CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Ropie Kutip Dan Jual Tin Untuk Teruskan Hidup

6-8-2021 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5164| Komen: 31

Description: Kehidupan saya sekarang okey. Kisah kutip dan jual tin itu cerita lama”.
Kehidupan saya sekarang okey. Kisah kutip dan jual tin itu cerita lama”.

Itu respons pelawak dan pelakon terkenal Ropie sekali gus meleraikan persoalan dan salah faham ramai mengenai keadaan hidupnya yang digambarkan kembali mengutip tin kosong ekoran desakan hidup. 


Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin, 54, berkata, kehidupannya ketika ini berjalan seperti biasa dan tidak mengalami sebarang kesukaran hidup seperti yang kecoh dalam media sosial. 


Foto: Kosmo

“Kisah kutip tin itu berlaku pada tahun 1999 masa awal-awal kumpulan Cecupak dibubarkan. Saya sendiri hairan dan betul-betul terkejut selepas dihubungi seorang kenalan yang merupakan orang kenamaan dan tiba-tiba mahu membantu saya dan isteri. 


“Saya terpaksa tolak dengan cara baik kerana masih lagi mampu setakat ini. Bagi saya, lebih baik bantuan dan sumbangan yang ingin diberikan kepada kami itu disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan,” katanya kepada Kosmo!. 

Tambah Ropie atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Kodi, biarpun pandemik melanda, dia bersyukur kerana masih mendapat tawaran kerja hingga ke hari ini.

“Alhamdulillah tawaran kerja ada seperti biasa. Tawaran dari segi lakonan, iklan, ulasan berbayar dan lain-lain tetap berjalan selain perniagaan makanan ringan yang saya dan isteri usahakan. 

“Jadi dari mana datang cerita yang saya kembali susah? Bila masa saya mengutip dan menjual tin kosong seperti yang digembar-gemburkan itu?” soalnya. 

Terdahulu, tular dakwaan dalam media sosial mengatakan kehidupan Ropie kembali susah hingga memaksa dia kembali mengutip tin kosong demi meneruskan kehidupan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote midori_katana 6-8-2021 05:24 PM
Pak kodi punya la laku! Mesti duit banyak kalau pandai menyimpan dan tak beli kereta mewah.
Quote edayildiz 6-8-2021 05:43 PM
lawak jgk dia ni kan..tp kan dia mmg jantan tulen kan..nape kdg rasa mcm laki lembik tp nampak kasar..xretila nk explain
Quote twins 6-8-2021 05:47 PM
edayildiz replied at 6-8-2021 05:43 PM
lawak jgk dia ni kan..tp kan dia mmg jantan tulen kan..nape kdg rasa mcm laki lembik tp nampak kasar ...

rasanya 'jantan lembik" tu watak dia dalam melawak kot....
dahkan masa dia naik dulu dikenali ngan watak gitu kan... haruslah dia kekalkan watak gitu
waktu melawak....  dia ni melawak selamber badak jerrr.... aku suka
Quote edayildiz 6-8-2021 05:56 PM
twins replied at 6-8-2021 05:47 PM
rasanya 'jantan lembik" tu watak dia dalam melawak kot....
dahkan masa dia naik dulu dikenali nga ...

so mksdnya dia sbnrnya xlembik la kan
i ok jer ngn dia
Quote kiah_mai_pulak 6-8-2021 06:12 PM
midori_katana replied at 6-8-2021 05:24 PM
Pak kodi punya la laku! Mesti duit banyak kalau pandai menyimpan dan tak beli kereta mewah.

kau ni baca ke tak?? baca tajuk pastu terus semburrr mcm org tkda otak?? sedehhhhhhhh
Quote midori_katana 6-8-2021 06:19 PM
kiah_mai_pulak replied at 6-8-2021 06:12 PM
kau ni baca ke tak?? baca tajuk pastu terus semburrr mcm org tkda otak?? sedehhhhhhhh

