CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

MB Kedah Mohon Maaf Isu Kontena Mayat Covid-19

7-8-2021 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4017| Komen: 50

Description: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dan terasa hati berhubung kenyataan beliau membabitkan penggunaan kontena sejuk beku untuk mayat COVID- ...
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dan terasa hati berhubung kenyataan beliau membabitkan penggunaan kontena sejuk beku untuk mayat COVID-19 dalam satu sidang media pada Jumaat.


Menurut beliau, jawapan yang diberikan itu merupakan antara gurauannya dengan kumpulan wartawan yang sudah memahami karakter beliau sebelum ini.

“Namun telah ditularkan di luar konteks sebenar berkaitan apa maksud sebenar yang ingin disampaikannya,” katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach IPT, Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, pada Sabtu.


Kredit foto: Kosmo!

Susulan penularan video berkenaan, Sanusi mengakui, telah menerima pelbagai maklum balas susulan isu berkenaan termasuk mesej-mesej yang mencela dirinya.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan, semua itu asam garam seorang pemimpin politik terutama ketika menjawat jawatan sebagai Menteri Besar.


"PC (sidang media) semalam yang 'top'nya (difokuskan adalah) tentang gurauan itu sahaja, (ia sebenarnya) di luar konteks yang sebenar, oleh kerana ada pihak yang tersinggung (dan) terasa hati dengan gurauan itu, saya ambil kesempatan pagi ini untuk memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan gurauan itu.

"Saya ingin menyatakan saya hanya bergurau dengan adik-adik wartawan yang telah jadi sebahagian daripada keluarga saya, depa (mereka) tahu saya punya karakter (sebenar).

“Oleh kerana masuk dalam kamera (gurauan itu), nasib saya, (selepas itu) ramai yang menghantar mesej mencela, tapi saya terima sebagai adat dalam kerjaya saya, ada yang suka ada yang benci, tapi saya sayang semua orang," kata Sanusi.

Pada Jumaat, tular di media sosial, sedutan video kenyataan kontroversi Sanusi yang menyebut "Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama.”

Guruan Sanusi itu menyebabkan beliau menjadi sasaran kritikan pemimpin pembangkang selain netizen yang menyifatkan Menteri Besar Kedah itu tidak sensitif dengan perkembangan penularan COVID-19.

Dalam perkembangan berasingan, beliau mendedahkan bahawa gambar kenderaan Ford Ranger Raptor yang tular baru-baru ini, adalah milik seorang kenalannya yang kemudian ditawar kepadanya untuk disewa.

Jelasnya, selepas kejadian beliau dilihat hadir di sebuah pusat pameran kereta di Juru, Pulau Pinang, Jun lalu, kenalan terbabit berpandangan ada keperluan membeli kenderaan pacuan empat roda itu terutama bagi kerja-kerja membantu penduduk sekitar.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamzam 7-8-2021 05:11 PM
Lenkali mulut tu jgn hebiaq sgt. Awak tu mb bukan pak mat juai ikan.
Quote scorpionkiki 7-8-2021 05:11 PM
Dia ni buat malu orang kedah jer....i is malu
Quote slyfynx 7-8-2021 05:12 PM
Gurauan di kalangan rakan2 (kalau betul la rakan) di tempat sendiri, lain dengan gurauan di tempat awam dan di ruang professional.
Intgeriti perlu dijaga sbb sebagai penjawat awam, kita bawa nama kerajaan jg.
Quote miznora 7-8-2021 05:16 PM
Apa la mb ni. Semua nak buat gurauan
Quote lazim 7-8-2021 05:33 PM
Seorang mb, tgh bercerita psl kontena berisi mayat masih ada hati nk melawak.. Sdgkan aku ni baca kisah siti sarah kritikal pon dh ala2 nk dpt anxiety, jd stress trs..
Quote Mulotkoyak 7-8-2021 05:50 PM
zamzam: Lenkali mulut tu jgn hebiaq sgt. Awak tu mb bukan pak mat juai ikan.

