CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Inspirasi Dari Bilik Tidur Budak Perempuan, Terbinalah Istana Demi Si Bulus!

6-8-2021 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6108| Komen: 80

Description: Ibarat syurga buat kucing, sebuah 'istana' dibina begitu cantik khusus untuk haiwan peliharaan itu.
Ibarat syurga buat kucing, sebuah 'istana' dibina begitu cantik khusus untuk haiwan peliharaan itu.

Menerusi video di aplikasi TikTok, ada yang menyifatkan istana kucing itu jauh lebih besar daripada sebuah bilik tidur.


Ia merupakan 'asrama' di mana setiap bilik dilengkapi dengan kipas, lampu LED dan kipas pengudaraan, selain ruang tersebut turut mempunyai tempat permainan dan almari yang menyimpan aksesori si bulus.



Johan Eskandar Mohamad Najib berkata, dia merupakan pencinta kucing sejak kecil dan kini berpeluang mempunyai studio yang menempatkan 46 ekor kucing.

Kucing-kucing yang dibela anak muda berusia 29 tahun itu terdiri daripada baka Scottish Fold, British Short Hair, Maine Coon, Munchkin, American Curl dan Sphynx.

"Istana kucing dibina mengikut rekaan saya sendiri bagi memberi keselesaan kepada kucing-kucing. Saya kena cari tukang kayu dan kena pastikan pengudaraan yang baik.

"Ia siap dibina pada pertengahan tahun lalu mengikut kepuasan sendiri. Saya kasihan bila tengok kucing dalam sangkar, terpaksa pijak jaring-jaring," katanya kepada mStar namun enggan mendedahkan kos keseluruhan istana kucing berkenaan.


Kredit foto: IH Johan

Lebih mesra disapa Johan, katanya, istana kucing itu mendapat inspirasi daripada bilik tidur kanak-kanak perempuan dengan penggunaan warna-warna pastel dan emas.

"Penggunaan warna-warna diilhamkan daripada rumah-rumah yang saya tonton dalam drama-drama Korea. Nampak sedap mata memandang, saya gunakannya untuk istana kucing.

"Saya bela kucing macam anak sendiri. Jadi, saya akan pastikan mereka selesa dalam istana yang ditempatkan dalam sebuah studio di rumah," ujarnya yang berasal dari Shah Alam, Selangor.

Menurut anak ketiga daripada enam beradik itu, kesemua kucing belaannya diberi nama-nama yang unik sempena pencuci mulut yang menjadi kegemarannya.

Antara nama-nama kucingnya ialah Jellybean, Momofuku, Cupcake, Sugar, Milkshake, Cheezels, Truffle, Waffle, Pudding, Pretzel, Bonbon, Chiffon, Popcorn dan Biscoff.

"Bukan setakat nama pencuci mulut western saja, saya juga letak nama manisan di Malaysia seperti lopes, dodol, pulut dan cendol termasuk onde-onde," katanya.

Selain menjadi pembiak kucing berdaftar dan bertauliah, Johan juga mengusahakan bisnes produk suplemen untuk kesihatan kucing.

Johan berkata, dia sebelum ini membuka sebuah studio kucing pada 2016 untuk orang ramai dengan bayaran sebanyak RM10 seorang bagi tempoh 50 minit.

"Saya saja nak share love, expose baka-baka kucing kepada pencinta kucing terutama mereka yang nak tinjau dan merasai pengalaman dengan kucing-kucing secara dekat," ujarnya.

Malah katanya, terdapat pengunjung yang datang sekadar suka-suka untuk menjaga kucing-kucing yang ditempatkan dalam studio berkenaan dan situasi itu difahaminya seratus-peratus.



"Saya faham perasaan pencinta kucing. Masa kecil dulu, mak ayah tak galakkan saya bela kucing kerana memerlukan komitmen tinggi, belanja yang besar. Jadi saya mendekati kucing-kucing jalanan sebelum berkemampuan untuk membela kucing sendiri.

