payah buat dah xtvt tu.. anak iols pun bila tanya , dia cakap dia ok ja.. lebih flexible cuma kadang2 teringin nak jumpa kawan2, belajar bersemuka dan singgah kedai bila habis tuisyen.
Quote Rockafella 8-8-2021 01:53 PM
Kemudahan sekarang agak mencukupi. Cuma kasihan kepada golongan yang tidak berkemampuan.
Quote najib888 8-8-2021 02:08 PM
Lagi mudah sesuatu benda, lagi malas seseorang manusia tu..yg melalui zaman susah je yg tau bersyukur..
Budak2 la.. tgk YouTube video  loading lambat 10 saat pun dah mengeluh..depa tak tau sengsara kita dgn modem dial-up 5353, speed 54kbps. siang2 kena curi2 dial in utk online takut mak bising kalau org tepon umah tak masuk..
Quote ketupatnasi 8-8-2021 02:54 PM
Dgn Zizang Semang kompom Phd pun boleh online guna apps jahhh
Quote mamasaffiya 8-8-2021 02:58 PM
Untung tu memang lah.
Anak akak yg sulung calon SPM 2021.
Siang pdpr online smpai ptg.
Malam pulak tuisyen online.
Kdg2 Sabtu cikgu sekolah buat extra kelas tambahan. Sabtu pun sekolah kdg2 buat ceramah motivasi semua.
Kadang anak pun merungut nak juga pegi sekolah, jumpa kawan2.

Rasa anak beruntung sebab ada kemudahan. Kesian pada anak2 yg tidak berkemampuan. Macam mana keadaan dorang belajar.

Quote anony-mous 8-8-2021 03:04 PM
Jarang i tgk budak2 pndai pegi tuisyen. Sekolah i dlu too 10-20
Rasanya semua xtuisyen
Quote tunangku 8-8-2021 03:05 PM
najib888 replied at 8-8-2021 02:08 PM
Lagi mudah sesuatu benda, lagi malas seseorang manusia tu..yg melalui zaman susah je yg tau bersyuku ...

teringat og bil nak dekat 1000 mak kena bayar
gara gara main dial up 1515 ke apa nombor internet tu
huhu
Quote ellejo 8-8-2021 03:27 PM
sekarang online tutor pun baru 150 utk 4 jam sebulan.
Quote salmon-suki 8-8-2021 06:08 PM
Jijan semang dapat title Datuk wira??? R u freaking serious??
Quote ketupatnasi 8-8-2021 06:15 PM
tunangku replied at 8-8-2021 03:05 PM
teringat og bil nak dekat 1000 mak kena bayar
gara gara main dial up 1515 ke apa nombor internet  ...

Zaman ni iols baru kije. Kan mahen bunyik mendail jaring tu jiran sebelah pun bole dgr. Hse mate siap caj lagik yg antu chatting.
Quote tunangku 8-8-2021 10:59 PM
ketupatnasi replied at 8-8-2021 06:15 PM
Zaman ni iols baru kije. Kan mahen bunyik mendail jaring tu jiran sebelah pun bole dgr. Hse mate s ...

haha kan
bising je
paling stress connect byk kali tak dapat2
Quote haruslah 8-8-2021 11:21 PM
MK pun dah pandai live dgn TBH
So atlet dan artis saling memerlukan skrg ni
Quote merrissa 9-8-2021 05:04 AM
Apesal aku p baca www.mampus

Lihat semua komen(15)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.081211 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top