Ehh.. aku baca laaa sampai habis.. maksud ulasan aku tu tak mungkin la heols ni kutip tin sbb heols laku yehh.. banyak job. Org yg banyak job cam heols ni kalau tak berduit mungkin sbb tak berhemat ketika senang. Gituuuu..
Quote nakkomenjugak 6-8-2021 09:18 PM
heols paling laku dalam geng cecupak
alhamdulillah rezeki pok kodi naa
Quote Whitepinkrider 6-8-2021 09:55 PM
alhamdulillah ropi ni masih helok lagi berkudrat nak keje.
Quote Orix 6-8-2021 11:24 PM
Terugt dia dlm hantu kak limah {:smile
Quote sabundettol 7-8-2021 12:23 AM
Ropie ni mcm Psy, bila dah tua makin digilai ramai. Mmg dia lawak pon
Quote naina 7-8-2021 12:34 AM
Dia ni kelakar la. Spontan je
Tapi in real dia biasa je macam bapak2 org lain
Aku rasa mcm pernah tengok pasal kehidupan dia bersama.family..kt mana ya
Quote Carlanani 7-8-2021 12:39 AM
Suka lawak dia. Jenis lawak sempoi..
Quote AyaqMeloSuam 7-8-2021 01:54 AM
Aku mmg tunggu nk tgk dia dlm HKL... tang nyanyi lagu oren ke apa msa bwk keta.. lawak gila {:run
Quote Acikgomen 7-8-2021 02:12 AM
naina replied at 7-8-2021 12:34 AM
Dia ni kelakar la. Spontan je
Tapi in real dia biasa je macam bapak2 org lain
Aku rasa mcm pernah  ...

Dia ada anak ke
Mcm takde anak je dgn bini yg sekarang
Dulu zaman cecupak naik lepas senario in mid 90s, ada sorang ahli cecupak dok antaq anak kat mak sedara acik di aloqstaq
Bini dia keja bank ke gitu la tak ingat dah acik
Tak lama lepas tu, ahli cecupak tu becerai dgn bini dia, mendonia sakan kat kayhell
Ade bila tah masa acik cuti sem, nampak mamat tuh naik moto besaq pi rumah mak sedara acik tgk anak dia
Adakah mamat tu ropie, ke pyan (mcm takkk je sbb pyan bukan org Kedah khennnnz), ataupun tah sapa nama ahli cecupak yg sorang lagi tu
Quote kaedahnya 7-8-2021 07:40 AM
Acikgomen replied at 7-8-2021 02:12 AM
Dia ada anak ke
Mcm takde anak je dgn bini yg sekarang
Dulu zaman cecupak naik lepas senario in  ...

pernah tengok kat IG dia macam ada anak lelaki.
tapi rasa macam dia ada sorang anak saja kot.
Quote budakpink 7-8-2021 07:53 AM
Aku suke ropi.. Salah satu pelawak yg aku suka...
Quote Acikgomen 7-8-2021 07:57 AM
kaedahnya replied at 7-8-2021 07:40 AM
pernah tengok kat IG dia macam ada anak lelaki.
tapi rasa macam dia ada sorang anak saja kot.

Anak dia dah besaq ke, kalo anak tu nampak mcm in 20s dah, agaknye ropie la ahli cecupak yg maktam acik dok ngasuh anak retis tu
Quote kaedahnya 7-8-2021 08:43 AM
Acikgomen replied at 7-8-2021 07:57 AM
Anak dia dah besaq ke, kalo anak tu nampak mcm in 20s dah, agaknye ropie la ahli cecupak yg maktam ...

saya tengok pun dah lama jugak 3-4 tahun lepas. tapi budak laki tu macam dah late teen/early 20s la time tu.
Quote akumak 7-8-2021 10:36 AM
Aku pernah tgk talk show. Dia mcm ada sebut ada 6 anak

Lihat semua komen(31)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2021 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.115261 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top