Bukan auntie forum chari... Opppsss
Quote jiwasemangat 7-8-2021 05:52 PM
scorpionkiki replied at 7-8-2021 05:11 PM
Dia ni buat malu orang kedah jer....i is malu

..i is malu also..
Quote syaz_lina 7-8-2021 05:52 PM
Tiba2 adik beradik dgn wartawan..kalu sembang kt beranda rumah minum kopi blh lah buat kelakar sampah camni. Ni ko buat pc mewakili kerajaan kot, tugas rasmi. Kalau staff gomen dh lama kena tatatertib
Quote tripleid 7-8-2021 06:07 PM
awal2 dah ada org tolong booking.untunglahh..

Quote ghalibboy 7-8-2021 06:13 PM
tripleid replied at 7-8-2021 06:07 PM
awal2 dah ada org tolong booking.untunglahh..

He he he...kreatifnya...
MB ini tak ada belajar cara berkomunikasi yg sesuai ke
Communication skills
Quote lostnfaun 7-8-2021 06:22 PM
Kalau asik nak bergurau baik gi join MLM. Gi partner dgn si faizal tue.. haha
Quote mmett 7-8-2021 06:38 PM
Cakap tak pakai otak
Quote tripleid 7-8-2021 06:38 PM
ghalibboy replied at 7-8-2021 06:13 PM
He he he...kreatifnya...
MB ini tak ada belajar cara berkomunikasi yg sesuai ke
Communication sk ...

tu lah..asal buka mulut je nmpak bodoh
Quote cikmouse 7-8-2021 06:43 PM
Bapak sapaaaa laaaaa nieee...out sungguh!
Quote 3chanceno 7-8-2021 06:51 PM
Kerna mulut, badan & karier binasa

Adik kembar si bekas muntri train kissing2 tu agaknya
Quote zidane_ziege 7-8-2021 06:53 PM
try bergurau time sedara mara kau ada sambut kematian..tgk mcm mana perginya
Quote 3chanceno 7-8-2021 06:54 PM
tripleid replied at 7-8-2021 06:07 PM
awal2 dah ada org tolong booking.untunglahh..

Tu dia, secepat kilat netizen buatkan tempahan on his behalf! Dah kena tegur, pandai koner baring
Quote Abahmung 7-8-2021 07:14 PM
Kematian bukan gurauan apatah lagi datang dari pemimpin parti Islam
Oleh MALAYSIA DATELINE / August 7, 2021


“Janganlah kerana keburukan perangai kita menyebabkan Islam dipandang hina,” demikian luah pendakwah Firdaus Wong Wai Hung di entri facebooknya.

Tidak berhenti di situ, melalui Twitter Firdaus turut mengingatkan bahawa kematian bukan sesuatu yang boleh dijadikan gurauan apatah lagi datang dari seorang pemimpin parti berasaskan Islam.

“Bergurau ada batasnya.

“Janganlah kerana keburukan perangai anda yang kononya dari parti Islam menyebabkan Islam dipandang hina oleh orang lain. Bertaqwalah,” tulis beliau.



Pendakwa kesal apabila gurauan kematian datang dari pemimpin parti Islam
Firdaus difahamkan telah merujuk kepada isu Menteri Besar Kedah dari Pas Muhamad Sanusi Md Nor yang melawak ketika jumlah korban COVID-19 terus meningkat di seluruh negara.

Di mana Sanusi dengan ketawa mempelawa rakyatnya dengan memberi nama terlebih dahulu jika hendak ditempatkan dalam kontena jenazah.

“Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk bagi nama,” kata Sanusi ketika ditanya media sama ada tempat menyimpan mayat pesakit Covid-19 mencukupi atau sebaliknya.

Sanusi juga mengingatkan penduduk di Sungai Petani mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 kerana hospital di sana sudah penuh.
Quote Chessman 7-8-2021 08:14 PM
Dia nak cakap ayat dia tu ditularkan diluar konteks sebenar. Padahal dia sendiri cakap tu gurauan antara dia dengan wartawan yang dah tau karakter dia. So key point dia ialah dia memang bergurau tak kena masa pun. Selayaknya lah kena kecam

Lihat semua komen(50)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-12-2021 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.082005 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top