CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

“Saya Buat Benda Ni Bukan Sebab Saya Dah Mula Mengaji, Masuk Kelas Agama,"-Nabila Huda

8-8-2021 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2944| Komen: 16

Description: Pelakon dan pengacara, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil memberitahu ada segelintir peminatnya yang sering bertanya bagaimana menangani tekanan masalah hidup kepada dirinya.
Pelakon dan pengacara, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil memberitahu ada segelintir peminatnya yang sering bertanya bagaimana menangani tekanan masalah hidup kepada dirinya.


Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram baru-baru ini, ibu kepada seorang cahaya mata itu menyarankan, kepada sesiapa yang sedang berdepan situasi demikian agar menzahirkan rasa syukur dalam diri.


Foto: IG

“Pertama sekali saya akan pejam mata kemudian tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan.

“Selepas itu saya akan senyum seikhlas hati dan apabila saya senyum tu saya akan cakap dalam hati Ya Allah tuhanku, terima kasih atas nikmat yang kau beri padaku, aku bersyukur sangat-sangat Ya Allah terima kasihlah.


“Tapi jangan lupa senyum tau. Pada saya, bila kita senyum dan ketawa dia akan hilangkan semua masalah dalam hidup kita. Walaupun masalah itu tidak selesai lagi tapi bagi saya masalah itu akan selesai.

“Bila atau bagaimana kita tak tahu tapi ia akan selesai. Apa yang penting adalah sekarang, tak akan kita nak murung sepanjang masa jadi cuba praktikan benda itu dan car aini berkesan, percayalah apa yang saya cakap ni,” katanya.



Dalam pada itu, hos rancangan Melodi ini memberitahu, langkah tersebut dipraktikkan dirinya sejak sekian lama.

Malah, bintang berusia 36 tahun ini turut mengakui adakalanya dia berasa tertekan dengan setiap masalah hidup yang pernah dihadapinya sebelum ini.

Namun, dia tidak pernah berasa benci dengan setiap masalah yang pernah dihadapinya selain menyifatkan itu sebagai satu proses menjadi dirinya lebih matang.



“Saya buat benda ni bukan sebab saya dah mula mengaji, masuk kelas agama dan sebagainya tapi dari dulu saya memang selalu buat benda ni. Pada saya, bila saya pejamkan mata saya rasa itu adalah masa untuk diri saya dengan Allah.

“Setiap orang ada masalah cuma masalah yang datang pada setiap orang itu berbeza, masing-masing ada bahagian masing-masing. Saya sudah lalui pelbagai masalah dalam hidup, kalau saya ingatkan balik ia merupakan satu kenangan untuk diri saya.

“Saya tak pernah benci masalah yang pernah berlaku dalam hidup saya sebab saya ambil benda ni sebagai untuk mematangkan diri saya. Jadi saya sentiasa bersyukur setiap masa dan hidup ini terlalu singkat jadi jangan terlalu banyak berfikirnya,” katanya lagi. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 8-8-2021 02:46 PM
Alhamdulillah. Tahniah Abil sbb amik pendekatan yg betul dgn mendekatkan diri dgn Allah. Pedulikan kata2 org especially netizen yg tak abis2 prejudis kat org yg nk belajar agama. It’s never too late for anyone selagi nyawa belum ditarik Izrail. Yg aku tak phm, ada org Islam (ntah masin Islam? Hanya Allah tau) yg sibuk belajar ilmu transcedantal meditation atau join New Age Movement konon nak tenangkan diri.   
Quote I.K.A888990 8-8-2021 02:47 PM
alhamdulillah elakkan meroyan ya
Quote doubleharmonic 8-8-2021 03:07 PM
sedap ke matcha campur strawbery tuh? kalau teh stoberi infusion uncang tu sedap lah jugak rendam air panas lepas tu minum. ni blended sedap ker? iols penah try green tea frap hauk yach tak masuk dengan tekak dah la beli saiz venti nak jimat kononnya sebab beza sehengget jah tapi tak lalu nak minum terus buang
Quote Mulotkoyak 8-8-2021 03:20 PM
Tua dh ko nok
Quote melinda_kerr 8-8-2021 03:25 PM
Satu ajelah kurangkan meroyan kat ig kalau ada apa2.. if you cool mesti ramai org lagi suka..
Quote Ayda89 8-8-2021 06:07 PM
I suka bibir dia dari dulu lagi
Quote RatuDunia94 8-8-2021 06:30 PM
doubleharmonic: sedap ke matcha campur strawbery tuh? kalau teh stoberi infusion uncang tu sedap lah jugak rendam air panas lepas tu minum. ni blended sedap ker? iols ...


Dia dibayar utk ckp sedap.  Manakala cuols membayar utk cakap tidak sedap. Ada beza kan..
Quote Cik_jantung 8-8-2021 07:32 PM
Bagusla kalau abil dh berubah.
Quote abadi84 8-8-2021 08:40 PM
Cantik skin dia
Quote enot_sibudak 8-8-2021 08:46 PM
persekitaran dia yg menyebabkan dia mcm mna.. dia dok ngan tok dia kan.. ngan ayah dia brapa org isteri.. mak dia kawen lain... ngan omputih...
Quote Làlisá 8-8-2021 08:59 PM
Go abil go.. Moga istiqamah..
Quote aderaderker 8-8-2021 10:31 PM
Dah awatla guna gambar dia yg pakai seksi kat atas tu?
Tak sesuai kut ngan tajuk.
Byk je gambar lain kan..
Quote outcast 8-8-2021 10:54 PM
Sejak pkp ni nampak sheols seorang tak de la cool sgt pun. Sentapssss je
Quote Burong_Hantuk 8-8-2021 11:46 PM
Sampahhhhhh
Quote haslina_z 9-8-2021 01:02 AM
Làlisá replied at 8-8-2021 08:59 PM
Go abil go.. Moga istiqamah..


Quote Carcosa 9-8-2021 01:05 AM
Aku jeles betul tgk kulit Abil ni
Supple gila kot. Hidung dia pun mancung, mcm hidung Amy sebijik

Lihat semua komen(16)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-1-2022 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.073600 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top