"Sekarang ni saya dah ada studio yang baru menempatkan istana kucing. InsyaAllah memang rancang nak buka semula untuk orang ramai bila wabak Covid-19 berakhir.

"Cuma ia akan dibuka secara percuma mengikut peraturan yang ditetapkan. Operasi hanya satu sesi untuk dua orang saja sehari untuk memastikan kesihatan kucing terjaga," katanya.


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bunga88 6-8-2021 06:05 PM
Cantik sgt..kalah bilik orang. Anyway pengudaraan memang sangat penting untuk kesihatan kucing. Bukan setakat kucing, manusia pun blh sakit kalau ventilation system terlepas pandang.
Quote Tinot7 6-8-2021 06:16 PM
Woww... hebat..
Quote Artemesiaa 6-8-2021 06:21 PM
Wah cantik dan bersih pasti dah banyak dibelanjakan untuk ketahap itu
Quote mclaren 6-8-2021 06:30 PM
"Operasi hanya satu sesi untuk dua orang saja sehari untuk memastikan kesihatan kucing terjaga"

He he ingatkan dua orang untuk patuh SOP dan memastikan keselamatan pengunjung daripada dijangkiti covid  
Quote mclaren 6-8-2021 06:30 PM
"Operasi hanya satu sesi untuk dua orang saja sehari untuk memastikan kesihatan kucing terjaga"

He he ingatkan dua orang untuk patuh SOP dan memastikan keselamatan pengunjung daripada dijangkiti covid  
Quote MontanaHannah 6-8-2021 07:32 PM
Alhamdulillah

terima kasih sebab sayang kucing ye abang hensem
Quote I.K.A888990 6-8-2021 07:52 PM
untung yer si bulus tu
Quote sukacactus 6-8-2021 08:17 PM
Besar modal bro ni
Baka2 kucing pun semua jenis mahal
Quote lurve82 6-8-2021 08:20 PM
Cute2 kucingnya semua..
Quote Manjahati 6-8-2021 08:24 PM
Kucing2 kayangan juga ni
Quote lasagnaklcc 6-8-2021 08:30 PM
Penah pegi studio dia kat setia alam dulu. Comel2 semua. Malangnya tak semua yg dtg gentle dgn kucing. Kesian tgk. Ada yg nampak stress.
Quote airisa 6-8-2021 08:44 PM
yg beli kucing kat johan ni pun golongan kayangan jugak ... antaranya - bujibu si keknis, prego DCT,

teringat kucing dia yg iklan MAS "adik pun nak ikut juga' si Jelly bean,
Quote dua_chzy 6-8-2021 08:50 PM
Korang puji2 for now,

but bila tau heshe gay, kompem korang kutuk.
Quote makiting 6-8-2021 08:53 PM
dua_chzy replied at 6-8-2021 08:50 PM
Korang puji2 for now,

but bila tau heshe gay, kompem korang kutuk.

Hahaha.. sabo aje la.  Muka mmg jambu tuu.
Quote Dovahkiin 6-8-2021 09:01 PM
Why are geh?
Quote dua_chzy 6-8-2021 09:01 PM
makiting replied at 6-8-2021 08:53 PM
Hahaha.. sabo aje la.  Muka mmg jambu tuu.

Lgbt radar ai berdenting tengok heols.
Quote likilu 6-8-2021 09:34 PM
sukacactus replied at 6-8-2021 08:17 PM
Besar modal bro ni
Baka2 kucing pun semua jenis mahal

Sebab tu tak disclose kos kot

Sebab sekali jual anak kucing ribu riban

Registered breeder, siap cert jual tu mesti kayangan lah harga, untung sekali beranak berapa anak keluar ribu ribu lemon lah
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 09:42 PM
wowww lawanyaaaa
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 09:42 PM
wowww lawanyaaaa

Lihat semua komen(80)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.102635 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top